BAB 49

167 21 0
                                    

Haruto p.o.v

    " Omma bila appa nak jaga? Adik rindu appa..." Soal Haruto perlahan sebelum menongkat dagunya dengan tangannya. Tangan chaewon yang sedang mencuci pinggan mangkuk terhenti. Ryujin menjeling adiknya tajam. Bererti jangan tanya pasal appa kat omma.

    " Entahlah sayang.. Omma pun tak tahu. Adik pergi masuk tidur. Esok sekolah kan? Ryu tinggal kan je pinggan tu. Nanti omma lap kan. Pergi temankan adik tidur." Arah chaewon. Ryujin nak membantah namun melihat muka datar ibunya membuatkan dia mematikan niatnya. Dia membasuh tangannya dengan sabun sebelum membawa haruto ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup dengan perlahan.

    " Kenapa? Salah ke adik tanya soalan tu kat omma? Kenapa kakak marah adik pulak?" Soal Haruto tak puas hati. Ryujin mengeluh perlahan. Sabar je lah dengan adik macam Lee Haruto ni...

    " Tanya soalan tu tak salah adikku. Tapi bukan masa yang tepat. Adik pun tengok macam mana teruk omma menangis masa appa start tidur sampai sekarang tak bangunkan? Adik nak tengok ke omma nangis macam tu lagi?" Soal ryujin seperti mengugut. Haruto menggeleng perlahan.

    " Tak nak! Adik tak nak buat omma nangis lagi. Tapi kakak betul ke yang appa akan tinggalkan kita tak lama lagi?" Soal Haruto lagi. Ryujin berdiri dari katilnya dan mengambil tempat di katil haruto.

    " Dah tu. Jom tidur. Esok sekolah.. Kakak bacakan buku untuk adik." Ryujin pantas menukar topik cerita mereka. Buku cerita hadiah dari felix yang bertajuk ' Puss In Boots' diambil sebelum dibacakan cerita itu kepada adiknya sehingga haruto akhirnya tertidur.

Ryujin p.o.v

     Sebaik sahaja haruto tidur, buku cerita itu diletakkan di tempatnya semula sebelum dia menyelimutkan adiknya dan mencium dahi haruto perlahan. Ryujin senyap-senyap keluar dari biliknya mencari ibunya dan menjumpai chaewon di ruang tamu menangis.

    " Omma.. Kenapa omma nangis ni? Janganlah nangis.. Appa takkan tinggalkan kita. Appa dah janji appa akan sentiasa bersama kita kan? Omma janganlah nangis. Nanti appa sedih kalau tengok omma macam ni.." Pujuk Ryujin sebelum memeluk chaewon erat. Chaewon membalas pelukan anak sulungnya.

     " Maaf ryu. Omma tak guna kan? Kalau omma maafkan appa dari dulu mesti takkan jadi macam ni kan? Omma dah pisahkan kamu berdua dengan ayah kamu." Chaewon berkata sambil menangis perlahan.

    " Omma janganlah nangis.. Omma tak salah pun. Ni semua takdir. Mungkin dia nak uji sama ada appa kuat ke tak. Appa kan kuat. Appa mesti akan jaga. Omma cuma jangan nangis je. Nanti susah appa nak bangun. Omma ryu kan cantik kalau dia senyum. Senyum ye omma sayang.." Ryujin menaikkan sudut bibir chaewon melihat ibunya itu tersenyum walaupun muka dan mata merah kerana menangis.

    " Terima kasih ryu. Sebab lahir sebagai anak sulung omma.." Ryujin tersenyum apabila sekali lagi dia berpelukan dengan ibunya. Dia tak nafikan dia sangat gembira dilahirkan dalam keluarga yang serba bahagia ni. Harap appa cepat bangun dan mereka boleh hidup sebagai keluarga kecil yang bahagia.

-------

Yuri p.o.v

    " Hwang Yeji! Hwang Hyunjae! Jangan main-main lagi. Tidurlah.. KIta dah seharian berjalan-jalan. Kamu berdua tak penat ke?" Yuri yang baru keluar dari bilik air melihat kedua-dua anaknya itu sedang bermain-main bantal dengan gembira.

    " Adalah.. Penat sikit omma. Tapi bukan selalu kita dapat pergi Jepun ni. Seronoklah omma! Lain kali kita datang sini lagi eh! Tapi kali ni dengan appa pulak!" Kata-kata Hyunjae membuatkan muka yuri berubah namun dia masih cuba tersenyum. Yeji tak sedar perubahan di wajah ibunya kerana sibuk membetulkan tempat tidurnya.

    " Yelah sayang.. Nanti kita datang lagi kat sini dengan appa.." Walaupun perkataan appa tu tak nak disebut, namun dia terpaksa menyebut juga demi anaknya. Mereka berbaring di atas lantai yang berlapik tilam sedikit tebal itu. Yuri di kiri, Hyunjae di tengah-tengah dan yeji di sebelah kanan. 

    " Omma masih marah kat appa ke?" Soal yeji perlahan apabila mereka berdua terdengar dengkuran perlahan Hyunjae. Yuri tak menjawab apa-apa untuk soalan yeji. Bukan tak jawab soalan yeji namun dia malas nak marah.

     " Ji, kamu rasa appa kamu bersalah ke dalam hal ni?" Soal yuri perlahan sebelum menggosok kepala hyunjae. Rambut depan yang menutup mata semua ke belakang. Yeji menggeleng perlahan.

     " Tak. Appa tak bersalah dalam hal ni. Ji rasa semua ni kerja nenek sihir tu. Dia nak buat omma marah lepas tu bercerai dengan appa supaya dia boleh kahwin dengan appa.. Nasib baiklah nenek sihir tu takde depan yeji, kalau tak... Memang nahas dia. Boleh dia buat ibu ji dengan adik nangis? Memang kena dia kalau dia berani muncul depan yeji lagi." Balas yeji pula. Yuri terfikir.. Yalah kan? Kalau betullan gambar tu semua betul, Takkanlah selama 5 tahun hyunjin masih hidup keseorangan kan?

    " Hmmm.. Tidulah. Esok nak berjalan-jalan lagi.." Kata yuri sebelum dia sendiri menutup matanya. Yeji juga membuat perkara yang sama. Dia berharap appanya akan muncul kat sini walaupun dia tahu itu semua takkan terjadi.

----

Hyunjin p.o.v

    " Yul.. Ji.. Jae.. I miss all of you. Tunggu appa datang sayang. Appa akan pujuk omma sampai omma terima appa semula supaya kita dapat hidup satu keluarga dengan bahagia. Tunggu abang sayang..." Hyunjin berkata dengan perlahan memandang ke sekeping gambar keluarga di tangannya. Hwang Yuri, Hwang Yeji dan Hwang Hyunjae. Dia akan pastikan hanya sekali sahaja dia kehilangan mereka. Selepas ni atau sampai bila-bila dia akan pastikan isteri dan anak-anaknya itu hanya dan akan sentiasa berada di sampingnya sahaja. Setiap masa di mana sahaja.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now