Hisamiko sudah hampir sembuh selepas berehat semalaman. Ryouji mengendongnya di belakang agar dia dapat menyambung rehatnya. Mereka harus bergegas takut-takut orang-orang Hamada masih menjejaki mereka.
Mereka meneruskan perjalanan menuju ke kuil ketiga. Menurut catitan bapanya, ia kuil yang mengandungi dua patung gangsa berbentuk singa (shishi) di kedua-dua belah toriinya dengan satu patung Buddha berada di dalam halaman kuil itu.
Patung Buddha? Bagaimana patung Buddha boleh berada di dalam kuil Shinto? Ryouji bertanya sendirian. Apakah penganut Shinto di sini sudah murtad?
Sedang mereka menyusuri denai di tepi Sungai Miya seperti hari sebelumnya, seekor burung hayabusa masih mengekori mereka. Ia terbang berlegar seolah-olah menjaga ruang udara di atas trio itu.
Takasaki mendongak ke atas, seraya berbicara,
"Bapamu pernah menceritakan kepadaku tentang burung itu dan puakmu. Okuhida-no-Hayabusa, nama asalnya Fujiwara-no-Zenzaburo adalah pengasas puak Okuhida. Lebih kurang seribu tahun lepas, dia berhijrah dari kota Kyoto ke lembah Okuhida tidak jauh dari sini, lalu menukar nama keluarganya kepada nama lembah itu."
"Dia meminta agar keturunannya dikurniakan kepantasan bertarung seperti burung hayabusa. Dia memakai nama burung itu sebagai namanya, dengan harapan para kami akan memakbulkan doanya."
"Nampak seperti doanya telah dimakbulkan. Bahkan selain itu, dalam kalangan puakmu, setiap seratus tahun akan lahir seorang yang boleh menjinakkan burung ini tanpa perlu dilatih."
"Nampaknya otou-san telah menceritakan padamu. Sami di kuil semalam mengatakan Hisamiko orangnya." Ryouji menambah pada kata-kata Takasaki.
"Hisamiko?"
"Ya. Aku tidak mempercayainya. Masa depan adalah kerja kami, aku tidak pernah mempercayai tilikan atau ramalan nujum kecuali ada ilmu yang menyokongnya. Sekurang-kurangnya itu yang otou-san ajarkan padaku."
"Ryouji, engkau mahukan bukti, bukan? Cara fikirmu tidak ubah seperti orang-orang dari England dan Belanda."
Sekali lagi, England dan Belanda. Apa hebat sangatkah mereka itu? Ryouji mengangguk sahaja pelawaan Takasaki. Takasaki meminta Ryouji mengangkat tangan dominannya sambil membuat bunyi mengkukur.
Tiada respons. Bunyi higurashi seperti mentertawakan mereka.
Takasaki membuat bunyi siulan pula.
Sejurus kemudian, hayabusa itu terbang meluru ke arah mereka, seraya hinggap di lengan Ryouji. Ryouji hampir-hampir terduduk. Beratnya! Dia bingkas memperkuat kekudanya, menahan beban yang berat di lengannya itu. Mujur dia sedikit berotot. Jika tidak mungkin lengannya yang kurus itu sudah patah.
Takasaki terpaku dalam ketakjuban. Sungguh apa yang diperkatakan Miura itu benar.
Ryouji mengusap-usap jemala burung itu, dia sedikit kaget. Belum pernah seekor burung pun yang pernah dijinakkannya dan dibiarkan bertenggek di atas lengan sebegitu. Hayabusa itu unik, ia memiliki jalur putih yang menuruni jemala sehingga ke hujung ekornya.
Hisamiko di kendongan ketakutan seperti hendak menangis. Burung itu memandang Hisamiko, kemudian membuat bunyi teriak yang lembut. Dia seperti sedang berkata sesuatu kepada Hisamiko. Nadanya berlainan seperti mahu bersahabat dengannya.
Kemudian Ryouji melambung tangannya dan burung itu kembali terbang, berlegar di atas mereka.
"Kemahiran yang amat berguna. Terutama jika ingin menghalau burung-burung yang dihantar
YOU ARE READING
Kaisenjyo
Historical FictionSatu peristiwa pembunuhan membawa Ryouji dan adik perempuannya kepada kehidupan baru, di sebuah rumah perlindungan. Peristiwa demi peristiwa yang menyusul memberi petunjuk yang membawa kepada pembunuh bapanya. Kehidupan di rumah perlindungan itu jug...