BAB 59

148 23 0
                                    

Eunbi p.o.v

     " DADDY!!" Chan memeluk eunjin yang berlari ke arahnya. Dia mencium pipi eunjin sebelum memandang ke depannya. Taehyun dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya bersama eunbi berdiri di situ.

     " Dah lepas rindu kat daddy? Daddy nak tahu tak, eunjin masa tu asyik kata rindu daddy je. Sampai tak nak pergi sekolah selagi daddy tak balik rumah." Kata Taehyun perlahan. Muka Eunjin kemerahan mendengar kata-kata abangnya.

    " Daddy jangan percaya cakap abang.. Abang pun rindu daddy juga.. Siap kata abang nak bunuh orang yang masukkan daddy dalam penjara!" Kata Eunjin pula. Muka Taehyun pula menjadi merah.

    " MANA ADA! Appa jangan percaya cakap adik.. Adik tipu je.." Balas Taehyun dengan muka masam. Eunjin menjelirkan lidah. Chan tersenyum kecil sebelum mengelus rambut Taehyun. Eunbi melihat ke jam tangannya.

    " Jom. Kejap lagi nak jemput Auntie Hannah kat airport kan?" Ajak Eunbi. Eunjin turun dari dukungan chan dan memegang tangan Taehyun. Kedua-duanya menuju ke kereta Eunbi yang tak jauh. Eunbi memberikan kunci kepada Chan. Dia duduk di tempat sebelah tempat duduk driver.

------

Chan p.o.v

     " Eunjin dengan Taehyun nak ikut daddy ke atau nak temankan mummy? Kalau nak ikut daddy, kita kena kejutkan mummy.. Kalau tak, mummy boleh je tidur terus dalam ni je.." Soal Chan dengan keadaan berbisik. Tak nak mengejutkan eunbi. Dia tahu isterinya itu kepenatan. Siapa tak penat wei? Hampir setiap malam eunbi tak tidur untuk menguruskan syarikat serta mencari bukti supaya dia boleh keluar dari penjara.

     " Kitaorang tunggu dalam keretalah daddy.. Kesian kat mummy.. Biarlah mummy rehat." Kata Taehyun. Eunjin juga mengangguk. Chan mengangguk dan meninggalkan kereta. Telefon miliknya sempat diberi oleh eunbi tadi sebelum dia tertidur. Dia melangkah ke balai ketibaan airport. Mencari adik perempuannya.

     " Abang!" Chan memusingkan badan mendengar suara Hannah. Hannah bersama dengan bagasinya dan cermin mata hitam tersarung. Memang nampak baru balik bercuti. Hannah mendekati chan bersama begnya sebelum memeluknya.

     " Woah.. Tak sangat Eunbi Noona berjaya juga bawa abang keluar dari tempat tu.. Abang patut dengar suara noona masa dia minta tolong Hannah dulu.. Suara dia seram betul. Hannah ingat dia nak bunuh je Sarah Noona tu. Rupanya, masih bagi peluang untuk Sarah Noona insaf." Cerita Hannah riang. Chan membawa beg adiknya ke kereta yang diparkir di luar. Kelihatan dari luar eunbi masih tertidur dengan taehyun dan eunjin yang sedang bermain bersama.

    " AUNTIE HANNAH!" Suara Taehyun dan Eunjin mengejutkan ibu mereka dari tidurnya. Laju Eunbi membuka mata sebelum ternampak Hannah yang sedang tersenyum terhadapnya di belakang.

    " Lah.. Kenapa awak tak kejutkan saya chan? Saya dah janji nak jemput Hannah hari ni.." Soal Eunbi kepada suaminya. Hannah dan Chan berbalas senyuman melalui cermin pandang belakang.

     " Takpelah.. Noona tetap jemput juga kan? Lagipun, abang kata noona penat sagat.. Jadi Hannah bagilah noona rehat. Eunjin pun cakap mummy dia tak selalu tidur dengan dia." Balas Hannah menjawab bagi pihak sang abang.

     " Yelah.. Awak rehatlah eunbi.. Perjalanan masih jauh ni. Nak balik rumah omma dengan appa dulu. Dah sampai nanti saya kejutkan awak eh.." Kata Chan. Eunbi mengangguk bersetuju. Dia melelapkan mata semula.

    " Auntie Hannah, ada bawa mainan untuk Taehyun balik tak?" Bisik Taehyun perlahan. Dia ingatkan chan tak dengar bisikannya. Malangnya, telinga chan mendengar juga bisikan anak sulungnya itu.

     " Mestilah ada.. Untuk Eunjin pun ada.. Mainan auntie beli best tau.." Balas Hannah sebelum tersenyum kecil. Taehyun menunjukkan thumbs up. Eunjin tak menjawab apa-apa kerana dia rasa penat dari tadi bermain. Matanya mula kuyu nak tidur.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now