BAB 45

157 19 1
                                    

Minju p.o.v

   " Kenapa kau ada kat sini?" Minju tersentak apabila dia memasuki rumahnya dan minho bersama anak-anaknya. Jisu dan Junho juga terkejut mendengar suara perempuan yang tak dikenali itu. Minju melihat ibu mertuanya a.k.a ibu minho bersama kakak iparnya serta seorang perempuan yang tak dikenali di situ.

    " Nenek, apa auntie tu buat kat sini? Appa dah haramkan dia jejak kaki kat rumah ni kan?!" Soal Jisu menguatkan suaranya sebelum dia ditegur oleh minju. Junho menggenggam tangan kakaknya erat. Takut dengan orang yang tak pernah dijumpainya itu.

   " Kurang ajar kamu Jisu! Ni mesti mak kamu yang tak guna tu ajar kan? Tu siapa? Anak siapa yang kau mengandungkan lagi sampai kau mengaku tu anak minho hah?" Soal Puan Lee geram menunjukkan ke arah Junho.

    " Tu anak minho omma. Omma boleh test DNA kalau omma tak percaya." Bergetar suara minju menuturkan. Puan Lee menggeleng perlahan sebelum memandang anak sulungnya.

   " Anak minho? Kau jangan nak menipulah.. Kau tu perempua murahan tau. Mesti kau jual badan kat mana-mana lelaki lepas tu bila dah mengandung, cakap tu anak minho. Kau nak harta keluarga aku je kan?" Jerit Puan Lee kerana geram.

    " Nenek! Omma tak macam tu lah! Kenapa nenek cakap omma macam tu!" Balas Jisu yang tak tahan ibunya diejek habis-habisan oleh ibu mertua sendiri.

   " Kamu senyap Lee Jisu! Nenek tak cakap dengan kamu. Perempuan ni memang tak guna. Dia tipu minho dan cakap dia mengandungkan anak minho semata-mata harta keluarga je. Dia hanya nak gunakan minho! Kalau betul dia sayangkan minho, kenapa dia tak stay je dari dulu dan jaga kamu jisu? Cuba kamu fikir pasal tu." Kata Puan Lee lagi. Jisu menggelengkan kepala perlahan.

   " Omma tinggalkan jisu dulu sebab nenek! Sebab nenek kata omma hanya oleh stay dengan jisu sampai umur jisu 3 tahun. Lepas tu omma kena tinggalkan jisu. Nenek ingat jisu tak tahu?! Memang jisu masih kecik lagi tapi nenek lupa sesuatu. Cucu nenek ni ada memori fotografik. Jisu boleh ingat semua benda tu walaupun jisu masih kecil. Cuma jisu tak ingat muka atau nama omma je." Balas Jisu semula. Puan Lee nampak risau. Rahsianya tentang janjinya dengan minju terbongkar akhirnya pada cucunya.

   " Nenek tak kisah apa yang kamu ada, memori apa semua tu. Mana appa kamu?" Soal Puan Lee semula. Jisu menjeling tajam perempuan yang dilarang masuk ke rumah mereka itu sambil mengetap gigi kuat.

   " Minho kat sini. Kenapa omma cari?" Minho sebenarnya memang ada di situ. Dia naik kereta bersama minju mengambil anak-anak mereka. Rancangnya nak pergi bercuti satu keluarga kerana minju dapa cuti seminggu. Anak-anak pula cuti sekolah.

    " Kamu kena bertanggungjawab minho! Kamu dah mengandungkan Area. Kamu kena bertanggungjawab atas anak yang Aera kandung." Kata Puan Lee. Perempuan yang bernama Aera itu menunduk. Perutnya nampak sedikit memboyot. 

   " Minho?" Minju menatap suaminya dengan mata membulat. Berharap supaya semua yang didengar dari ibu mertuanya hanya palsu sahaja. Melihat suami yang senyap membuatkan dia mengangguk perlahan.

    " You never change Lee Minho! Tak cukup dengan saya, perempuan lain pun awak nak rosakkan! Awak kenapa minho? Awak tak suka saya jadi isteri awak? Kenapa awak kahwin dengan saya? Awak nak anak? Jisu dengan Junho tak cukup ke? Kenapa awak suka rosakkan hidup orang lain macam ni?!" Jerit minju menolak badan suaminya.

    " Minju, awak dah salah faham. Saya tak pernah buat macam tu. Saya tak pernah sentuh dia pun!" Minho cuba memujuk minju dan menghilangkan salah faham yang berlaku namun minju hanya menggeleng-gelengkan kepala.

    " You are lying minho! Malam tu awak mabuk. Awak tak sedar apa yang awak buat kat saya..." Area tiba-tiba masuk campur. Jisu membaling beg sekolahnya kepada wanita itu. Minho memandang wanita itu tak percaya. Ketika itu, minju menolak suaminya sebelum menarik tangan jisu dan junho. Mereka bertiga keluar dari perkarangan rumah itu dengan pantas. Teksi yang kebetulan lalu ditahan. Dengan pantas, ketiga-tiganya memasuki teksi itu dan teksi itu meninggalkan kawasan rumah minho.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now