BAB 26

236 20 2
                                    

Wonyoung p.o.v

    " Sampai juga akhirnya.. Hah. Yang soobin, apa abang tunggu lagi? Pergi bunyikan loceng tu. Mesti auntie gyuri kesayangan abang tu dah tunggu lama.." Arah wonyoung apabila mereka anak beranak tiba di rumah keluarga jang. Tanpa menunggu lagi, soobin terus menekan loceng. Nasib tinggi. Kalau pendek macam adiknya, memang tak capai. Mereka memang dah sampai sini sejak dua hari lepas, namun kerana sedikit masalah, mereka terpaksa duduk selama dua hari di hotel untuk menguruskan masalah itu. Jeongwoo dihantar ke tadika barunya sementara wonyoung dan soobin menyelesaikan masalah.

      " AUNTIE GYURI, UNCLE WOO!! KAMI DAH SAMPAI!!" Suara jeongwoo membuatkan wonyoung tergelak kecil. Nampak sangat teruja tu. Pintu rumah dibuka oleh seseorang dari dalam. Mereka berdua sedikit hampa kerana pintu dibuka oleh pembantu rumah. Bukan orang yang mereka harapkan.

    " Masuklah cik wonyoung.. Tuan dengan puan kat dalam bilik membaca. Tengah berehat. Cik gyuri pula keluar untuk uruskan majlis kahwin dia. Tuan wooyoung pun keluar. Katanya nak pergi jumpa kawan-kawannya." Wonyoung mengangguk faham mendengar ayat pembantu rumah itu. Barang mereka pun tak banyak sangat sebenarnya. Sebelum ni wony hanya tinggal dengan chaeyeon. Dia malas nak beli rumah atau sewa rumah. Lagipun senang sikit. Masa dia bekerja shift malam, chaeyeon boleh tolong jagakan soobin dengan jeongwoo.

    " Takpe ahjumma. Beg tu biar dulu. Nanti wony angkatkan. Abang, adik.. Jom jumpa nenek dengan atuk dulu." Ajak wonyoung sebelum menuju ke bilil bacaan keluarga mereka. Soobin dan jeongwoo mengikut dari belakang. Pintu bilik itu dibuka dan kedua-dua anak wonyoung nampak nenek dan atuk mereka sedang leka membaca buku.

   " NENEK! ATUK!" Kedua-dua orang tua itu nampak terkejut sebelum tersenyum. Jeongwoo memeluk Puan Jang manakala soobin menuju ke Tuan Jang.

    " Amboi cucu nenek ni.. lama tak jumpa. Dah makin tembam eh.." Puan Jang mencium pipi jeongwoo sebelum ke pipi soobin. Mereka berdua tergelak riang. Wonyoung menyalam tangan Tuan jang lembut sebelum tersenyum ke arah ibunya.

    " Ni hah anak omma ni.. Kenapa makin kurus ni? Dah serupa lidi dah omma tengok tangan ni.. Tak cukup makan ke?" Tanya puan jang prihatin sambil memegang tangan wonyoung. Wonyoung tersenyum pahit.

    " Tak lah.. Wony sibuk kerja je. Banyak kerja kena buat.." Balas wonyoung perlahan. Puan jang menggosok kepala anaknya lembut.

   " Omma tahu kerja doktor ni memenatkan sayang.. Tapi awak kena jaga diri juga. Jangan kerja berat sangat. Kalau awak sakit nanti, siapa nak jaga jeongwoo dengan soobin? Takkan nak suruh abang awak tu, karang tak pasal dua-dua masuk hospital sebab keracunan makanan." Bebel Puan jang. Soobin dan jeongwoo tersengih melihat omma mereka kena bebel. Selalu mereka je kena bebel dengan wonyoung. Hari ni wonyoung pula kena bebel dengan Puan Jang.

   " Aish awak ni.. Kot ye pun. Bagilah mereka rehat. Jauh mereka datang dari Jeju ni.. Wony, pergilah rehat dulu. Bilik kamu masih ada kat bilik lama. Bilik jeongwoo dengan soobin sebelah bilik kamu." Kata Tuan jang. Wonyoung mengangguk perlahan. Anak-anaknya dibawa ke tingkat dua rumah itu. Dia berhenti di sebuah pintu bewarna biru di sebelah biliknya. Pintu bilik dibuka. Soobin dan jeongwoo terkejut melihat bilik baru mereka.

 Soobin dan jeongwoo terkejut melihat bilik baru mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now