BAB 21

236 19 3
                                    

Seungmin p.o.v

    " Omma, takkanlah? Omma betul ke nak biar yuna membesar tanpa yujin? Yuna masih perlukan ibu dia kan? Sama macam min perlukan omma dalam hidup min.." Seungmin bersuara selepas mendengar apa yang dikatakan oleh irene.

   " Takkan nak biarkan dia dengan kamu min? Ingat janji kamu kat omma kan? Sampai yuna 3 tahun je. Reputasi omma dah cukup teruk dekat universiti bila kamu kahwin dengan dia." Balas irene perlahan. Takut yujin dengarlah tu.

    " Omma, reputasi seungmin dah hancur kat sana. Kenapa min tak kisah pun? Omma, janganlah macam ni. Yujin jadi macam tu pun sebab min. Salah min. Kalau min tak buat dia macam tu, semua ni takkan terjadi. Jadi biarlah seungmin tanggung dia dan yuna." Kata seungmin lagi. Irene menggelengkan kepalanya.

    " No Kim seungmin. Jangan lupa janji kita. Sampai yuna dan kembar dia 3 tahun je. Lepas tu bercerai dengan dia. Omma akan pastikan yujin tak dapat hak penjagaan anak-anak kamu. Faham?" Tegas suara irene menuturkan. Seungmin mengangguk terpaksa. Berbanding yujin, dia lebih sayangkan irene. Perempuan itu telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa kehadiran seorang suami di sisi.

    " Baik omma." Tanpa mereka berdua sedar, ada seorang lagi yang mendengar perbualan mereka di sebalik dinding. Dia langsung tak berbunyi walaupun air matanya dah mengalir laju di pipi. Seungmin dan irene dipandang sebelum dia naik ke tingkat dua rumah itu.

------

Yujin p.o.v

     " Omma, apa salah yujin sampai orang sanggup nak pisahkan yujin dengan anak-anak yujin?" Soalnya sendirian. Telefon dicapai sebelum dia mendail nombor seseorang dengan pantas. Laju orang yang dihubunginya mengangkat panggilan.

    " Unnie, bawa yujin pergi sekali. Yujin tak nak stay kat sini lagi." Kata yujin. Orang yang dipanggil 'unnie' di talian terkedu mendengar kata-kata yujin sebelum menyuruh yujin bersiap. Katanya dia akan datang tak lama lagi. Yujin terus menamatkan panggilan. Sehelai kertas diambil dan dia menulis sesuatu di kertas itu. Cincin yang tersarung di jarinya dibuka dan diletakkan di atas kertas itu. Beg sandang diambil dan dimasukkan beberapa helai baju. Baju yang dibeli oleh seungmin langsung tak disentuh. Dia nak keluar dari bilik itu namun terhenti sebaik sahaja mengingat seorang bayi yang tertidur di katil bayi.

     " Yuna, maafkan omma sayang. Omma tak dapat bawa kamu. Satu hari nanti kita akan jumpa balik sayang. Omma janji. Omma akan jumpa kamu semula dengan adik kamu. Tolong sayang.. Jaga diri. Omma sayang kamu." Ucapnya perlahan sebelum dahi yuna dicium. Maaf yuna. Omma rasa ini yang terbaik untuk appa dan omma. Maaf sebab kamu terpaksa jadi mangsa keadaan.

 Maaf sebab kamu terpaksa jadi mangsa keadaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

--------

Chaeyeon p.o.v

    " Omma, boleh yeon nak cakap sikit?" Tanya chaeyeon ketika dia baru selesai menidurkan chaeryeong di biliknya. Han takde. Dia ke jepun. Ada meeting dengan kilen katanya. Puan Lee yang sedang duduk di sofa hanya mengangkat kening bertanya kenapa. Majalah yang dibaca diletakkan ke tepi.

   " Yeon nak pindah. Yeon akan tinggalkan chaery. Omma boleh minta han jagakan chaery?" Tanya ibu kepada han chaeryeong tu berhati-hati. Dia takut ibunya akan marah padanya kerana dia akan meninggalkan anaknya di sini.

    " Kenapa yeon? Kenapa tiba-tiba? Ada apa-apa jadi ke? Bukan yeon sayang sangat ke chaery?" Tanya Puan Lee pelik. Chaeyeon tersenyum senget dan teringat perjumpaannya dengan jiyeon tak lama sebelum ni. Han jiyeon. Kakak Han jisung. Dia yang suruh chaeyeon buat semua ni.

Flashback,

    " Aku nak kau tinggalkan chaery kat han. Kau kena pergi jauh dari sini. Jangan berani nak dekat dengan han lagi." Chaeyeon memandang wajah jiyeon tak percaya. Apahal perempuan ni? Tiba-tiba je macam ni..

    " Kenapa unnie? Yeon ada buat salah ke? Kalau ye pun yeon kena tinggalkan han, okey. Yeon tinggalkan. Tapi yeon akan bawa chaery. Tapi kenapa unnie suruh tinggalkan chaery sekali?" Tanya chaeyeon pelik.

    " Aku suruh kau tinggalkan han sebab dia akan kembali pada bekas kekasih dia balik. Perempuan tu lagi layak dengan han berbanding kau. Untuk chaery pula, aku tak rasa kau akan jadi ibu yang bagus untuk dia. Dengan kau yang masih belajar dengan perlu uruskan syarikat.. Aku cuma tak nak chaery membesar tanpa kasih sayang. Aku yakin kekasih han tu mampu berikan kasih sayang yang terbaik untuk chaery berbanding kau." Terang jiyeon panjang lebar. Chaeyeon terdiam. Tak mungkin dia nak tinggalkan chaery dengan entah siapa entah. Lagipun, chaery anaknya. Tapi, betul juga cakap jiyeon. Dia sangat sibuk berbanding han.

    " Baiklah. Yeon akan tinggalkan chaery dengan han. Unnie, boleh unnie jaga chaery dengan baik?" Jiyeon hanya mengangguk. Tanpa banyak cakap, dia terus pergi dari situ meninggalkan chaeyeon yang terpaku.

Flashback end

     " Oh.. Macam tu ceritanya.. betul ke ni chaeyeon? Omma takut kamu menyesal je nanti.." Tanya Puan Lee lagi. Chaeyeon mengangguk pasti.

     " Yeon akan ambil alih syarikat kita kat cawangan jeju. Omma jangan bagitahu han apa-apa tau. Jangan bagitahu location yeon langsung. Yeon tak nak lagi kacau dia. Dia akan bahagia dengan isteri baru dia." Kata chaeyeon. Puan Lee mangangguk. Chaeyeon masuk semula ke biliknya. Macam yujin juga. Menulis surat selamat tinggal dan meninggalkan cincin kahwinnya. dia hanya membawa beberapa helai baju dan dompet miliknya. Tiket kapal terbang untuk ke jeju dikeluarkan dan ditatap. Huh.. Harap ni keputusan terbaik. Anaknya yang baru masuk ke usia 3 tahun dipandang perlahan. Dahi chaery dicium sebelum dia mengambil keputusan untuk pergi. Puan dan Tuan Lee disalam perlahan.

    " Chaemin, janji dengan kakak kamu akan jaga omma dengan appa. Jagakan chaery sekali sayang. Kakak minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji kakak kat kamu. Nanti bila kamu dah besar sikit, kita kerja sama-sama ye.." Chaeyeon memeluk chaemin. Chaemin cuba menahan air matanya turun namun gagal. Dia menagis teresak-esak mengenang kakak yang akan pergi jauh.

    " Kakak pergi dulu. Jaga diri ye semua.." Chaeyeon melambai ahli keluarganya. Teksi yang dinaikinya meninggalkan perkarangan rumah keluarga Lee. Maaf chaery. Omma minta maaf sangat-sangat. Mungkin dah sampai masanya kita berpisah. Jaga diri. Jaga appa. Omma akan bawa kamu jumpa adik satu hari nanti. Perutnya yang masih kempis diusap perlahan. Dia mengandung anak keduanya sekarang ni. Baru je dua minggu. Han pun tak sempat tahu tentang ini.

 Han pun tak sempat tahu tentang ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now