Eunbi p.o.v
Suasana makan malam di rumah Bang ketika ini sangat sunyi sekali. Macam dekat tanah kubur. Hanya kedengaran bunyi sudu garpu bertemu pinggan mangkuk dan bunyi taehyun dan eunbi yang riang makan bersama. Eunbi dan Chan sendiri tak buka mulut untuk bercakap melainkan untuk makan je.
" Ehem.. Eunbi, siapa nama yang paling kecil ni? Lupa omma nak tanya." Tanya Puan Bang untuk menghilangkan susana kekok di meja makan itu. Selalu riuh je. Ni sejak Hannah dengan lucas belajar kat luar negara, suasana sentiasa sunyi kat sini. Kadang-kadang je riuh dengan suara taehyun.
" Eunjin. Bang eunjin. Baru masuk 5 tahun beberapa bulan lepas." Kata Eunbi. Eunjin mengangkat muka apabila mendengar namanya dipanggil sebelum tersedar yang ibunya hanya bercakap dengan neneknya sahaja.
" Mummy, apa kata malam ni mummy dengan adik bermalam kat sini. Bolehlah taehyun nak lepaskan rindu. Lama taehyun tak jumpa mummy dengan adik. Boleh ke?" Tanya taehyun perlahan sambil memandang muka eunbi. Eunbi mengisyaratkan ke arah chan. Nak tahu boleh ke tidak, kena tanya ketua rumah ni.
Chan p.o.v
" Boleh tak mummy dengan adik tidur sini malam ni, daddy?" Taehyun memandang si ayah penuh berharap. Chan cuba berkata tidak namun untuk menolak kecomelan taehyun, dia takkan mampu. Apatah lagi si adik pun memandangnya dengan mata bulat penuh berharap.
" Bolehlah.. Tapi mummy kamu kena tidur dengan daddy lah.. Rumah kita takde bilik tetamu." Ayat chan membuatkan eunbi tersedak. Hampir tersembur air yang diminumnya. Dia menepuk dadanya sebelum menjeling ke arah chan yang membuat muka tak bersalah.
-------
Felix p.o.v
" Lepas tu appa, macam mana omma dengan appa boleh jadi kawan?" Haruto bersemangat hendak mendengar cerita felix sebelum dia tidur. Sedangkan ryujin di katil sebela sudah memakai headphone dan membalikkan badan ke arah dinding. Felix disamping katil haruto tersenyum sebelum memandang ryujin yang membelakanginya. Serupa dengan chaewon. Keras kepala.
" Adik tidur dulu ye. Esok appa sambung cerita okey?" Felix menarik selimut menyelimuti anaknya itu. Haruto terkekeh ketawa memandang lelaki yang bergelar appanya itu.
" Okey. Janji tau.. Esok adik tuntut janji appa.." Kata haruto sebelum menarik selimut dan memeluk teady bear yang dibeli oleh felix tadi. Felix tersenyum sebelum menutup lampu tidur haruto. Dia membuka headphone yang dipakai ryujin sebelum meletakkannya di tepi. MP3 yang bersambung terus dengan headphone juga ditutup.
" Selamat malam sayang.." Ucap lelaki itu perlahan sebelum meninggalkan bilik ryujin dan haruto. Chaewon masih di dapur mengemas segala-galanya.
Chaewon p.o.v
" Terima kasih untuk hari ni. Maaflah kalau saya menyusahkan awak je." Ucap chaewon perlahan sebaik sahaja melihat felix yang duduk di sofa rumahnya. Felix hanya tersenyum manis sebelum mencapai kunci keretanya.
" Awak dah nak balik ke?" Tanya chaewon. Felix mengangguk perlahan. Ibu kepada dua anak itu menghalang dia balik ke?
" Um.. Boleh tak awak tidur sini malam ni? Saya risau kalau haruto cari awak tengah-tengah malam. Macam mana saya nak bagitahu dia kalau awak balik?" Soal chaewon. Felix terdiam sebentar sebelum berkata,
" Saya balik rumah sekejap. Ambil baju. Nanti saya datang balik." Katanya sebelum meninggalkan rumah chaewon. Chaewon bergerak ke arah pintu rumah dan memandang datar kereta felix yang meninggalkan perkarangan keretanya. Dia nampak ryujin sangat tak senang bila adiknya menumpukan perhatian pada felix, bukan dirinya. Ryujin, ryujin.. Cemburu juga anaknya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/236570986-288-k20680.jpg)
YOU ARE READING
I'M SORRY FOR HURTING YOU..
De TodoIZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...