BAB 53

195 25 0
                                    

Chaewon p.o.v

    Wad yang penuh dengan bunga-bunga itu dipandang chaewon perlahan. Dia mengeluh sebelum melangkah masuk. Felix masih macam tu, takde tanda-tanda yang dia akan bangun dalam masa terdekat. Sedangkan masa yang tinggal untuk felix hanya tinggal seminggu je sebelum mereka kena buka alat pernafasan dia. Mampu ke dia tengok kehilangan suaminya itu? Mampu ke dia nak jawab pada Haruto kenapa ayahnya tak bangun lagi? Mampu ke dia merelakan pemergian orang yang disayanginya?

    " Unnie.." Wonyoung memandang chaewon dari luar. Chaewon selalu kuat dan menyembunyikan tangisannya di belakang semua orang. Tak pernah dia menangis seteruk macam ni. Chaewon masih sayang Felix. Tapi cuma ego dia kuat untuk mengaku itu. Wonyoung cuma dapat berdoa supaya felix bangun. Supaya dia dapat menebus semua kesilapannya kat chaewon semula.

-------

Felix p.o.v

    " Omma?" Mata Felix perlahan-lahan terbuka. Muka mendiang ommanya yang tersenyum manis dipandang sebelum dia beberapa kali mengerdipkan matanya. Tak percaya sang ibu yang telah lama meninggal dunia kini berada di depan matanya.

    " Hai anak omma... Felix sihat?" Soal Puan Lee dengan senyuman manis. kedua-dua mereka berada memakai baju putih tanpa secalit pun kotoran. Felix masih tak percaya memandang sekeliling. Semuanya putih. Macam berada kat dalam wad orang sakit mental. Cuma tanpa sesiapa memerhati.

    " Macam mana omma ada kat sini? Bukan ke omma dah..." Felix tak meneruskan kata-katanya. Masih lagi tak percaya. Puan Lee tersenyum tanpa menjawab soalan anaknya. Dia berjalan ke depan. Seorang kanak-kanak perempuan yang berwajah hampir sama dengan ryujin tersenyum kepadanya juga.

    " Omma, kenapa tak jawab soalan felix? Ryu, macam mana dia ada kat sini juga?" Soal Felix lagi mengikut ibunya namun kakinya tiba-tiba berhenti secara automatik. Puan Lee berhenti berjalan dan memusingkan badannya ke belakang.

    " Berhenti ikut omma Felix. Kalau kamu masih ikut omma, kamu akan tinggalkan isteri dan anak-anak kamu kat dunia sana. Dan omma tak nak kamu buat macam tu. Cantik kan dia? Kalau ryujin jumpa kakak dia, mesti dia gembira. Tapi sayang, dia pun tak tahu yang dia ada kakak kembar." Balas Puan Lee. Kanak-kanak perempuan itu juga tersenyum seperti Puan Lee.

    " Hehehe.. Omma kata dia nak namakan kita Chaerin, tapi sayang.. Ryujin je yang dapat lahir. Rin terpaksa korbankan nyawa rin supaya adik lahir tapi rin sedih.. Sebab omma selalu menangis dulu bila teringatkan rin yang pernah wujud walaupun cuma sekejap. Omma pun selalu menangis sekarang bila appa tak bangun." Kata kanak-kanak itu. Baru Felix ingat. Jadi, dialah gerangan bayi yang meninggal dunia dulu ketika dalam kandungan lagi?

    " Felix, omma tahu kamu nak duduk dengan omma dan chaerin kat sini.. Tapi kamu juga tak boleh tinggalkan keluarga kamu kat sana. Jadi, baliklah semula. Kuatkan diri kamu untuk bangun felix. Kamu tak nak tengok chaewon menangis lagi kan selepas semua ni?" Soal Puan Lee. Macam ada satu skrin di belakang Puan Lee menunjukkan chaewon yang menangis untuk kali pertama setelah mengetahui felix koma.

    " Tapi, Lix tak nak tinggalkan omma.. Lix sayang omma.. Chae pun bukannya sayangkan lix pun.. Lagi bagus lix tak kacau dia, ryu dengan haruto lagi.." Balas Felix perlahan. Puan Lee mengusap belakang Felix perlahan.

    " Kamu tahu kan chaewon macam mana? Dia tak pernah cakap apa yang ada di hati dia secara terus terang? Tapi ingat apa yang dia buat? Kenapa dia kembali pada kamu semula? Sedangkan dia boleh je elak kamu lagi lepas tu? Kenapa dia boleh tinggal semula dengan kamu? Semua kerana dia masih sayangkan kamu. Cuma dia tak nak mengaku sebab dia masih tak boleh maafkan kamu sebab kesalahan kamu sebelum ni felix. Tapi jujur omma cakap, dia tak pernah berhenti cintakan kamu felix. Mulut mungkin cakap benci tapi hati selalu mencintai. Kembali ke dia semula. Buka buku baru, tutup buku lama." Ucap Puan Lee.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now