Bab 4

1.4K 156 4
                                    


    Keriuhan kelas di pagi hari membuatkan Farish berfikir berulang kali mengapa dia mengambil keputusan untuk hadir ke sekolah sedangkan dia hanya home schooling sepanjang zaman sekolah rendahnya sehinggakan dia berusia 14 tahun.

    Ahh, ye. Baru dia teringat apa sebabnya.

   " Dani, catch! Aku baling dekat kau!"

   " Opp, opp aku dapat, aku dapat.. OPP!" 

    " BANG!"

    Seraya, satu kelas ketawa besar tatkala Dani jatuh terlanggar meja setelah cuba untuk menyambut barang yang di campak oleh Danish.

    Nasib baik saja belakang badannya yang jatuh dahulu. Jika kepala?

    Farish terkejut yang mereka berdua boleh hidup lagi sampai sekarang.

    Dan ya, pasangan kembar ini merupakan salah satu sebab mengapa dia ambil keputusan untuk ke sekolah.

    Tidak ada siapa pun yang boleh tahu apa akan jadi pada mereka berdua jika tidak di awasi oleh Farish.

    " Such a hassle..."

    " It's entertaining."

    Ujaran kecil Izzi yang muncul entah dari mana disambut sepi oleh Farish. Walaupun berlainan kelas, namun lelaki bersifat pemalas ini selalu singgah ke kelasnya sebelum loceng berbunyi.

    Memandangkan dia jenis yang tidak bergaul dan malas hendak berkenalan dengan orang baru.

    Tanpa menghiraukan Izzi, Farish sekali lagi melemparkan pandangannya ke hadapan akan tetapi, yang ada di depannya kini bukan lagi pasangan kembar tersebut, namun Ariffin.

    Dari pintu kelas yang terbuka luas, jelias kelihatan lelaki pencinta wanita tersebut sedang rancak berborak mesra dengan pelajar perempuan dari pelbagai kelas.

    Sama seperti biasa.

  " It's noisy..."

   Izzi yang dari tadi membenamkan separuh wajahnya di atas meja kini memandang ke arah Ariffin yang berjaya menarik perhatian Farish. Sejak kebelakangan ini, lelaki ini nampaknya seperti berminat hendak mengenali Ariffin...

    Namun ego. Tak nak mengaku. 

    Jika dalam dalam Jepun, orang seperti Farish ini dipanggil sebagai Tsundere.

    Mahu tapi ego. 

    " Kau nampak macam berminat dengan dia... Mamat Nasi Goreng tu.."

    " Heck no." Pintas Farish segera.

    " Kau asyik pandang dia."

    " So?"

    " Heh, Narcissus." Izzi tersengih kecil.

    " Shut." Bicara lelaki bersifat malas itu dipintas laju oleh Farish.

    Izzi ketawa kecil. Dia sedikit terhibur melihat Farish dengan bersahaja berlawan mulut dengannya tanpa membuat sebarang ekspresi pada wajahnya. 

    Tidak mahu perang mulut mereka berpanjangan, Izzi mengambil keputusan untuk beredar dari kelas tersebut. Lebih baik dia beredar sebelum lelaki berwajah batu itu membuat keputusan untuk tidak bercakap dengannya buat selamanya.

    Farish mengerling tajam, memerhati kelibat Izzi beredar lantas dia perlahan-lahan menghembus nafas berat.

    Sekali lagi, Izzi berkomunikasi menggunakan bahasa bunga.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now