Bab 57

569 98 23
                                    


    Suasana kekal sunyi tatkala Izzi selesai bercerita. Tidak ada siapa pun yang berani membuka mulut untuk berbicara, baik Farish ataupun Izzi.

    Masih lagi bersandar pada dinding, Izzi memeluk lututnya lebih kuat sambil membenamkan separuh wajahnya. Manakala Farish pula seperti biasa. Dengan wajah batunya, sebelah kakinya dilunjurkan manakala sebelah lagi diangkat separuh sambil sebelah lengangnya direhatkan diatas lutut.

    Banyak yang sedang bermain di fikiran Izzi kini. Dia merisikokan segalanya apabila dia mengambil keputusan untuk menceritakan semuanya pada Farish.

    Jika Farish membuat keputusan untuk menjauhi dirinya selepas ini...

    Dia akan terima walaupun menyakitkan.

    " Kalau-"

    " Tak ada siapa yang akan tinggalkan kau. Aku dah bagitahu kan? I dont give a damn about who you are."

    Dia tahu apa yang bakal dijawab oleh Farish, dia tahu tentang keputusan lelaki itu untuk terus berkawan dengannya.

    Dia tahu tentang semua itu, dia cukup jelas dengan pendirian Farish namun...Tidak kira berapa banyak kali pun dia dengar...

 Dia masih tidak dapat percaya dengan apa yang dia dengar.

    Benarkah... Benarkah dia masih dpaat berkawah dengan Farish dan yang lain lagi?

    Ahhh...

    Kalaulah dia berterus terang lebih awal lagi...

    Sudah pasti dia lebih bahagia...

    " Ak-aku... Aku minta maaf..."

    Sukar bagi Farish untuk melihat Izzi menangis namun ianya lebih baik dari melihat Izzi menderita seorang diri. 

    Kalau lah dia cuba untuk membantu Izzi lebih awal lagi...

    Nampaknya mereka berdua mempunyai penyesalan yang mereka rasai.

    " Aku pun minta maaf..." Farish berbisik perlahan, hampir tidak kedengaran namun Izzi jelas mendegar segalanya, membuatkan tanggisannya bertambah kuat.  Kepala Iziz diusap perlahan. Masuk kali ini, sudah kali ke berapa Izzi menangis pun dia tidak tahu lagi. " I don't mind you crying but..."

    " B-but?"

    " Aku rasa diorang dah menangis lebih lagi dari kau..."

    " Si-siapa..."

    " Izzi!!!"

    Tanpa amaran, pintu rumahnya ditolak kuat dari luar. Tak sempat Izzi hendak membuka langkah, badannya kini dipeluk oleh Dani, Danish, Ariffin dan Syafiq. " Ko-korang buat apa-"

    " Lain kali jangan lah berahsia dengan kitaorang lagi!!!"

    " We dont care about who you are and where you came from!"

    " Macam mana korang...?"

    " Aku yang bagitahu..."

    Tidak seperti sebelum ini, Mustafa yang dahulunya akan cuba untuk mendekati Izzi jika mempunyai peluang kini hanya mampi berdiri di satu sudut berhampiran dengan pintu. Jarinya dulit-ulit sambil pandangannya tertunduk ke bawah.

    Sumpah, dia tidak tahu jika keputusannya untuk menceritakan perkara sebenar pada mereka yang lain adalah keputusan yang tepat ataupun tidak.

    " Aku tahu kau tak suka tapi... Aku buat ni sebab aku nak-"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now