BAB 30

210 21 5
                                    

Yuri p.o.v

   " Yul yang ku sayang.. Nah projek baru." Chaeyeon meletakkan fail berisi maklumat projek baru untuk yuri. Yuri mendengus geram. Mereka baru pindah balik ke seoul terus dia dapat kerja baru?! Ini sangatlah tidak adil baginya. 

    " Apa? Kau kan arkitek terhebat dunia? Sampai semua syarikat rasuah aku supaya bagi kau kat mereka.. Kira kerja ni settle eh dengan kau." Balas chaeyeon. Macam tak biasa melihat muka merungut yuri. Serupa dengan Hyunjae kalau hyunjae malas.

    " Yelah.. Aku kena pergi sana ke atau diaorang ke sini?" Tanya yuri semula. Chaeyeon meletakkan tangannya ke dagu seperti berfikir.

    " Pergi ke sana. Hari ni juga. Aku call CEO Hwang company nanti. Kau pergi dulu. Oh, bawa si kecil Hyunjae tu. Nanti dia merengek cari ibu dia, tak larat nak layan. Jangan lupa.." Kata chaeyeon sebelum berlalu. Yuri mencapai blazer miliknya di kerusi sebelum menyarungkan blazer itu. Dia terpaksa bawa hyunjae ke kerja hari ni sebab malas nak menghantar hyunjae ke tadikanya. Hyunjae tak berapa sihat sangat.

    " Jom Hyunjae. Kita ikut omma pergi kerja sekejap." Ajak yuri. Hyunjae hanya mengikut. Tangan yuri dipegang perlahan. Mereka berdua masuk ke lif bersama-sama. Lif tak penuh sebab sekarang waktu lunch. Yuri baru je nak keluar tadi, tapi dah ditahan oleh sang bos, chaeyeon yang bagi dia projek baru.

    " Omma, kita lunch dulu boleh? Jae laparlah.." Hyunjae mengusap perutnya. Yuri memandang dan mengangguk sebelum tersenyum kecil.

   " Jae nak makan kat mana? Jom, omma bawakan. Lepas tu baru ikut omma mesyuarat eh.." Hyunjae mengangguk perlahan. 

    " Jae nak makan apa-apa yang omma makan. Semua omma makan sedap!" Kata hyunjae. Sekali lagi yuri tersenyum kecil. Pandai ambil hati orang. Ikut perangai siapa anak dia yang seorang ni eh?

------

Hwang Company,

Author p.o.v

    " Pukul berapa wakil Lee Company datang untuk projek baru tu?" Tanya hyunjin pada PA nya yang bernama Sarah itu. Sarah melihat ke fail di depannya sebelum menjawab,

    " Pukul 2.00 petang. Tapi CEO Lee company kata nanti dia datang bawa anak dia sekali. Tuan okey ke?" Hyunjin hanya mengangguk. Sraah kecewa kerana CEO Hwang company itu hanya buat acuh tak acuh dengannya. Sedangkan selama ni, dia menyukai hyunjin. Dia tak kisah kalau pun dia terpaksa menjadi ibu tiri kepada yeji.

    " Apa kamu nak lagi sarah?Keluarlah. Kerja kamu dah habis." Arah hyunjin. Sarah memuncungkan bibirnya sebelum melangkah keluar. Dia terus ke tempat duduknya dan melihat yeji yang baru habis sekolah memasuki ruangan tingkat 25 itu. Senyuman terus diukir.

    " Apahal nenek sihir ni senyum macam orang miring? Dah tak betul ke?" Fikir yeji. Agak menakutkan melihat sarah yang masih tak berhenti senyum bila nampak dia.

    " Yeji dah makan ke? Jom, auntie belanja lunch nak?" Tanya sarah ramah. Bukan yeji tak tahu nenek sihir di depannya ini hanya nak ambil hatinya supaya senang dia kahwin dengan hyunjin. Taktik dah lapuk lah nenek sihir, Yeji dah tahu dah..

     " Hahaha.. Takpelah auntie sarah.. Yeji dah lunch dengan chaery tadi.." Kekok gadis itu ketawa sebelum meloloskan diri dalam bilik ayahnya dengan pantas. Hyunjin yang tersedar ada orang menutup pintu biliknya dengan kuat mengangkat muka dan bertanya kenapa dengan anak sulungnya itu.

    " Huish.. menakutkan betul auntie sarah tu appa. Kenapa appa tak cari PA lain je? Serupa nenek sihir yeji tengok dia tau.." Tanya yeji sebelum duduk di kerusi di depan ayahnya. Hyunjin mengeluh sebelum meletakkan fail yang dibacanya di atas meja semula.

    " Malas. Appa akan tukar dia dengan omma kamu kalau appa jumpa omma kamu. Buat masa sekarang, tahanlah dulu dengan kerenah nenek sihir tu ye sayangku Hwang yeji.." Balas hyunjin senang. Yeji memandang hyunjin sambil merungut dalam hati. Tak guna punya appa. Patutlah omma tinggalkan je dulu.

    " Appa ni kan.. Buatnya dia pasang perangkap macam mana? Kalau dia cuba goda appa kat sini, lepas tu tertangkap basah? Tak ke naya nanti?" Soal yeji lagi. Hyunjin tersenyum kecil. Jauh betul fikiran anaknya ini.

    " Takde apa-apalah sayang.. Ni, uncle park ada kat bawah. Balik dengan dia eh.. Tengokkan haelmonni dengan haerboji kat rumah. Jangan bagi haelmonni dengan hareboji buat kerja berat okey sayang?" Yeji mengangguk pantas. Tangan ayahnya disalam sebelum dia meninggalkan pejabat itu. Baru je keluar, dia terkedu melihat pergaduhan antara PA hyunjin dengan seorang perempuan yang tak dikenali. Tapi muka perempua tu macam familliar.

-------

Sebelum itu,

Yuri p.o.v

    " Saya nak jumpa Tuan Hwang. Ada mesyuarat dengan dia." Penyambut tetamu yang berada di lobi menghulurkan sekeping kad dan memaklumkan bahawa pejabat CEO Hwang company berada di tingkat 25. Yuri mengangguk dan mengambil kad itu. Kad itu digunakan untuk akses lif. Supaya lif boleh bergerak.

Tiba di tingkat 25,

    Yuri menggenggam tangan hyunjae erat ketika mereka berdua berjalan. Walaupun banyak mata memandangnya, dia hanya buat tak kisah sehinggalah..

    " Au!!" Ada seorang perempuan melanggar hyunjae sehingga puteranya terjatuh. Jus oren yang dipegang oleh perempuan itu terkena baju hyunjae. Habis basah anaknya itu. Yuri pantas mengangkat anaknya melihat jika ada kecederaan pada anaknya.

    " Hei, buta ke? Nampak orang nak lalu kat sini kan?" Marah perempuan itu. Dialah sarah, PA hyunjin. Ni kalau hyunjin tau, mahu sekarang juga kena buang kerja dengan hyunjin. Doalah jelah supaya hyunjin tak tahu.

    " Kamu kata anak saya buta? Hei, kamu buta sebenarnya. Langgar orang sesuka hati. Ingat anak saya ni apa? Tembok kamu nak langgar langgar?" Marah yuri kembali. Mereka tak sedar pergaduhan mereka diperhati oleh seorang gadis kecil yang baru keluar dari bilik CEO Hwang company.

    " Sesuka hati kau je cakap aku buta. Hei, kau dengar sini eh. Aku ni bakal isteri CEO Hwang company, Hwang hyunjin tu tau. Jadi hormat sikit." Yuri tersentak mendengar nama hwang hyunjin itu. Ini rancangan chaeyeon ke? Kalau ni rancangan dia, kenalah dia nanti.

    " Hei, nenek sihir! Jangan sesuka hati eh! Aku tak ingin kau jadi mak aku. Mak aku hanya dia seorang saja!" Tunjuk yeji pada yuri. Dia dah ingat perempuan tu. Gambar yang appa tunjuk. Omma dia yang dah lama menghilangkan diri selama ni.

     " Apa? Perempuan ni mak kandung kamu yeji?" Terkejut besar sarah dibuatnya. Belum sempat dia nak menyampuk, ada suara terlebih dahulu masuk campur,

     " Apa bising-bising ni? Tahu tak saya nak fokus buat kerja?" Hyunjin keluar dari biliknya kerana bunyi bising sehingga kedengaran dalam biliknya. Melihat yeji di hadapan sarah mempertahankan perempuan di belakangnya. Matanya bertentang dengan mata perempuan itu. Dia kenal mata itu.

    " Yuri?"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now