Bab 5

1.1K 145 12
                                    


    Mata Ariffin bagaikan hampir tersembul keluar tatkala dia kini sedang melihat susuk tubuh yang amat dia kenali berada di hadapannya.

    Tenang dan bersahaja, Farish menghirup susu panas bersama madu tanpa rasa terkejut sambil memandang Ariffin yang sudah agak lama tercegat dihadapannya.

    Agak menganggu pandangannya, namun dia terlalu malas untuk bercakap, lebih-lebih lagi dengan mamat nasi goreng ini.

   Tidak mahu menyoal, Ariffin mengambil keputusan untuk mendiamkan diri lalu menarik salah satu kerusi berhampiran dengannya. " Asal lah dia boleh ada dekat sini?"

    Setahunya, tidak ramai yang tahu tentang kaf Pak Cik Roslan ini memandangkan ianya terletak di kawasan yang agak terpencil. Namun, tidak sangka pula mamat terencat emosi ini tahu.

    " Kamu kenal dia ke?" Pak Cik Roslan yang muncul tiba-tiba dihadapannya menyoal perlahan sambil menghulurkan Americano panas pada Ariffin, memandangkan dia tahu apa kegemaran pelanggan tetapnya yang seorang ini.

    " Kenal macam tu je, satu sekolah. Tak pernah tegur." 

    Ada usur penipuan di situ, tapi ada kebenarannya juga.

    Tidak pernah bertegur, tapi selalu bergaduh.

    " Kawan gaduh ke?"

    Tu diaaa, hampir tersebur air Ariffin namun sempat dihalang. Nampak gayanya Pak Cik Roslan sudah bersiap sedia menutup wajahnya dengan kaip lap cawan.

    " Mana pak cik tahu?"

    Sesekali, lelaki berumur 50-an itu hanya tersenyum nipis. " Tahu, sebab selalunya orang memang tak sukakan dia."

    " Tengok muka dia pun dah tahu." Tambah Ariffin sambil menjeling kecil. Farish yang duduk agak jauh darinya hanya termenung jauh, melemparkan pandangan ke luar tingkap tanpa menghirau akan kedaan sekelilingnya. " Dia memang selalu macam tu ke? Menyakitkan hati?"

    " Selalunya orang yang sakit hati dengan dia, pak cik tengok dia tak ada masalah apa pun."

    " Zap!"

    Perlahan-lahan, Ariffin menelan airnya lalu membetulkan suaranya, Sedikit terasa dengan apa yang dikatakan oleh Pak Cik Roslan namun cuba untuk dia pendam. " Saya dengar cerita, dulu dia tak macam tu."

    " Rasanya kalau kamu jumpa dia yang dulu, mesti kamu tak percaya yang itu Farish yang kamu kenal sekarang."

    " Why? Dia anak mak, selalu tersenyum, peramah, baik dengan semua orang?" Suci dan murni, niatnya berkata begitu hanya untuk sindiran sinis semata-mata namun melihat gaya Pak Cik Roslan tersenyum sayu sambil mengangguk kecil mengiakan segala bicara Ariffin...

    Dia hanya mampu terkedu, terdiam seribu bahasa.

    " Seriouslah? Saya main-main je cakap tadi."

    " Be it a joke, or serious, dia memang macam tu dulu. Tapi sejak-"

    " Tak malu, menyibuk hal orang?"

    Serentak, Pak Cik Roslan dan Ariffin tersentak. Wajah dingin Farish membuatkan Ariffin tidak berani memandang tepat ke dalam matanya. Pandangan mata lelaki terencat emosi ini tajam, membuatkan bulu roma mereka meremang.

   " Far, ni baki-" Tidak menghiraukan ujaran Pak cik Roslan, Farish berlalu meninggalkan mereka tanpa mengambil baki wangnya

    " What the hel, berlagak gila! Kurang ajar."

    " Kita yang silap... Lagipun, dia betul-betul marah tadi tu."

    " Asal pakcik cakap macam tu?"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now