Bab 58

474 99 19
                                    


    " Jadi, sampai sini saja pembelajaran kita pada hari ni. Siapakan tugasan yang saya bagi ni secepat yang mungkin kerana tak lama lagi, kamu semua akan sibuk dengan persiapan Persembahan Tahunan."

    Kegembiraan mula terserlah di setiap wajah murid yang berada di bilik darjah tersebut, melainkan...

    Ya, melainkan Farish dan rakan-rakannya.

    Oh, tidak termasuk Izzi. Memandangkan Izzi kita sibuk mengurung dirinya di dalam Rumah Hijau bagi menyiapkan lukisannya.

    " And I can see that some of you are not happy with this event."

    Perlian Cikgu Saiful sedikit sebanyak membuatkan Ariffin dan Syafiq menela air liur kelat manakala Dani dan Danish pura-pura mengangkat tangan mereka, cuba untuk menutup wajah dari dipandang oleh Cikgu Saiful.

    Sudah banyak kali diingatkan, namun sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa jawapan dari mereka akan apa yang mereka akan persembahankan pada hari persembahan tersebut.

    Jauh di sudut hatinya, dia tahu bahawa keempat-empat mereka tidak mempunyai masalah untuk membuat persembahan, kecuali...

    " Farish."

    Farish yang dari tadi hanya mendiamkan diri sambil melemparkan renungan ke luar tingkap kini perlahan-lahan menoleh memandang ke arah Cikgu Saiful. 

    " Jom ikut saya pergi bilik guru sekarang."

    " If I say no?"

    " Saya akan letakkan nama kamu ke bahagian sukarelawan pada hari Persembahan Tahunan nanti."

    " I don't care-"

    " Untuk dua hari berturut-turut."

    " I'll go."

    Satu sengihan terbit di bibir cikgu berumur 30-an tersebut apabila kemenangan menjadi miliknya. Dia tahu betapa bencinya Farish apabila dipaksa untuk kerahkan tenaga bagi membuat kerja yang dia tidak mahu buat.

    " Okay, kelas bersurai! Farish, jom."

    Keluhan berat dilepaskan oleh Farish sebelum dia mengangkat tubuh, mengikut Cikgu Saiful beredar dari kelas.

    " Pfftt, Farish muka batu hati konkrit takut dengan kerja sukarelawan-"

    " Prepare to sleep with one eye open tonight."

    Seraya, Syafiq menyesali kata-katanya. Ariffin, Dani dan Danish sudah mula berdoa, bersyukur dapat berkawan dengan Syafiq walaupun dalam jangka masa yang pendek.

    " Kau kawan yang baik, Fiq. Aku doakan kau agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman."

    Malas hendak melayan kerenah rakan-rakannya yang pelbagai, Farish lantas meninggalkan mereka.

    Suasana sunyi menyelubungi mereka tatkala mereka menuju ke bilik guru. Ini bukan kali pertama Cikgu Saifu mengheret Farish ke biik guru, namun ini kali pertama dia berduaan begini bersama pelajar beremosikan batu ini.

    Pintu bilik guru dibuka perlahan. Kerusi berhampiran di tarik agar Farish dapat duduk disebelahnya. " Duduklah."

    Tanpa menjawab, Farish hanya akur.

    " Let me just straight to the point." Lengan baju panjang kemejanya disenseng, dagunya ditongkat lalu mata Cikgu Saiful tepat memandang ke mata Farish. " Awak rasa terbeban ke nak buat persembahan?"

    Mungkin Farish tidak menjangkakan soalan ini bakal keluar dari mulut gurunya, membuatkan dia segera mengangkat wajah memandang cikgunya. Lama dia terdiam, tak lama selepas itu, matanya kembali memandang ke arah lain.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now