Bab 60

770 87 25
                                    


    Izzi memandang sekilas ke arah Farish yang dari tadi hanya mendiamkan diri, menyendarkan tubuhnya ke dinding sambil sebelah kakinya dilunjur. Matanya tajam memandang tepat ke satu arah membuatkan Izzi tidak berani hendak melontarkan apa-apa soalan pada ketika ini.

    Apa yang dia tahu, Ariffin menelefonnya sebentar tadi, memberitahu bahawa kemungkinan besar bahawa Farish akan pergi ke rumahnya.

    Tidak tahu hendak berbuat apa, Izzi mengambil keputusan untuk ke dapur untuk membuat minuman. Mana tahu Farish akan lebih terbuka untuk bercerita jika mereka duduk, minum bersama sambil berborak. 

    " Dia halau aku keluar, dari rumah aku sendiri."

    Cuba untuk tidak mengendahkannya, namun Izzi tak dapat menipu diri sendiri apabila jujurnya, dia berasa takut apabila mendengar Farish berbicara begitu, lebih-lebih lagi dalam bahasa melayu.

    Kekuatan fizikal dan mental apakah yang telah diperoleh oleh Ariffin sehinggakan dia begitu berani untuk mengalau lelaki berhati dingin lagikan batu ini keluar dari rumahnya sendiri?

    ' Man, you are so brave but stupid, Ariffin. Aku harap kau hidup esok.' Desis hati kecilnya sambil berdoa.

    " I don't know the details but..." Cawan dihulurkan pada Farish sambil senyuman terukir di bibirnya. Dia juga tidak dapat menipu dirinya akan betapa gembiranya dia apabila Farish datang ke rumahnya pada malam ini. " Mind join me to drink?"

    Tidak menolak pelawaan Izzi, cawan yang dihulur dicapai lembut. Hidungnya terbau sesuatu dari minuman yang diberi, namun otaknya yang kini agak keliru memikirkan banyak perkara seolah-olah tidak mempedulikan bau wangian tersebut. " Thanks."

    " So, what happend?"

    Air ditiup lama sebelum Farish menyedut airnya sekali. Izzi yang meihat hanya mampu menahan tawa.

    Siapa sangka Farish bukan saja dingin pada hati dan wajahnya, akan tetapi pada lidahnya juga memandangkan Farish mempuyai 'cat tounge', lidah yang tidak boleh meminum atau makan makanan yang panas.

    Lama dia mendiamkan diri sebelum mengambil keputusan untuk bersuara. Wajahnya ditundukkan manakala renungannan kosong memandang lantai. " Aku tak boleh main muzik dengan orang lain... Selain mommy aku..."

    Ahhh.. Ini ke punca mengapa dia sering kali mengelak untuk membuat persembahan?

    Tidak ada masalah jika hanya dia seornag saja yang bermain, namun jika hendak bermain sebagai satu kumpulan, mungkin sukar baginya memandangkan ini merupakan masalah yang dihadapi oleh Farish.

    Dia tidak dapat merasakan kebahagiaan, atau keingingan untuk bermain muzik bersama orang lain lagi selepas kehilangan ibunya.

    Sumber kebahagiaan Farish untuk bermain muzik.

    " Finn cakap... Aku sia-siakan usaha kau..."

    Seolah-olah lupa cara nak menelan air, Izzi hampir tidak tahu nak buat apa dengan air yang dikumam dalam mulutnya. Nak sembur, tapi Farish didepan dia, nak telan tapi ayat Farish berjaya membuatkan otaknya hilang fungsi, sekali gus membuatkan Izzi terlupa cara hendak menelan air.

    " You always give me the best paintings but here I am..."

    " Kau tahu yang kau tak perlu nak paksa diri kau kan?"

    " But still... Finn cakap aku cuba untuk lari dari masalah. Dia cakap kau still boleh melukis even tho Tok Daus dah tak ada, jadi kenapa aku tak boleh?"

    Sebanyak mana Izzi mahu menjerit dan bergembira melihat Farish mengadu nasib padanya, dia hairan dengan kelakuan Farish pada malam ini.

    Tidak pasti ini hanya perasaannya saja ataupun Farish berkelakuan persis seperti anak kecil pada ketika ini?

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now