BAB 61

166 22 0
                                    

2 tahun kemudian,

Author p.o.v

Chaelix house,

     " Ryujin! Haruto! Cepatlah siap tu.. Macam mak nenek kamu berdua ni tau.. Adik kamu pun siap lagi cepat!" Panggil Felix dengan suara yang kuat. Anak ketiganya, Jaeyun Lee atau Jake Lee sedang menggigit mainannya yang lembut menunggu kakak dan abangnya siap. Sementara sang ibu sedang berada di dapur menyiapkan susu untuk Jaeyun.

     " Papa! Sabarlah! Susah nak pakai anting-anting ni..." Balas Ryujin dengan suara kuat. Dulu sebelum kedatangan Jaeyun, mereka memanggil Felix dengan panggilan appa. Selepas Jaeyun lahir, panggilan untuk Felix bertukar menjadi Papa. Dan untuk Chaewon pula menjadi mama.

    " Yelah.. Baru umur 10 tahun tapi bersiap mengalahkan mamanya... Nanti dah besar kesian soobin nak tunggu isterinya bersiap." Bebel Felix dan secara tiba-tiba bantal dari tingkat atas melayang ke kepalanya. Tahulah dia dari bilik anaknya itu. Chaewon tergelak melihat suaminya sebelum mengambil Jaeyun di atas sofa.

     " Abang pun tahu ryu tu selalu naik angin cepat kan.. Yang pergi kacau kenapa?" Soal Chaewon perlahan sebelum menyusukan Jaeyun. Felix hanya tersenyum kecil. Haruto turun ke ruang tamu diikuti dengan ryujin yang membuat muka masam. Felix menahan gelak melihat wajah anak perempuannya itu.

    " Adik! Abang rindukan adik.. Rasa macam dah 10 tahun tak jumpa." Kata Haruto perlahan sebelum mendekati adiknya dan mencubit pipinya perlahan. Dialah orang yang paling suka bila tahu adiknya seorang lelaki. Dia kata dia ada geng tapi kakaknya takde geng.

    " Ruto pun siap lambat macam kakak. Ruto kena mekap ke tadi?" Felix menganggu pula anak lelakinya. Haruto memuncungkan bibir. Ayahnya tu dah ada 3 orang anak, dah berumur 29 tahun tapi masih perangai macam budak kecik.

    " Kalau dah siap.. Jomlah pergi. Nanti karang lambat, kesian diaorang kena tunggu kita." Ajak Chaewon. Dia mengemaskan blaus yang dipakainya dan mengoles sedikit gincu di bibirnya. Rambut dibetulkan menggunakan tangannya. Ryujin memandang ibunya. Jeles sekejap dia dengan ibu sendiri. Ibunya sentiasa cantik walaupun pakai apa-apa.. Kenapa dia susah nak nampak cantik eh?

-------

Sakura Kindergarten,

     Hari ni adalah Hari keluarga di Sakura Kindergarten. Tapi beza dari tahun lepas.. Hari ni adalah hari terakhir untuk mereka. Tahun ni anak-anak mereka tak lagi bersekolah di sini. Tapi Cikgu Sakura masih nak mereka menyambut hari keluarga bersama di sini. Mereka adalah pelajar cemerlang di tadika ini.

    " Hai Yebin! Lama tak jumpa awak!" Seperti tahun-tahun lepas, Jihoon adalah yang paling bising antara mereka semua. Keluarga Changyen adalah yang paling awal. Keluarga Hanchae dan Chanbi datang serentak. Yang lain masih belum sampai.

     " Hoon, awak tu kalau menjerit janganlah kuat sangat. Tahulah family kita je kat sini.." Kata Eunjin menasihati. Yebin masih dengan senyuman manisnya. Dia tak banyak cakap macam ibu dengan ayah dia.

     " Alah.. Hoon rindulah.. Dahlah Yebin masuk kelas 1, Hoon masuk kelas 2.. Jauh nak jumpa tu." Balas Jihoon pula. Eunjin tersenyum kecil. Dia memberi bekas yang dibawa tadi kepada Cikgu Sakura. Ibunya nak memasak hari ni.

    " Fuh.. Nasib Jae tak datang awal tadi.." Hyunjae menghela nafas lega ketika dia memasuki tadika. Jadi dia tak menjadi mangsa jeritan dari Jihoon. Jihoon memuncungkan bibir. tanda merajuk. 

    " Hai Heesung. Nasib Hee tak bising macam abang Hee tu kan?" Tegur Hyunjae pada adik Jihoon yang sedang menggigit biskut kerana giginya baru 2 batang tumbuh. Heesung membuat muka blur tak faham dengan kata-kata abang kepada Hwang Niki itu.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now