BAB 43

179 17 1
                                    

Yujin p.o.v

   " Yun, gyu... Omma dah balik.." Yujin memasuki rumah dan membuka kasutnya perlahan. Dia balik sedikit lambat hari ni. Ada kerja tambahan kena buat. Matanya meliar mencari anak-anaknya apabila tiada sesiapa menyahut panggilannya. Rumah pun sedikit bersepah. Mana anak-anaknya ni?

    " Yun, gyu... Mana anak omma ni?" Yujin bersuara perlahan sebelum memasuki ruang televisyen perlahan-lahan. Dia tersenyum nampak sang suami bersama anak-anaknya di balkoni. Belum sempat menegur, telinganya terlebih dahulu menangkap perbualan mereka tiga beranak.

   " Haelmonni betul ke appa nak kahwin dengan perempuan yang datang rumah pagi tadi?" Suara yuna kedengaran. Yujin terhenti dan menyorok di sebalik langsir yang ada di situ. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa lain. Rasa macam seungmin mengkhianati janji mereka.

    " Haah. Yun dengan Gyu juga cakap nak adik kan.. Omma kamu tak boleh mengandung lagi. Jadi, appa kamu kahwin dengan orang lain supaya kamu berdua dapat adik.." Balas irene di talian lembut. Mereka tak sedar yujin yang mendengar dalam diam di ruang tamu. Air mata yujin mengalir turun ke pipi. Perutnya diusap lembut. Semua orang  salah tentang itu. Memang doktor kata kemungkinan besar yujin takkan dapat mengandung buat masa kini sebab komplikasi rahim yang terjadi. Tapi tu hanya kemungkinan sahaja. Bukan pasti dan selama-lamanya.

    " Appa nak bagitahu omma pasal ni ke? Macam mana kalau omma marah dan sedih kalau tahu pasal ni?" Soal beomgyu pula. Seungmin tersenyum lembut.

    " Jangan risau. Appa akan ceraikan omma lepas ni macam yang haelmonni cakap supaya omma kamu dapat gembira bersama orang lain. Appa tak nak dia asyik bersedih je sebab tak dapat tunaikan permintaan kamu berdua. Dan, kamu berdua akan tinggal dengan appa. Kamu takkan susah lagi lepas ni gyu.." Bala seungmin pula. Yujin yang mendengar memeluk lututnya. Air mata yang mengalir langsung tak dihiraukan. Perbualan tu sangat menyakitkan hatinya. Dia terus bangun dan keluar dari rumah itu semula. Kunci kereta diambil dan dia memandu entah kemana hala tujunya pun dia tak tahu.

Seungmin p.o.v

   " Okey Omma. Nanti seungmin telefon lagi." Seungmin tersenyum kecil sebelum menamatkan panggilan telefon. Mukanya bertukar sedih. Yuna dan Beomgyu dipandang.

    " Haelmonni jahat. Haelmonni paksa appa kahwin dengan perempuan gedik tu sebab haelmonni tak suka omma. Haelmonni jahat." Ucap yuna perlahan. Mereka hanya berlakon dan berpura-pura gembira supaya haelmonni tak syak yang mereka kenakan perempuan yang datang pagi tadi dengan haelmoni ke rumah.

   " Tak baik cakap macam tu. Haelmonni kamu tu memang macam tu. Entah apa yang tak kena dengan omma kamu sampai dia benci sangat omma kamu. Jangan risau. Kita doa je supaya haelmonni akhirnya nanti boleh terima omma okey?" Mereka berdua mengangguk mendengar kata-kata sang ayah. Seungmin memandang ke jam yang ada di telefon.

   " Aik? Apasal lambat sangat omma kamu ni balik? Dah nak dekat pukul 11.00 ni. Takkanlah belum balik lagi?" Soal seungmin. Yuna dan beomgyu mengangkat bahu. Dia menelefon yujin. Nasib diangkat walaupun agak lambat.

Yujin: Helo.
Seungmin: Awak belum balik lagi ke? Dah lambat ni..
Yujin: Saya lupa nak bagitahu awak petang tadi bos hantar saya pergi Jepun. Ada masalah dengan bank kat sana. Saya kena pergi sana. Saya minta maaf sangat-sangat.
Seungmin: Oh okeylah.. Berapa lama?
Yujin: Entah. Sampai selesai kot. Mungkin dalam 2 minggu.
Seungmin: Yujin, awak nangis ke?
Yujin: Mana ada. Selsema lah.. Kat sini sejuk sikit. Anak-anak okey?
Seungmin: Okey hah.. Nak cakap ke?
Yujin: Takpelah. Suruh diaorang masuk tidur. Dah lewat ni. Esok sekolah. Saya ken pergi dulu ni Bye..
Seungmin: Bye.. Jalan baik-baik sayang.

   " Omma kamu tak dapat balik malam ni. Petang tadi dia naik flight ke Jepun. Mungkin dalam 2 minggu lagi baru dia balik. Jom masuk tidur. Esok sekolah kan?" Yuna dan beomgyu mengangguk. Mereka memasuki bilik mereka setelah mengucapkan selamat malam pada seungmin. Seungmin memasuki biliknya kemudian setelah mengemas sedikit ruang tamu. Dia agak pelik kerana rak kasut macam beralih sedikit. Mungkin terlanggar masa mereka berdua letak kasut. Katanya cuba positif.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now