Bab 15

8 2 0
                                    

"Otou-san, bagus ideamu merancang serangan olok-olok kepada rombongan Maharaja ke Edo tidak lama dahulu. Maharaja mungkin akan mengekalkan kita sebagai gabenor selepas 'menyelamatkan' baginda."

"Idea sahaja tidak cukup, jika aku tidak memiliki anak yang bijak sepertimu." Hamada berseloroh memuji anaknya Hagiura, daimyo sepertinya juga. Mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

Beberapa bulan lepas Maharaja berpindah dari Kyoto ke Edo dengan melalui lebuh Nakasendo yang merentasi pergunungan di tengah-tengah Hidagawa dan Shinagawa. Hamada telah merancang membuat serangan olok-olok ke atas rombongan Maharaja dan kemudian akan menghantar samurainya untuk 'menyelamatkan' mereka. Ini kerana laluan Nakasendo adalah separa di bawah jagaannya, iaitu bahagian yang merentas Shinagawa, maka sekiranya dia melindungi Maharaja, reputasinya akan mencanak. Maharaja pasti akan mengekalkannya di Shinagawa sebagai gabenor dan seterusnya anaknya di Yozehama bagi membalas 'kesetiaannya.' Atau mungkin dia boleh meminta lebih lagi dari itu?

"Tapi otou-san, jika kita menjadi gabenor, kita tidak lagi memiliki tanah-tanah dan mengutip cukai. Adakah engkau sanggup menerimanya?"

Hamada terdiam apabila Hagiura mula mengingatkannya kepada realiti tersebut. Selagi boleh dia mahu melupakannya. Realiti itu sungguh memeritkan. Dia tidak akan dapat lagi menikmati kemewahan yang dikecapinya selama ini.

"Tidak sekali-kali. Namun lebih baik dari terus kehilangan kerja. Sekurang-kurang aku masih mendapat pencen. Hagiura, ada sebarang berita dari bekas-bekas samurai di Kyushu?"

"Mereka masih tidak berpuas hati. Namun tiada sebarang persepakatan. Jikapun ada, mana mungkin mereka mampu mengalahkan Maharaja. Samurai-samurai dari Satsuma dan Choshu masih bersama baginda. Tambahan pula, kekalahan di Ezo itu membuktikan kekuatan senjata dan bala tentera moden Maharaja."

Saitou, Tarou dan Buntarou telah meletak jawatan secara sukarela dan menyertai bekas-bekas samurai lain ke Kyushu. Hamada sudah kehilangan orang-orang kanan dan juga pengintipnya. Maka dia hanya boleh mengharapkan Hagiura, anaknya yang juga daimyo Yozehama itu sebagai sumber maklumatnya, beserta bekas-bekas samurainya yang masih setia.

Namun, akankah mereka setia? Kami harus membayar gaji-gaji mereka. Namun sekarang status samurai sudah dimansuhkan. Tanah-tanah kami juga diambil. Bagaimana harus aku membayar mereka? Mereka pasti akan meninggalkan kami, cepat atau lambat.

Mungkinkah aku boleh memujuk Takasaki kembali padaku? Aduhai, sedangkan aku sehingga sekarang pun masih belum dapat menjejakinya, inikan pula mahu memujuknya. Bagaimana dengan pertubuhannya itu? Apakah pertubuhan itu benar-benar menentang Maharaja, atau seperti ura-ura yang kudengari, mereka tidak menentang Maharaja pun, namun hanya memiliki pandangan yang sama mengenai Barat dengan Tetsugawa?

Apapun, aku harus mengharapkan Takasaki. Aku akan pinjam Tsugiyama, samurai Hagiura itu bagi menjejakinya dan akan kutawarkan kepadanya tawaran lumayan. Selepas aku memujuk Takasaki kembali kepadaku, kami akan bersama-sama menyusun pakatan, menghimpunkan bekas-bekas samurai dan daimyo-daimyo yang pernah rapat denganku yang sekarang ini berada di Kyushu dan bersama-sama menggulingkan baginda dan memulihkan kembali sistem samurai.

**

Tanah di rumah perlindungan Takasaki itu adalah tanah yang tidak dimasukkan ke dalam bancian Maharaja kerana ia dikira sebahagian dari kawasan pergunungan Hidagawa. Takasaki tidak terlalu dibebankan dengan masalah kewangan, cuma setelah kehilangan Miura, sumber kewangan pertubuhannya terhad dan dia tidak mampu untuk membawa masuk lebih ramai anak yatim ke situ. Banyak bilik asrama yang masih kosong. Kobato pula akan meninggalkannya lagi beberapa minggu, menambahkan lagi kekosongan yang perlu diisi. Dia perlukan bantuan lebih. Pertubuhannya perlukan bantuan dana.

KaisenjyoWhere stories live. Discover now