Eunbi p.o.v
" Unnie, kita nak pergi mana? Nak keluar dari korea ke?" Tanya chaewon perlahan sambil mendodoikan ryujin di dukungannya tidur. Hanya dia, yena dan wonyoung yang bawa anak masing-masing. Eunbi, chaeyeon, minju, yuri dengan yujin meninggalkan anak masing-masing dengan suami mereka.
" Kita tak boleh keluar dari sini. Kita masih belajar kat universiti. Lagipun tinggal beberapa tahun je lagi. Lagipun, mungkin diaorang dapat kesan kita kalau kita keluar dari sini." Bantah eunbi pula.
" Apa kata kita ke Jeju unnie? Chaeyeon perlu ke sana sebab chaeyeon kena jaga syarikat appa." Kata chaeyeon tiba-tiba. Tujuh lagi ahli izone terdiam sebentar sebelum tangisan soobin menyedarkan mereka. Soobin terjaga. Mungkin sejuk sangat kot. Mereka berada di salah satu hotel yang agak jauh dari kawasan rumah masing-masing dan universiti mereka.
" Jeju eh? Jauh juga. Tapi lagi bagus dari kat sini. Chaeyeon dah maklumkan yang awak akan ke sana ke?" Tanya eunbi semula. Chaeyeon mengangguk kepala lembut.
" Dah lama chaeyeon rancang. Prof Seulgi akan tolong kita. Kalau kita dah jumpa universiti kat sana, dia akan telefon pihak sana beritahu bahawa kita pelajar baru dan beri semua maklumat yang diperlukan. Staf syarikat pun dah carikan rumah sewa untuk chaeyeon sebaik sahaja mereka dengar yang chaeyeon akan ke sana. Nanti kita boleh uruskan tu." Kata chaeyeon memberi maklumat.
" Esok kita pergi sana naik kapal kan? Sebab kita tak boleh naik kapal terbang." Eunbi mengangguk mendengar soalan yujin.
" Cepat tidur. Esok kita nak gerak awal supaya dapat beli tiket sebelum tiket habis." Kata eunbi. Mereka tak ada banyak sangat duit jadi terpaksa ambil satu je bilik hari ni. Nasib bilik dia cukup besar. Ryujin, yeonjun dengan soobin ditidurkan atas katil. Manakala yang lain hanya duduk bawah. Sama juga dengan yujin sebab dia mengandung. Dah masuk 6 bulan kandungan dia. Tinggal lagi 3 bulan untuk melahirkan.
" Tidur ye sayang.. Jangan nangis-nangis tau.." Yena mencium pipi yeonjun sebelum menepuknya lembut. Eunbi melihat dengan perasaan sayu. Taehyun... Omma rindu taehyun. Kenapa omma gila sangat tinggalkan taehyun dengan lelaki tu?
------
Stray kids side,
Chan p.o.v
" Masih tak jumpa. Hampir semua hotel kat sini kitaorang dah cari. Memang takde. Tapi kebanyakan hotel memang tak kongsi maklumat pelanggan diaorang. KItaorang tak tahu nak cari kat mana lagi.." Risau minho berkata. Jisu di dalam pelukannya dah pun terlena. Penat mengikut ayahnya yang pergi entah ke mana-mana dari tadi.
" Ni semua salah aku. Mesti yujin dengar perbualan aku dengan omma. Dahlah dia tu mengandung.. Kalau apa-apa jadi kat anak dengan isteri aku, memang aku takkan maafkan diri sendiri!" Bentak seungmin. Ayen menepuk bahunya menyuruh dia bersabar.
" Kau okey lagi min! Aku ni entah ke mana si yena bawa yeonjun. Sekurang-kurangnya yuna masih dengan kau!" Marah changbin. Seungmin kemarahan dan mencengkam kolar baju lelaki yang lebih pendek.
" Kau tak faham hyung! Kandungan yujin dah masuk 6 bulan sekarang ni! Apa-apa benda boleh jadi bila aku takde kat samping dia!" Hyunjin meleraikan pergaduhan dua ahli stray kids itu.
" Kalau gaduh sekarang.. Takde gunalah! Kau seungmin! Yujin dah pun takde kat samping kau. Kalau kau bunuh changbin hyung sekalipun, tak mungkin dia akan balik kat kau! Dan untuk pengetahuan kau, bukan isteri kau je mengandung sekarang ni! Tu chan hyung! Eunbi tu mengandung 3 bulan tau! Kau boleh fikir perasaan dia?" Hyunjin memarahi seungmin. Lelaki itu meraup mukanya dan menangis.
" Mana kita nak cari diaorang lagi? Takkan kat luar negara pulak?" Soal felix bila keadaan dah agak tenang. Semua memandangnya.
" Tak. Diaorang tak keluar negara. Passport minju tertinggal kat rumah. Diaorang takkan tinggalkan seorang ahli kat sini sementara yang lain ke luar negara." Bantah minho. Mereka memerah otak mencari kat mana lagi izone lari.
![](https://img.wattpad.com/cover/236570986-288-k20680.jpg)
YOU ARE READING
I'M SORRY FOR HURTING YOU..
RandomIZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...