BAB 47

155 21 0
                                    

Eunbi p.o.v

    " Apa jadi ni? Chan, what's happen?" Eunbi terkejut melihat suaminya yang digari dan dibawa polis keluar. Pejabat chan dipenuhi dengan beberapa anggota polis yang menggeledah barang-barang di pejabat itu.

    " Daddy, kenapa ni? Mummy, apa jadi?" Soal eunjin perlahan. Eunbi mengangkat bahu tak tahu. Dia menahan chan yang dibawa anggota polis untuk bertanyakan soalan. Anggota polis itu tak pelik melihat eunbi kerana dia mengetahui bahawa eunbi menjadi peguam syarikat.

    " Maaf Puan Eunbi. Peguam boleh cakap selepas ni. Bukan sekarang." Anggota polis itu cuba berlalu namun dihalang oleh eunbi.

    " I'm talking to him as a wife. Not as lawyer. So, would you mind if you give us a privacy talking for a while?" Apabila aura ketegasan eunbi dah muncul, pegawai polis yang berpangkat tinggi pun akan takut pada dirinya.

    " Okey. Saya benarkan. Tapi hanya 5 minit sahaja." Pegawai polis itu mengeluh dan melepaskan chan dari pegangannya. Tangan chan sedikit memerah akibat digari dengan paksaan. Dia memandang isteri dan dua anaknya itu.

   " I'm sorry. Abang gagal. Abang gagal nak jaga company ni. Memang betul apa yang appa cakap. Abang masih tak layak nak pegang syarikat ni. Tak pasal-pasal abang dah libatkan eun dalam hal ni kan? Dah menyusahkan eun." Kata chan perlahan. Eunbi menggeleng perlahan.

   " Tak. abang tak menyusahkan eun pun. Boleh bagitahu sebenarnya apa yang jadi?" Soal eunbi yang masih pelik. Dia memberikan isyarat kepada taehyun supaya bawa eunjin ke tempat lain. Tak nak bagi mereka berdua mendengar apa yang akan diberitahu oleh suaminya.

    " Ada seorang pekerja buat laporan yang mengatakan bahawa ada unsur rasuah ketika syraikat ni dapat projek daripada Syarikat Minho. Minho masih tak bagi apa-apa statment. Syarikat dia pun mungkin akan ditahan juga kalau betul ada unsur rasuah. Minho masih tak tahu apa-apa pasal ni. Sebenarnya, abang tak kisah kalau abang masuk lokap atas benda yang tak betul ni. Tapi abang risau. Siapa nak jaga syarikat ni sepanjang pemergian abang? Omma dengan appa masih tak balik dari Aussie.. Hannah dengan Lucas pula masih belum layak." Chan meluahkan kerisauannya. Eunbi faham tentang itu. Hanya dia sahaja yang layak menjaga syarikat ni sepanjang pemergian chan nanti.

    " Abang jangan risau. Eun akan jaga syarikat ni. Um, kalau lah eun takde sekarang ni kan.. Dan abang akan masuk ke lokap, siapa yang akan jaga syarikat ni?" Soal Eunbi perlahan. Chan memandang ke arah pintu pejabatnya. Seorang wanita memakai pakaian yang tak cukup kain melangkah masuk dengan berlagaknya.

    " My cousin. Tapi kalau dialah yang pegang syarikat ni, memang akan hancur terkubur Bang Company ni. Eun adalah orang paling layak sekarang ni. Jadi, eun tolong pegang syarikat ni ye. Jangan serahkan kat dia atau sesiapa sekalipun." Arah chan tegas. Satu fail diambil dari seorang pegawai polis. Kontrak pemegangan sementara Bang Company. Chan mendatadangi dan menyerahkan pada eunbi. Eunbi mengangguk melihat namanya di situ.

    " Jadi chris, dah nak bagi syarikat ni kat aku?" Perempuan misteri itu bertanya perlahan. Eunbi merenung wajahnya. Wait a minute.. Macam kenal je perempuan ni..

   " Tak Sarah. Isteri aku akan jaga syarikat ni. Dah dah lah nak musnahkan hidup orang. Kau dah hancurkan hidup hyunjin dan sekarang ni nak hancurkan hidup aku pulak? Manusia jenis apa kau ni Sarah?" Mendengar namanya, baru eunbi teringat. Inilah Sarah eh, perempuan yang membuatkan hyunjin dan yuri bergaduh.

    " Isteri kau? Oh, dia ni ke? Ingatkan cantik manalah tadi. Tak cantik rupa-rupanya. Sebab taehyun hensem. Agaknya taehyun mungkin anak angkat kot.." Ucap Sarah selamba. Serentak itu, kakinya berasa sangat sakit kerana eunbi dengan selambanya memijak kakinya menggunakan kasut tumi tinggi yang dipakai sebelum berbisik di telinga sepupu suaminya itu.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now