BAB 31

199 17 1
                                    

Chaeyeon p.o.v

    " OMMA! ANAK OMMA YANG KACAK DAH BALIK!" Chaeyeon memandang ke arah pintu melihat jihoon masuk. Aduh, gaya drama mana dia dapat ni?

    " Siapa ambik tadi? Kenapa tak balik rumah je?" Tanya chaeyeon melihat anaknya duduk di kerusi depannya. Jihoon memandang belakang. Baru sedar orang yang mengambilnya tadi di tadika menghilangkan diri.

    " Auntie chaemin dengan haelmonni. Mungkin diaorang lunch kot. Hoon nak lunch dengan omma. Jom lunch.." Ajak Jihoon. Dia sedar ibunya banyak kerja tapi dia tetap nak makan tengah hari dengan ibunya itu. Chaeyeon mengeluh perlahan sebelum mengukir senyuman. Blazer yang dipakai dibuka dan dia melipat lengan kemejanya. Rambutnya diikat. Gaya santai seorang bos nak makan tengah hari dengan anaknya.

    " By the way omma.. Mana auntie yuri? Baru ingat nak tanya kenapa jae tak datang sekolah hari ni.." Tanya Jihoon sambil memegang tangan chaeyeon.

    " Oh, hyunjae tak berapa sihat. Hyunjae ke sini. Kejap lagi baliklah tu. Auntie yuri bawa hyunjae sekali pergi mesyuarat kat Hwang Company." Jawab chaeyeon sebelum menekan butang G di dalam lif.

   " Hwang Company? Jadi hyunjae jumpa ayah dia lah kan? Nama dia kan Hwang Hyunjae?" Tanya Jihoon semula. Aduh banyak mulutlah pulak anak dia ni hari ni.

    " Ish kamu ni. Tak semestinya CEO Hwang Company tu ayah kepada hyunjae. Ramai orang nama Hwang kat korea ni. Hoon nak makan apa?" Tanya chaeyeon ketika mereka tiba di tingkat G. Setiap kakitangan yang lalu akan menunduk menghormati chaeyeon dan wanita itu membalas dengan anggukan sahaja.

    " Kita makan kat kedai depan tu boleh? Hoon nak makan chicken chop dengan sundae!" Jawab jihoon riang. Chaeyeon tergelak kecil. Dia mendukung jihoon apabila mereka hendak menyeberang jalan. Tiba di kedai yang dipilih, jihoon terus turun dari dukungan emaknya dan memilih tempat duduk bersebelahan tingkap.

    " Omma, macam mana kalau CEO Hwang company tu appa hyunjae?" Tanya jihoon setelah pelayan yang mengambil order makanan mereka pergi. Chaeyeon tersenyum kecil. Ingat dah habis tajuk tu.. Masih ada lagi rupanya..

    " Kalau macam tu, mungkin auntie yuri dengan hyunjae akan duduk dengan dia." Jawab chaeyeon senang. Jihoon mengangguk sebelum dia terfikir sesuatu.

    " Omma, bila omma nak bawa hoon jumpa appa lagi? Kali terakhir omma bawa hoon tahun lepas. Itupun sekejap je. Hoon nak jumpa appa dengan kakak chaery lagi." Tanya jihoon perlahan. Chaeyeon tersentak mendengar soalan anaknya. Tepat pada masanya, makanan mereka sampai. Jihoon meletakkan pingga chicken chop nya di tepi. Menunggu jawapan si ibu.

    " Entahlah hoon. Omma pun tak tahu appa kat mana. Entah-entah appa dah ada isteri baru. Kakak Chaery kamu dah ada ibu baru." Jawab chaeyeon perlahan. Jihoon yang perasan muka ibunya bertukar keruh menarik pinggan makanannya semula sebelum mula makan. Tak nak tanya soalan lagi. Nanti omma makin sedih.

-----

Han Company,

Han p.o.v

    " Chaery, appa nak ke Lee Company. Ada meeting dengan CEO dia. Nak ikut?"Han memandang anak perempuannya yang sedang menyiapkan kerja sekolah menggeleng sebelum dia tersedar ayahnya hendak ke Company milik ibunya.

    " APPA! Chaery nak ikut!" Jerit chaeryeong sebelum mengikut ayahnya dari belakang. Gadis berumur 8 tahun itu sempat mencapai jaketnya sebelum mengikut ayahnya dari belakang. Mereka menaiki kereta yang dipandu oleh Han sendiri ke Lee Company. 

Tiba di Lee Company,

    " Hai. Saya ada meeting dengan Puan Lee. Boleh saya jumpa dia?" Han menegur penyambut tetamu di ruang lobi syarikat Lee itu. Perempuan itu  mengisyaratkan supaya Han bersabar sekejap. Ada panggilan dia perlu jawab sekarang.

   " Tuan Han kan? Dari Han Company? Puan Lee suruh Tuan tunggu dulu di biliknya. Biliknya berada di tingkat 20. Sekarang ni Puan Lee takde sebab dia ada mesyuarat kat luar. Tapi anak dia kat biliknya." Maklum perempuan itu. Han mengangguk sebelum meminta diri untuk berlalu. Chaeryeong dah teruja ingin berjumpa adiknya itu. Keluarga mereka bukan macam keluarga Skzone yang lain. Tahun lepas adalah tahun kedua chaeryeong berjumpa adiknya. Tahun pertama adalah ketika jihoon baru lahir. Kerana chaeyeon berpantang di rumah keluarganya, han bebas untuk berjumpa anaknay secara diam-diam. Chaeyeon tak bagi mereka berjumpa secara terbuka untuk mengelakkan ahli izone tahu perjumpaan mereka.

    " Chaery, nak duduk dalam lif ke? Jomlah.. Adik kamu dah lama tunggu tu.." Tegur han melihat chaeryeong masih dalam lif. Pantas chaeryeong keluar. Kakinya laju melangkah ke pejabat milik chaeyeon. Rindu sangat dengan adik.

    " Hai auntie nayeon! Jihoon ada kat bilik kan?" Chaeryeong ramah menegur PA chaeyeon. Wanita yang mempunyai 2 anak itu mengangguk lembut sebelum ketawa kecil. Keletah chaeryeong sama macam chaeyeon. Teruja nak jumpa jihoon.

    " Kakak chaery! Appa!" Jihoon memeluk chaeryeong sebaik sahaja dia nampak kakak dan ayahnya itu. Tangan Han disalam sebelum dia memeluk Han.

    " Did you life happily with your mother my prince?" Han menyoal anaknya sebelum pipi jihoon dicium. Jihoon tergelak suka.

   " Mestilah. Hoon takkan lupakan janji Hoon untuk buat omma senyum selalu dan jangan bagi omma nangis. Appa pulak? Ada masuk hospital lagi ke?" Soal jihoon pula. Han pernah masuk hospital ketika jihoon berumur 3 tahun kerana pengsan di tempat kerja. Walaupun dia masih kecil, dia masih boleh ingat macam mana omma marahkan appa sebab tak cukup rehat.

    " Kalau nak sakat orang balik, nombor satu putera appa ni. Appa tak pengsan lagi. Sekarang appa sihat dan bertenaga." Jawab Han semula. 

   " Jangan percaya dia hoon. Semalam dia tidur pukul 3.00 pagi sebab siapkan kerja berlambak. Auntie jiyeon membebel baru dia tarik selimut. kalau tak, mungkin pukul 6.00 pagi baru dia tidur." Sampuk chaeryeong tiba-tiba.

    " Appa kan Hoon cakap, appa kena tidur dan rehat dalam mas yang cukup. Kalau appa tidur pukul 3.00 pagi, appa bangun pukul 7.00 pagi.. Appa tak dapat rehat yang cukup. Nanti appa pengsan lagi macam mana? Kesian pula omma nak jaga." Bebel jihoon di situ. Baru han tahu, anaknya ni kuat bebel sama macam isteri dia.

    " OMMA!" Chaeryeong menjerit tiba-tiba membuatkan han tersedar dari lamunannya. Dia memandang ke pintu dan melihat chaeyeon baru masuk. Wanita itu meletakkan fail di atas meja sebelum memeluk puteri sulung mereka yang dah lama tak jumpa.

    " Dah lama tak jumpa puteri omma ni. Chaery sihat?" Soal chaeyeon sebelum mencium pipi chaeryeong. Chaeryeong mengangguk perlahan.

   " Umm... Chaery sangat sihat. Omma tak nak tanya appa ke?" Chaeryeong menyakat ibunya itu. Chaeyeon tersenyum kecil sebelum memandang han. Jihoon masih dalam pelukan ayahnya itu hanya tersenyum memandang ibu dan kakaknya.

    " Han, awak sihat?"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now