BAB 19

252 23 0
                                    

Lapangan terbang incheon,

   " Hyung, izone dah sampai ke?" Tanya felix yang baru tiba dengan ryujin di dukungannya. Stray kids yang dah berada di situ menggeleng perlahan. Agak risau sebab dah lama ni. Patutnya 30 minit lepas izone dah tiba, tapi sampai sekarang masih takde batang hidung. Jangan cakap batang hidung, bayang pun tak nampak.

    " Flight delay lah tu.. Janganlah risau sangat.. Biasalah musim hujan macam ni, flight selalu sangat delay.." Balas minho pula menenangkan jisu di dukungannya. Chan memeluk erat taehyun. Nak letak bawah, takut hilang. Budak baru dapat jalan kan.. Laju je dia menghilang. Kang hilang, dia juga yang menjadi mangsa bebelan eunbi.

    " Tu diaorang!" Seungmin menunjukkan ke balai ketibaan. 8 orang gadis yang hilang selama seminggu itu akhirnya muncul juga. Mereka laju bergerak apabila nampak stray kids bersama anak-anak mereka.

    " YEJI!" Anak omma.." Yuri bersuara sambil mendapatkan yeji dari dukungan hyunjin. Pipi yeji dicium bertalu-talu bagi melepaskan rindunya. 

   " Ryu macam mana duduk hospital? Mesti tak best kan?" Chaewon pula bersuara memeluk ryujin. Ryujin tergelak kecil apabila chaewon menciumnya.

   " Yeonjun! Putera omma ni nampak kuruslah.. Appa dia tak bagi makan ke?" Tanya yena menjeling ke arah changbin. Changbin hanya membuat muka tak bersalah. Memang salah dia tak tanya yena nak masak makanan yeonjun sebelum yena pergi. Akhirnya masa bercuti wanita tu dia kacau untuk bertanya pasal resepi makanan yeonjun.

     " Hei yuna sayang.." Yujin tersenyum mendapatkan anaknya itu. Dipeluk erat. Seungmi dia dah halau jauh-jauh. Anaknya alah kat ayah sendiri mungkin. Anak yang dalam perut ni. Dia tak boleh dengar suara seungmin atau dekat dengan dia langsung. Konferm masuk bilik air nanti.

    " Seminggu omma pergi, kamu dah pandai jalan taehyun? Ni kalau sebulan omma pergi, mahu dah pandai cakap ni.." Kata eunbi sebelum mencuit hidung anaknya itu. Terkekeh taehyun ketawa.

   " Dah tu. Baliklah.. Jom jisu. Kita balik eh.. Omma dah penat." Kata minju. Semua berjalan ke kereta suami masing-masing. Mereka pun bergerak balik ke rumah masing-masing.

------

Rumah chanbi,

Chan p.o.v

    " Kenapa rumah bersepah ni? Kena masuk perompak ke?" Eunbi terkejut saat melangkah masuk ke dalam rumahnya. Serius bersepah dengan mainan taehyun. Kat mana-mana je ada mainan anak lelakinya itu.

   " Haah. Perompak junior. Bang taehyun." Kata chan sebelum tergelak kecil. Dia tak sempat kemas sebelum ambil eunbi kat airport sebab bangun lambat. Sedar-sedar je rumah dah bersepah habis dengan mainan taehyun dan anaknya itu selamba duduk di tepi sofa memasukkan mainan ke dalam mulut. Aktiviti kedua anaknya tak boleh diberitahu eunbi kalau dia masih nak hidup.

   " Awak kemaslah chan. Saya nak pergi mandi dulu. Lepas ni nanti omma masak untuk taehyun okey sayang?" Eunbi mencubit pipi taehyun sebelum membebaskan anaknya berjalan di sekitar ruang tamu itu. Namun, budak yang baru dapat kaki itu memilih untuk duduk di atas sofa memandang chan yang mengemas. Terkekeh dia ketawa melihat ayahnya itu. Eunbi pula menghilang di dalam biliknya untuk mandi dan mengemas.

    " Taehyun yah.. Kamu rasa omma kamu dah maafkan appa ke atas salah appa selama ni? Kenapa dia nampak relak sangat? Macam dia dah tak marah appa je lagi.." Tanya chan pada anaknya itu sebelum baru dia tersedar dia bercakap dengan budak yang baru dapat berjalan. Dia tergelak sendiri sebelum memandang ke arah pintu bilik. Eunbi tak dengar kan?

Eunbi p.o.v

    Kau salah chan. Aku tak pernah maafkan kau dalam hidup aku lagi. Aku terima kau sebab taehyun saja. Hanya sebab anak aku masih memerlukan ayah. Kalau tak, aku takkan pandang kau lagi seumur hidup aku.

 Kalau tak, aku takkan pandang kau lagi seumur hidup aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Changbin p.o.v

   " Bin, kita singgah supermarket dulu. Yena nak beli barang-barang rumah. Yena tau kat rumah dah tak banyak barang rumah." Kata yena setelah mereka balik dari kedai makan. Changbin hanya mengangguk dan menumpukan sepenuh perhatian kepada jalan raya. Yeonjun di pelukan yena sudah hampir tertidur kekenyangan.

Di pasar,

   " Sini yeonjun tu. Changbin ikut dari belakang je. Yena pilih barang-barang." Kata changbin namun wanita bergelar ibu kepada yeonjun itu menggelengkan kepalanya perlahan.

   " Nope. Yena boleh pilih barang sambil dukung yeonjun. Awak tolak troli." Kata yena mengarah. Changbin hanya mengikut je. Yena berjalan dengan perlahan menepuk yeojun yang semakin lena sambil memerhati barang-barang. Tak sedar kalau dia diperhatikan oleh seseorang.

    " Yena, bin nak pergi tandas kejap. Yena tunggu sini tau. Tunggu. Jangan pergi kalau changbin tak suruh." Arah sang suami kepada si isterinya. Yena hanya mengangguk. Dipegang troli dengan satu tangan manakala satu lagi tangan digunakan untuk memegang yeonjun. 

Yena p.o.v

    " SEO YENA!" Namanya dipanggil seseorang membuatkan dia terkejut. Namun senyuman terukir apabila melihat 4 orang perempuan mendekatinya. Kawan baik izone. Loona. Yang mendekatinya adalah jinsol, heejin, chuu dan vivi.

   " Lamanya tak jumpa kau. Changbin kata kau pergi bercuti kat Paris. Tak ajak pun.." Kata vivi memulakan perbualan. Yena tergelak kecil.

   " Hehehe.. Aku bercuti dengan izone je. Little yeonjun ni pun tak ikut. Seminggu dia duduk dengan changbin tau." Kata yena. Heejin menyentuh yeonjun yang baru nak tertidur menyebabkan serta merta mata anaknya terbuka. Dia terkejut melihat heejin sebelum tersenyum manis.

   " Auncie.. " Sebut si kecil tu perlahan. Yena dah maklum hal itu. Changbin mungkin banyak sangat mengajar anaknya bercakap sampai dia dah pandai bercakap walaupun masih sedikit pelat. Namun yang terkejut ialah 4 ahli Loona itu. 

    " OMO! KIYOWO YEONJUNNIE~~" Suara chuu menjerit mengejutkan hampir kesemua pengunjung pasaraya itu. Yena terkekeh ketawa bersama yeonjun sedangkan vivi mengetuk kepala chuu.

   " Kau ni memalukan je lah.. Dah tu jom. Kita kena balik sebelum olivia makan orang sebab lapar. Kitaorang balik dulu yena. Bye yeonjunnie~~" Ahli loona melambai sebelum mereka pergi. Yena tersenyum sebelum merasakan ada orang memeluk pinggangnya. Pantas dia memusingkan badan. Fuh.. Nasib changbin.

   " Leka berborak sampai tak sedar changbin ada kat belakang sini.." Kata changbin sambil mencium pipi yeonjun. Yena tersenyum lagi sebelum melepaskan diri.

   " Dahlah tu. Karang lambat pulak balik rumah. Jom cari barang.." Ajak yena. Dia bergerak dulu diikuti changbin dari belakang yang menolak troli.

 Dia bergerak dulu diikuti changbin dari belakang yang menolak troli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now