Bab 34

860 117 1
                                    


    " Pang!"

    " Abang! Dah lah tu!"

    Nafas Dato Jamal tidak teratur. Jantungnya berdengup pantas menahan kemarahan terhadap anaknya. " Dah banyak kali aku pesan, kau buat jugak benda yang sama! Tak boleh ke kalau kau sehari je tak cari gaduh?!"

    Syafiq yang melutut dihadapannya hanya mampu menundukkan kepalanya, menadah telinga mendengar bebelan ayahnya yang sudah banyak kali dia dengari. Pipinya yang terasa hangat seakan-akan sudah lali dengan tamparan hebat ayahnya.

    Sungguh dia tidak menyangka bahawa Cikgu Saiful ada bersama Izzi di luar pintu kelas, melihat perbalahan diantara dia dan juga tiga orang lagi kawan Farish. 

    Cuma pada masa itu, Cikgu Saiful dihalang oleh Izzi, meminta agar guru kelasnya itu tidak memasuk campur dalam urusan ini kerana hanya mereka yang dapat menyelesaikan masalah ini.

    " Aku memang dah agak dah. Pergaduhan ni semua terjadi mesti sebab kau! Diorang tak kacau kau pun, yang kau sibuk nak kacau diorang kenapa?! Kalau diorang marah kau sekali pun, mesti kau punca utama yang memarakkan kemarahan diorang tu!"

    " Kenapa Fiq buat macam tu? Apa yang diorang dah buat dekat Fiq sebenarnya?"

    Bagus, soalan tu. Syafiq sendiri tertanya-tanya mengapa dia dengki sangat dengan mereka. Kalau hendak diikutkan, memang benar. Dia lah punca mengapa mereka sering bergaduh. Pertama kali dia dan Farish berjumpa pun begitu. Jika bukan kerana dia bersifat kurang ajar terhadap pak cik itu, pasti mereka tidak akan bergaduh.

    Tapi mengapa? Apa yang membuatkan dia tidak senang duduk apabila melihat Farish dan juga kawan-kawannya bersama?

    Sesuatu terlintas di fikirannya sebelum telinganya sekali lagi terdengar bebelan dari ayahnya. " Kau cari gaduh dengan anak Tan Sri Fairuz, kau betul-betul buat kerja gila, Syafiq!"

    " Tan Sri... Fairuz?"

    " Abah tak akan suruh kau berbaik dengan anak dia, abah tak nak gunakan kau untuk kepentingan abah. Cuma satu je yang abah minta, tolong lah jangan cari pasal dengan anak Tan Sri Fairuz. Kau tak tahu apa yang lelaki itu mampu buat. Sekali je dia suruh, musnah keluarga kita, Fiq."

    Anak Tan Sri, berpengaruh dan digeruni ramai. Patutlah dirinya boleh berperangai sombong macam tu. 

    Tapi apa yang cuba disampaikan oleh kembar tu apabila mereka mengatakan bahawa Farish lebih faham maksud kehilangan lebih dari dirinya jangka?

    Bagaimana nak Tan Sri, anak kepada salah seorang orang terkaya di Malaysia tahu apa ertinya rasa kehilangan?

    Beberapa hari dia bersekolah di situ, dia dapat lihat bahawa Farish mempunyai segalanya yang diimpikan oleh pelajar lain.

    Berpenampilan kacak dan bergaya. Digilai ramai pelajar. Berkarisma, pandai dan menjadi kebanggaan sekolah dan guru-guru. Berperwatakan cool yang sukar didekati ramai, hanya orang-orang tertentu saja yang boleh bersamanya. 

    Sudah banyak kali dia mahu menafikan apa yang dicakapkan oleh Dani dan Danish,. Namun dari cara Ariffin mempertahankannya, dari cara kembar itu menangis untuknya...

    Syafiq berasa sebal.

    Tidak mahu mendengar omelan ayahnya lebih lama, Syafiq berdiri lalu melangkah menuju ke anak tangga, naik ke dalam biliknya.

    Ah, dia kini tahu apa yang membuatkan dia tidak puas hati dengan Farish. Apa sebenarnya yang membuatkan dia berasa tidak senang duduk melihat mereka bergembira di hadapannya.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now