Bab 44

666 108 10
                                    


    " Kau rasa Far nak join?"

    " 100% aku yakin dia tak akan nak join."

    " Aku faham yang you guys wanna enjoy your last year in highschool but... Aku tak rasa Farish nak enjoy his life now?"

    " Come on, mamat batu tu serious sangat. Korang tak try tanya lagi, terus cakap dia tak nak. Try lah dulu."

   Benar kata Ariffin. Disebabkan tahun ini merupakan tahun terakhir persekolahan mereka, Dani dan Danish teringin juga hendak menyertai Persembahan Tahunan yang dikatakan oleh Cikgu Saiful petang tadi di pejabatnya.

    Dan ada benarnya juga kata Syafiq. Jika mereka tidak cuba, mereka tidak akan tahu sama ada Farish akan mahu ikut serta. Lihat sajalah acara sukan tempoh hari, termakan juga pujuk rayu mereka berdua walupun Farish pada asalnya tidak mahu ikut serta.

    " So... We should try then?" Ujar Dani sambil memandang ke arah adiknya. " You see, I really wanna enjoy our last year of highschool year sebelum kita masuk kolej."

    Ariffin dan Syafiq yang hanya memerhati hanya mampu mendiamkan diri.

    Bukan salah mereka jika mereka hendak menikmati zaman sekolah mereka. Memandangkan mereka tidak akan kenangan manis pada zaman kanak-kanak mereka.

    Duh, rasanya tak ada sesiapa pun antara mereka yang ada kenangan zaman kanak-kanak yang manis.

    " Cakap pasal Far, dia pergi mana?"

    " Beli barang dapur, dia kata malam ni nak buat steamboat."

    Dengar saja jawapan yang diberikan oleh Danish, Syafiq automatik menjilat bibirnya sambil membayangkan steamboat yang bakal terhidang di depan matanya. " Pandai duh mamat batu tu agak aku teringin nak makan apa."

    " Shoot, suddenly aku dah tak sabar nak makan daging." Tambah Ariffin lagi. " Let's us him to make some desserts too."

    " Fool..." Farish yang sudah lama pulang dan kini berada di dapur hanya mampu menggelengkan kepalanya. Memandangkan dia masuk ikut pintu belakang, wajar saja mereka yang berada di ruang tamu tidak sedar akan kepulangannya.

    Dia cuba untuk tidak mengendahkan namun apa yang dikatakan oleh Dani dan Danish masih lagi terniang-niang ni telinganya.

    Nampaknya, dia tidak ada pilihan lain selain bersetuju untuk menyertai persembahan tahunan jika itu yang benar-benar mereka mahukan.

    " Tapikan..." Suara Syafiq sedikit sebanyak berjaya mencuri perhatian Farish yang kini tangkas membasuh makanan laut yang baru dibelinya. " Kalau kita join Persembahan Tahunan tu pun, kita nak buat persembahan apa?"

    " A band? Aku dengan Danish boleh main gitar."

    " Yeah, I think so. Aku main piano or keyboard while kau boleh main drum."

    " Then kau nak expect mamat batu tu menyanyi ke?"

    Serentak, mereka semua terdiam. Termasuklah Farish yang dari tadi sememangnya hanya mendiamkan diri namun kini lebih membatu.

    Seraya, Farish menghela nafas berat. " They really giving me a hard time."

*****

    " I'm not singing."

    Sudah dapat diagak, namun apabila terpaksa mendengar sendiri dari mulut Farish, rasa hampa itu tetap ada berbaki di hati.

   Apa yang mereka harapkan? Sudah pastilah Farish akan menolak permintaan mereka ini sedangkan nak ajak dia menyertai Persembahan Tahunan pun payah.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now