BAB 54

168 23 0
                                    

Yeji p.o.v

    " Omma! Yeji dengan Jae keluar kejap eh.. Kami nak jalan-jalan kat luar sekejap.." Pinta yeji perlahan. Yuri mengangguk dan tersenyum manis. Yeji menarik tangan Hyunjae perlahan. Mereka berdua bermain diluar bersama bunga-bunga sakura yang jatuh dari pokok yang berada di tepi rumah penginapan mereka.

    " Kakak, jae tengok bunga ni, jae jadi rindu dekat cikgu Sakura. Cikgu Sakura suka sangat buku ni.. Ada pernah masa tu, boyfriend cikgu Sakura bagi bunga sakura kat cikgu tau.. Bunga ni pun cantik macam cikgu juga.." Kata Hyunjae. Yeji tersenyum sebelum matanya menangkap kelibat seseorang di pintu rumah penginapan mereka. Dia kenal perempuan yang baru melangkah masuk itu. Berani betul dia muncul kat sini?

    " Jae duduk sini kejap." Arah Yeji. Hyunjae tak berani nak membantah melihat muka kakaknya berubah dingin. Yeji melangkah sehingga berhenti di depan wanita itu.

     " Kau nak apa datang sini Nenek sihir?" Yeji bersuara dingin sambil memeluk tubuhnya perlahan menatap tajam mata Sarah. Sarah memintal hujung lengan bajunya sebelum memandang ke arah Yeji.

     " Auntie nak jumpa ibu kamu.. Boleh auntie jumpa dia?" Soal Sarah perlahan. Yeji menggelengkan kepalanya laju sebelum satu suara menyampuk perbualan mereka berdua. 

Yuri p.o.v

     " Hwang yeji, bawa adik kamu main kat luar dulu. Biar omma dealing dengan dia." Arah Yuri. Seperti anaknya, mukanya pun menunjukkan bahawa dia marah. Namun tetamu tetap dihormatinya. Sarah dan Yuri duduk di bahagian ruang terbuka rumah itu. Yuri hanya menghidangkan air suam.

     " First of all, Saya nak minta maaf... Saya ada buat salah dekat kamu dengan Tuan Hwang. Malam tu, saya yang rancang benda tu. Saya sumpah saya buat semua tu. Tuan Hwang langsung tak bersalah. Saya bagi dia ubat tidur. Saya ingat lepas saya buat tu, Tuan Hwang akan berkahwin dengan saya untuk alasan tanggungjawab, tapi saya silap. Dia memang cintakan kamu lebih dari apa yang saya fikirkan. Dia saman saya dan dia ugut saya bahawa dia akan bunuh saya kalau saya muncul sekali lagi di depan mata dia. Maafkan saya.. Saya silap dalam hal ini.." Kata Sarah terus ke point sebenar tanpa berdalih lagi. Yuri menatapnya perlahan.

     " Eun unnie, isteri chan oppa paksa awak cakap ni ke?" Soal Yuri selepas lama mendiamkan diri. Sarah menggeleng perlahan.

    " Tak. Dia hanya minta saya minta maaf kat kamu. Saya sendiri datang sini untuk mengaku semua kejahatan saya. Saya harapkan kamu dapat maafkan saya yuri..." Kata Sarah perlahan. Yuri berdiri dari duduknya dan memandang keluar sebelum dia menghela nafas perlahan. Matanya memandang kedua-dua anaknya yang sedang bermain dengan gembira.

    " Saya maafkan kamu Sarah. Tapi, jangan muncul depan kami sekeluarga lagi. Letak jawatan aku kat syarikat Hwang. Dan jangan fikir untuk dekat dengan anak saya dan suami saya lagi. Awak boleh pergi sekarang." Arah Yuri senang. Sarah mengangguk.

    " Terima kasih sebab maafkan saya yuri, saya janji saya takkan muncul lagi depan keluarga awak.." Kata Sarah perlahan. Dia menuju keluar dari rumah penginapan yuri dengan perlahan. Yuri merenung perlahan sebelum memandang anak-anaknya. Yeji mendekatinya dengan membawa sejambak bunga sakura.

 Yeji mendekatinya dengan membawa sejambak bunga sakura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now