Bab 23

5 2 0
                                    

"Tatsuya, dapatkan berita dari orang-orangmu di Kisennuma. Aku yakin perempuan itu sedang ke sana." Lelaki berhappi sagi itu mengarahkan salah seorang pengikutnya.

"Baik, Tsugiyama-san!" Balas Tatsuya.

**

"Nakatsu, apa perancanganmu sebenarnya?" Mariko bertanya malam itu.

"Aku hanya mahu melihat mereka berjaya mengharungi cabaran sebenar berdua. Bertarung bersama jantina lawan. Menghadapi musuh sebenar. Aku maklum pemburu Chisato masih berada di pekan pedagang berdekatan kampungnya."

"Bukankah itu bahaya?" Mariko sedikit meninggikan suara, tidak bersetuju dengan tindakan Takasaki.

"Sabar. Bukankah telah aku katakan pengintipku di mana-mana? Komunikasi aku dan pengintipku menggunakan merpati. Mereka ada di mana-mana; sebagai pekerja kedai ramen, sebagai pembawa kereta jerami, dan sebagai sami di kuil Shinto. Mereka pasti selamat."

"Tempoh hari Azusa melaporkan padaku yang mereka berdua senyap-senyap bertemu di malam hari di hutan buluh. Katanya mereka berlatih bertarung tanpa pengetahuan kita sejak sekian lama." Mariko melangkau ke topik lain pula.

"Aku sudah tahu, Mariko. Aku sukar tidur malam, engkaupun tahu. Sejak Ryouji datang ke sini, dia mengambil tempatku di taman bonsai, maka aku mengalih tempat berdiamku di pondok merpati di atas pokok shirakaba yang di pinggir hutan buluh itu. Suatu malam, aku ternampak mereka lalu terus memerhati dari atas. Azusa seringkali mengintai dan Ryouji nampak seperti maklum akan Azusa. Dia sekali sekala melihat ke arah belukar di mana Azusa bersembunyi."

Mariko terpegun. Begitu cekap Takasaki memerhati penghuni-penghuni di rumah itu.

"Nakatsu, mengapa engkau menghalang pertarungan antara jantina? Adakah disebabkan pergaduhan Azusa dengan Kobato dahulu?"

"Aku tidak pernah menghalang. Aku ada menetapkan beberapa peraturan tetapi tidak bermakna ia tidak boleh disanggah atau didebatkan oleh mereka. Mereka perlu patuh akan tetapi sekiranya keadaan memerlukan sebaliknya, mereka boleh berbincang denganku."

"Bukankah itu akan memanjakan mereka? Melatih mereka agar mudah memberontak sekiranya keinginan tidak dipenuhi? Bagaimana mendisiplinkan mereka jika peraturan dilonggarkan dan boleh didebatkan?"

"Kelonggaran itu tidak memanjakan mereka, Mariko. Aku mahu mereka belajar mempersoal, bukan menurut membuta tuli. Ryouji adalah pelajar pertama di sini yang berani mengadapku meminta 'membenarkan' pertarungan antara jantina. Dia memberikanku alasan yang amat wajar. Aku perlukan keberanian sebegitu."

"Mengapa bukan Funazuki, sedangkan aku tahu benar Funazuki amat ingin bertarung dengan Kobato? Sehinggakan Kobato telah meninggalkan kita pun, Funazuki masih belum membuka mulut."

"Kerana pergaduhan dengan Kobato dahulu? Mungkin mereka masih gentar dengan Kobato dalam diam."

"Mariko, mereka sudahpun dewasa. Pergaduhan sewaktu kecil itu berlaku lama dahulu. Azusa dan Saki masing-masing sudah kuat setelah bekerja melombong belerang. Aku yakin mereka tidak lagi gentar dengan Kobato."

"Aku fikir Mariko, Azusa dan Saki kurang dorongan bagi mempersoalkan peraturanku. Kerana mereka tidak pernah merasa kesusahan di dalam dunia kembara. Mereka hanya hidup di sini dan melombong belerang. Mereka tidak tahu kepentingannya lantas tidak terdorong. Mereka mahu mencabar diri dengan bertarung dengan Kobato, namun mereka tiada dorongan yang kuat."

"Mariko, jika kita tandus golongan yang berani seperti Ryouji, pembaharuan yang dilakukan Maharaja ketika ini tidak akan menjadi realiti, atau mungkin berkubur dalam satu dua tahun sahaja."

KaisenjyoWhere stories live. Discover now