BAB 25

224 17 4
                                    

Di Sakura Kindergarten,

Yuna p.o.v

    " Lalalala.." Yuna memasuki tadika riang ria. Cikgu cakap dia bakal mendapat rakan baru. Tak sabar dia nak main dengan kawan-kawan baru dia. Senyumannya mekar melihat 8 orang kanak-kanak yang senyap duduk di tempat masing-masing. Memanglah dia suka. Tahun lepas cuma dia seorang je budak kelas khas tahun 4. Kebanyakn budak sama ada lagi tua darinya atau muda darinya. Takde yang sebaya.

    " Hai korang semua budak baru eh? Nama kita Kim yuna. Boleh panggil yuna je." Yuna memperkenalkan dirinya mesra. Sama seperti perangai sang ayah dan ibu yang peramah. Seorang kanak-kanak lelaki yang memang mewarisi perangai ibu dan ayahnya juga berkenalan dengan yuna.

    " Hai yuna. Nama kita Kim beomgyu. Panggil kita gyu je." Kedua kanak-kanak itu bersalam tanpa mengetahui status mereka sebagai kembar tak seiras.

    " Nama kita Bang eunjin. Panggil eun je.." Eunjin memperkenalkan dirinya malu-malu. Yuna terfikir mungkin eunjin ada hubungan darah dengan uncle chan sebab nama bang di korea selatan susah nak dijumpai. Kalau ada maksudnya ada hubungan darah kan?

    " Kita Lee junho. Yuna boleh panggil junho je." Kata junho pula dengan senyuman manis. Yuna terkejut. Bila dia senyum, nampak macam uncle minho.

   " Kita seo yebin. Hai.. Boleh panggil yebin je." Kata yebin pula dengan senyuman. Teady bear kecil warna pink digenggam lembut kerana ketakutan sebelum eunjin menenangkan anak yena dan changbin itu.

    " Panggil je hyunjae. Nama panjang kita hwang hyunjae." Dia tersenyum sama seperti yeji dan hyunjin. Itu yang membuat yuna lagi terkejut. Kalau setiap hari, mahu dia kena heart attack di usia 5 tahun.

     " Han jihoon. Panggil je jihoon." Berbeza dengan yang lain, senyuman dia mengikut senyuman chaeyeon. Jadi yuna takdelah terkejut sangat walaupun dia ingat chaery kat depannya.

     " Lee Haruto atau Charles Lee. Panggil je haruto." Jangan pelik. Chaewon beri nama tu kat dia. Katanya anak lelaki ikut dia. Anak perempuan ikut ayah. Nama inggeris untuk ryujin ialah felicia lee.

    " Kita pula yang paling muda. Kita lahir 31 disember pukul 11.55 malam. Nama kita Yang jeongwon. Panggil je jeongwon." Jeongwon memperkenalkan dirinya. Memang dia yang paling muda. Hampir dia lahir muda setahun dari rakan-rakannya yang lain.

    " Dah habis berkenalan? Boleh kita mulakan pembelajaran kita?" Soal satu suara di belakang mereka. Serentak semua memandang ke belakang. Cikgu khas untuk kelas tahun 5, sakura sedang tersenyum manis memandang mereka semua.

    " Maaf cikgu sakura. Kami tak perasan cikgu kat sini.." Eunjin meminta maaf. Sakura hanya menggeleng tanda tak mengapa. Mereka semua berlari ke tempat duduk masing-masing. Yuna memilih untuk duduk dengan beomgyu.

    " Baiklah. Kalau tak tahu lagi, nama cikgu miyawaki sakura. Kamu boleh panggil cikgu sakura je. Cikgu akan ajar kamu banyak benda sepanjang tahun ni. Jadi marilah kita berkerjasama sepanjang tahun ni okey?" Sakura tersenyum lagi. 9 orang murid itu mengangguk dan masing-masing turut mengukir senyuman.

------

Beomgyu p.o.v

    " Yuna, awak tak balik lagi?" Tanya beomgyu ramah melihat kawannya itu masih duduk di kerusi menunggu kehadiran seseorang.

    " Taklah.. Saya dah balik. Ni cuma roh saya je.. Hehehe.. Awak ni gyu. Mestilah belum. Appa saya kata dia ambil labat sikit hari ni. Banyak kerja katanya.." Jawab yuna geli hati dapat kacau beomgyu. Beomgyu memanjat kerusi dan mengambil tempat sebelah yuna.

    " Samalah kita.. Omma saya pun ambil lambat. Maklumlah, hari ni hari pertama omma kerja kat sini. Omma kena tunjukkan prestasi yang baik. Sorry kalau saya tanya, tapi awak takde ibu ke yuna? Gambar yang awak lukis tu hanya ada awak dengan appa awak je.." Beomgyu memandang salah satu lukisan di papan di depan mereka. Ada nama Kim yuna di situ. Walaupun lukisan dia nampak cantik, tapi ada kesedihan di sebalik lukisan cantik tu.

    " Appa kata dia dah buat salah kat omma. Omma marah dia sampai lari. Awak tahu gyu, saya ada adik kembar tau. Appa kata masa omma lari tu, adik masih dalam perut omma. Saya teringin nak jumpa omma dengan adik saya.." Kata yuna dengan sedih.

    " Sorry kalau saya buat awak sedih yuna. Tapi kan, kalau awak nak tahu saya takde appa tau. Pernah saya tanya omma saya mana appa.. Dia kata appa bahagia dengan isteri lain. Awak tahulah, omma saya kan hebat sangat tau! Walaupun dia penat bekerja dan jaga saya, dia tak pernah mengeluh. Saya tak pernah nampak dia sedih depan saya. Tapi saya tahu dia rindu appa saya. Saya pernah nampak dia nangis senyap-senyap dalam bilik sambil pegang sekeping gambar tapi saya tak tau gambar apa." Cerita beomgyu panjang lebar. Makin semangat diaorang cerita tanpa pandang ke kiri dan ke kanan.

    " Kalau appa saya pulak sama je macam omma awak. Saya pun sekali kena marah dengan appa sebab dia penat sangat. Tapi saya tak kisah sebab saya tahu appa penat. Eh, APPA!!" Yuna turun dari kerusi dan memeluk seorang lelaki yang segak memakai suit. Yuna berkata sesuatu sebelum menarik tangan ayahnya ke arah beomgyu.

    " Appa, ni kawan yun. Nama dia beomgyu. Gyu, ni appa saya. Nama dia kim seungmin. Hensem kan dia?" Beomgyu mengangguk perlahan dan menuncukkan badan sebelum turun dari kerusi juga. Dia mendekati seorang perempuan memakai blaus biru muda dan seluar jean sebelum memeluknya. Ibunya.

    " Lambatnya omma. Gyu nak tidur tunggu.." Ngadu beomgyu perlahan pada ibunya. Yujin tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya sebelum tersedar ada seseorang memandangnya. Dia mengangkat muka dan bertemu pandang dengan ayah yuna. Mereka terkedu.

    " Oh ye, omma. Ni kawan gyu, nama dia yuna. Tu appa dia. Yuna, uncle.. Ni omma saya, nama dia..." Belum sempat beomgyu habiskan kata-katanya, seungmin terlebih dahulu menyampuk,

    " Kim yujin." Nama itu disebut dan mata beomgyu terbeliak kerana terkejut. Macam mana appa yuna tahu sedangkan dia tak bagitahu lagi? Dia memandang yuna dan yuna mengangkat bahu tanda tak tahu.

    " Seungmin..." Perkataan itu keluar dari mulut yujin pula. Kedua-dua suami isteri itu masih memandang satu sama lain sedangkan anak-anak mereka dah pelik denga kedua-duanya. Beomgyu terkejut melihat air mata yang mengalir di pipi ibunya.

    " Omma kenapa? Uncle ni ada buat sesuatu kat omma sampai omma nangis?" Tanya beomgyu bertubi-tubi. Yuna pula memandang ayahnya yang masih tak berhenti memandang ibu beomgyu. Dunia orang dewasa memang pelik.

    " Gyu, ayah yuna ialah ayah kamu juga.. Yuna, ibu beomgyu, ibu kamu juga.." Ucap yujin perlahan namun masih sampai di telinga kedua-dua anaknya. Jelas di muka kembar itu terkejut. 

    " KITA KEMBAR?!" 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now