BAB 52

165 21 0
                                    

Eunbi p.o.v

    " Puan Bang, ni ada dokumen kena sain.." PA sementara untuk Eunbi menyerahkan sebuah fail bewarna kuning. Sakit juga matanya melihat meja isteri chan yang penuh dengan fail dan dokumen yang belum sempat disemak. Dia masih mencari bukti bahawa chan tak bersalah. Bukti sebelum ni masih belum cukup.

    " Unnie letak dulu kat sini. Nanti saya sain.. Umm, Unnie.. Tolong buat kopi untuk saya sebelum balik eh.. Thanks.." Arah Eunbi. Jam dah menunjukkan pukul 4.45 petang. Kejap lagi PA nya kena balik rumah, jadi baik dia pesan awal-awal.

     " Okey Puan Bang." Balas PA nya perlahan. Eunbi memicit kepalanya yang rasa sedikit pening sebaik sahaja PA nya keluar dari biliknya. Uish.. Susah jadi CEO dengan peguam dalam satu masa ni.. Tapi nak buat macam mana? Ini tanggungjawab dia.. Dia memang takkan serahkan tanggungjawab ni kat sesiapa pun. 

    Ketika dia tengah sibuk berfikir, telefon miliknya di atas meja berbunyi. Eunbi menjenguk melihat ID pemanggil. Tersenyum dia melihat nama ' Bang Taehyun' sebagai ID pemanggil. Pantas dia menekan ikon hijau.

Taehyun: Mummy!
Eunbi: Hai sayang.. Eunjin mana? Dah tidur ke?
Taehyun: Haah. Eunjin tidur awal hari ni. Mummy balik ke hari ni? 
Eunbi: Tak tahu lagi taehyun.. Mummy banyak lagi kerja tak siap ni.. Atuk dengan nenek dah tidur ke?
Taehyun: Entah... Tapi rasanya dah kot.. Ha. Mummy ni eunjin terjaga. Dia nak cakap dengan mummy kejap.
Eunjin: Mummy.. Mummy tak balik ke malam ni? Eunjin rindu mummy... Rindu Daddy...
Eunbi: Sayang.. Mummy tengah cuba untuk bagi daddy balik semula dekat kita.. Kalau mummy habiskan kerja ni awal, mummy balik ye sayang.. Eunjin tidur dengan abang taehyun dulu ye..
Eunjin: Okey mummy.. Eunjin sayang mummy..
Eunbi: Mummy sayang eunjin juga..
Taehyun: Mummy.. Taehyun nak cakap sesuatu ni. Petang tadi, auntie sarah ada datang rumah. Taehyun dengar perbualan dia dengan atuk senyap-senyap. Dia paksa atuk untuk serahkan syarikat Bang dekat dia. Kalau tak serahkan kat dia, dia akan sebarkan berita palsu pasal daddy dekat orang ramai. Taehyun takut kalau apa-apa jadi nanti.. Mummy boleh tolong 'tegur' auntie sarah tu?
Eunbi: Don't worry Taehyun. Mummy tahu apa nak buat. Taehyun temankan eunjin tidur eh.. Dan kalau ahli sihir tu datang rumah lagi.. Jangan bagi dia dekat dengan atuk.
Taehyun: Baiklah Mummy!

     Panggilan ditamatkan. Eunbi menggenggam telefonnya sedikit geram. Nampaknya dia kena pergi juga jumpa perempuan tak guna tu. Dia mendail nombor seseorang dan orang itu pantas mengangkat panggilannya.

Eunbi: Chae, kau free?
Chaewon: Buat masa sekarang masih free unnie. Wae?
Eunbi: Minta leave sekejap. Aku nak ajak kau pergi 'ajar' seseorang.
Chaewon: Siapa? Oh, jangan cakap kau dah jumpa...
Eunbi: Yup. Aku dah jumpa. Siap sedia. Lagi 10 minit aku jemput.
Chaewon: Okey bos..

     Eunbi mencapai jaketnya dan terus keluar daripada bangunan Bang Company. Memandu keretanya ke Hospital untuk menjemput Chaewon. Dia tak perlu risau mana nak letak Ryujin dengan Haruto sebab dua orang tu mesti ada kat rumah yena waktu chaewon shift malam kat hospital.

Sarah p.o.v

     " Hehehe.. Kau takde pilihan lain orang tua.. Kau akan bagi juga syarikat kau tu kat aku.. Aku akan jadi CEO baru Bang Company.." Sarah tergelak jahat memandang televisyen yang memaparkan berita tentang chan yang masih ditangkap polis. Dia dah capai apa yang dia nak di dunia ini. Hapuskan Keluarga Hwang. Dan sekarang Bang Company akan jadi miliknya. Dia bermain dengan gelas Wain di depannya sehinggalah loceng rumah berbunyi.

     " Siapa datang sekarang? Takkanlah orang tua tu dah setuju sekarang? Oh, mungkin dia terdesak kot." Kata Sarah. Namun sebaik sahaj dia membuka pintu, mukanya berubah pucat. Eunbi dengan selamba menendang perut sarah sehingga dia jatuh tersungkur. Chaewon di belakangnya pantas menutup pintu supaya tiada sesiapa nampak perbuatan mereka.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now