Bab 33

868 120 4
                                    


    " Doktor, macam mana dengan kawan anak doktor yang datang tadi? Ada perubahan?"

    Buat kesekian kalinya, Doktor Yana hanya mengeluh kecil sambil menggeleng. Sudah hampir lima bulan Farish bersetuju untuk menjalani rawatan terapi di tempatnya namun masih tiada sebarang perubahan.

    Masih lagi tidak menceritakan apa-apa, masih lagi tidak berkelakuan seperti mana seorang budak harus jadi.

    " Setiap kali dia datang, setiap kali juga saya soal diri saya sendiri, betul ke yang saya sedang bercakap dengan budak berumur 11 tahun dan bukannya orang dewasa?"

     Sifat dan kelakuan Farish terlalu matang. Gaya percakapan dia, gaya kelakuannya, langusng tidak serupa seperti anak kembarnya yang hanya setahun lebih kecil darinya.

    Kalau lah saja anak kembarnya dapat sebahagian dari kematangan yang dimiliki oleh Farish kini, pasti hidupnya tidak huru hara.

    Farish yang duduk tidak jauh dari tempatnya kini sedang termenung memandang ke luar jendela. Gaya Farish kini benar-benar mengingatkan Doktor Yana akan arwah Liliana, ibu kepada Farish.

    Gayanya duduk, gayangnya berdiri, gayanya berjalan bahkan wajahnya, saling tidak tumpah persis seperti wanita berdarah perancis itu.

    Bahkan warna matanya turut sama, namun sering kali Farish menyembunyikan warna matanya dengan kanta lekap agar ianya tidak jelas kelihatan.

    Akan tetapi, perubahan kelakuan Farish bukan satu-satunya perkara yang dia khuatiri. Apa yang lebih membimbangkan buatnya adalah apabila Farish menyatakan hasratnya untuk ke Perancis.

    Untuk bertemu dengan atuk kandungnya, bapa kepada ibunya yang telah membuang Lliana dari keluarga dan telah mengharamkan mereka sekerluarga untuk menjejakkan kaki ke rumah mereka.

    Doktor Yana yakin bahawa Farish sudah cukup pandai untuk mengetahui bahawa kedatangannya tidak akan dialu-alukan, namun mengapa dia masih hendak ke sana?

    Apa sebenarnya yang sedang bermain di minda anak kecil ini?

    Sekali lagi, Doktor Yana menghela nafas berat. Dia kecewa dengan dirinya yang sedikit pun tidak dapat membantu anak kepada kawab karibnya. Dia kecewa dengan dirinya yang tidak dapat menjadi tempat bergantung buat anak kecil yang sepatutnya dilimpahi dengan kasih sayang pada usia begini.

    Dan bukannya bebanan berat  yang sebegini.

    Kelakuan Farish semakin hari semakin berubah. Tiada lagi kebahagiaan di dalam dirinya, tiada secalit senyuman yang menghiasi bibirnya seperti dahulu.

    Mulutnya yang sebelum ini petah berbicara seakan-akan terkunci, membisu tanpa menyuarakan apa-apa. Matanya tidak lagi bercahaya seperti dulu, yang kini tinggal hanya pandangan dan renungan kosong tanpa hala tuju.

    Ekspresi pada wajahnya hilang. Segala emosi telah dibuang dari dalam dirinya. Seakan-akan mengatakan bahawa dia tidak mahu merasakan kebahagiaan lagi.

    Seolah-olah, Farish telah pergi bersama ibunya dan yang tinggal hanya jasad yang anak kecil yang terpaksa menanggung segala penderitaan dan seksaan yang diberi.

    Melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya sendiri, semua ini terlalu berat untuk ditanggung oleh anak sekecil ini yang pada ketika itu baru berusia sembilan tahun.

    " Dia baru je umur 11 tahun... Fairuz, mana kau pergi, Fai? Anak kau betul-betul perlukan kau... Kenapa semua ni kene jadi macam ni?"

*****

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now