BONUS CHAPTER ( SEUNGAHN FAMILY)

109 20 0
                                    

Yujin p.o.v

    " Kim Yuna! Kim Beomgyu! Jangan berlari!" Yujin menjerit sedikit kuat memerhatikan anak kembarnya yang sedang riang ria berlari ke sana sini. Macam tak pernah datang airport je budak berdua ni. Padahal dah pernah pergi dah.. Kyujin dalam dukungan ibunya sudah lena tertidur kerana penat sejak tadi.

    " Yuna. Beomgyu." Mereka berdua pantas berhenti bermain dan menghampiri ibu bapa mereka apabila mendengar suara datar seungmin. Oh.. Jangan main-main dengan Seungmin. Nampa biasa je, tapi kalau dah marah, uish.. Pak cik Stray kids pun takut..

    " Ye appa? Kita dah nak terbang ke?" Soal Beomgyu dengan senyuman manis. Yuna mengangkat begnya yang diletakkan di tepi yujin. Mereka berhenti sekejap dari perjalanan ke tempat menunggu mereka kerana seungmin ingin ke tandas.

    " Kejap lagi kita terbang. Appa nak tanya. Antara Yuna dengan Gyu, siapa nak duduk sebelah appa? Kalau ikut seat kita, seorang duduk dengan omma, seorang dengan appa.. Adik dengan omma.. Ke korang dah tentukan?" Soal Seungmin selepas menerangkan tentang kedudukan mereka. Dua kembar itu memandang sesama mereka dan seperti sedang bergaduh siapa nak duduk sebelah yujin. Tak bercakap apa-apa cuma bertentang mata. Dah macam telepati pun ada dua-dua. Yujin dan seungmin menahan gelak melihat anak kembar mereka.

    " Dahlah.. Yuna duduk dengan appa. Biar Gyu duduk dengan omma okey? Balik nanti tukar pulak ye?" Akhirnya kedua-duanya bersetuju dengan cadangan Yujin. Mereka duduk kat first class, hanya ada dua seat satu barisan. Kalau economy class, okey sikit sebab ada 4 seat.

    " Omma! Auntie miihi dapat baby girl ke baby boy?" Soal Beomgyu tiba-tiba ketika mereka sedang berjalan pergi. Ini sebenarnya tujuan mereka hari ni. Nak ke Jepun untuk tengok baby baru Miihi dengan Doyoung. Selain dari bercuti lah.. Nayeon tak dapat datang jadi yujin gantikan dia. Eunbi jangan tanya, dia memang tak nak datang. Malas nak jalan jauh-jauh katanya..

    " Entah.. Omma lupa nak tanya.. Tapi yang pasti baby lah.. Baru je lahir." Jawab Yujin pada soalan anaknya. Mereka berdua mengangguk serentak. Soalan yang nak ditanya lagi terbang dari kepala mereka apabila nampak kapal terbang yang sudah menunggu mereka. Yujin duduk di kerusi kepenatan melayan kerenah kembar dan anak bongsunya. Ini pun nasib baik Kyujin dah tidur.. Kalau masih berjaga, mahu pengsan dia sebab banyak kerenah nak dilayan.

     " Omma.. Jom.. Kakak cantik tu dah panggil kita." Beomgyu mengejutkan dia dengan suara seperlahan mungkin. Yujin hanya mengangguk perlahan. Nasib ada suami yang tolong jaga kembar dua orang ni. Sekurang-kurangnya takdelah dia penat sangat kan?

---------

Seungmin p.o.v

     " Sayang.. Bangun. Kita dah sampai rumah Miihi ni.. Yun! Gyu! Bangun.. Dah sampai ni. Tu uncle Doyoung dah tunggu depan pintu." Seungmin mengejutkan ahli keluarganya yang sedari tadi tidur. Dari airport sampailah tiba ke destinasi mereka. Nasib ada Cik Waze yang menemaninya. Kalau tak, sesat dia.

     " Dah sampai! Gyu bangun! Hai Uncle!!" Doyoung hanya membalas semula dengan senyuman. Hehe.. Anak-anak abang saudaranya memang comel. Dari Yuna, Beomgyu sehinggalah ke Kyujin yang baru memasuki umur 2 tahun.

    " Hyung. Lama tak jumpa. Makin segak nampaknya.. Macam bukan bapa kepada 3 anak je.." Tegur Doyoung sebelum bersalam dengan Seungmin. Seungmin hanya tergelak kecil sebelum mengambil kyujin dari dukungan si ibu. Yujin nak berjumpa dengan miihi dulu.

     " Oh, kau dapat anak kembar eh? Macam yuna dengan beomgyu ke?" Soal Seungmin. Doyoung mengangguk melihat isterinya yang berada di ruang tamu itu. Yujin tersenyum menggendong salah seorang anaknya. Kyujin ditinggalkan kat ayahnya.. Hmm... Nasib sayang isteri.

     " Tapi anak aku tak macam anak kau hyung. Anak aku dua-dua perempuan. Mulanya ingat macam yuna dengan beomgyu, sekali dua-dua perempuan. Terkejut aku. Muka seorang tu tak nampak macam perempuan. Ni kyujin tak nak letak dia ke? Tak lenguh ke?" Soal Doyoung semula. Seungmin tersengih.

     " Lenguh juga lah.. Tunjukkan bilik. Tu Gyu pun nampak ngantuk semacam je.." Arah Seungmin. Doyoung mengangguk. Yuna dan Beomgyu diuruskan seungmin manakala yujin menguruskan kyujin. Miihi dan Doyoung kembali ke bilik mereka bersama anak-anak mereka. Alah.. Esok ada lagi. Bukannya esok mereka terus balik pun.

--------

Author p.o.v

     " Sayang, kyujin tidur dengan yuna ke?" Yujin yang sedang menilik telefonnya mengangkat muka melihat sang suami yang baru selesai mandi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Sayang, kyujin tidur dengan yuna ke?" Yujin yang sedang menilik telefonnya mengangkat muka melihat sang suami yang baru selesai mandi. Dia mengangguk perlahan sebelum sambung melihat mesej dari izone.

     " Handphone tu lebih menarik dari hubby awak kat sini ke? Duk tenung 24 jam.." Soal Seungmin. Yujin bangun dari baringannya dan duduk di sebeah suaminya sebelum mengangguk dengan gelak tawa.

    " Orang baca mesej dengan izone je.. Tu pun nak cemburu. Cemburu tak bertempat sangat. Degan telefon pun nak cemburu." Jawab Yujin perlahan. Dia melentokkan kepalanya di bahu suaminya manja sebelum memeluk lengan seungmin. Manja sangat. Nasib yuna dengan beomgyu takde kat sini. Kalau tak, muntah kedua-dua anaknya itu.

     " Comel anak miihi dengan doyoung. Sekilas tengok, macam kyujin waktu kecik. Tak sedar masa cepat je berlalu kan? Sedar-sedar je dah nak hampir setahun sejak kehilangan ibu. Kyujin pun dah 2 tahun... Sekejap je.." Kata Seungmin perlahan sambil memandang keluar. Yujin mengangguk setuju.

    " Dan tak sedar pun hari ni adalah hari ulang tahun ke 7 perkahwinan kita. Kan abang?" Soal Yujin lagi. Kelam kabut seungmin memeriksa tarikh hari ni. Dia menepuk dahinya. Aduhai.. Macam mana dia boleh lupa ni? Kalau yujin sama-sama lupa, memang hari anniversary mereka akan berlalu macam tu je..

     " Sorry abang lupa sayang.. Nanti abang bagi hadiah eh.." Balas Seungmin. Yujin tergelak sebelum menggeleng perlahan.

    " Yujin tak minta hadiah mahal pun. Kiss pun cukup untuk isteri abang ni tau..." Kata Yujin pula. Seungmin tergelak sebelum menghadiahkan satu ciuman khas di pipi yujin. Yujin tergelak suka.

     " I love you Kim Seungmin. Now and forever."

    " I love you to Kim Yujin."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kim's Family

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kim's Family

Kim Seungmin + Ahn Yujin

Kim Yuna, Kim Beomgyu, Kim Kyujin.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now