Bab 42

682 127 16
                                    


    " So... Anyone can remind me macam mana aku boleh end up dekat meja makan rumah mamat batu ni?"

    Syafiq menghela nafas kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Berkali-kali dia berfikir, namun masih tidak dapat jawapan bagaimana dia boleh berada di sini, di rumah Farish sambil duduk di atas meja makan, menunggu makanan untuk dihidangkan.

    Seingatnya, dia dan Ariffin tidak sedar bahawa loceng tamat sekolah sudah berbunyi dan kedua-keduanya tertidur lena di dalam kelas. Apabila dia terjaga, wajah Ariffin yang masih lagi sedang lena tidur terpampang di hadapannya, membuatkan dia berfikir seketika apa sebenarnya sudah terjadi.

    Sedang otaknya berfikir, telefon bimbitnya berbunyi. Pangilan dari Dani dan Danish yang memesan Syafiq untuk membawa Ariffin pulang ke alamat yang telah dihantar oleh mereka memandangkan mereka sudah pun meninggalkannya.

    Masing-maisng sudah berputus asa hendak mengejut Ariffin dari tidurnya jadi mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan saja lelaki itu.

    Malas hendak melayan Syafiq yang dari tadi sepertinya tidak dapat menerima kenyataan, Dani dan Danish meninggalkannya sendirian bersama Farish di dapur dan sertai Ariffin yang kini berada di ruang tamu, merehatkan diri setelah di heret pulang oleh Syafiq.

    " Erm.. Nak aku tolong apa-apa ke?"

    Soalan Syafiq membuatkan Farish menoleh seketika memandangnya, cuba untuk proses pertolongan jenis apa yang ditawarkan oleh Syafiq sebenarnya.

    Tolong dia jaga lauk agar tak dicuri makan ke?

    Atau tolongnya pecahkan pinggan mangkuk yang sebelum ini menjadi tugasan rasmi Dani dan Danish? 

    " Dude, aku tak ada six sense macam kau tapi muka kau jelas nampak yang kau tengah pandang rendah dekat aku sekarang ni."

    " Can you balme me for that?"

     Sejenak Syafiq berfikir sebelum memikirkan kebenaran di sebalik keraguan Farish.

    Lihat sajalah kawan-kawannya yang lain, sudah menjadi kebiasaan jika Farish merasakan bahawa dia tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi pada sahabatnya.

    " Aku tak pandai sangat masak macam kau, but I stil cook basic things..."

    " Then..." Farish hanya akur sambil matanya memandang sekeliling. Bagus juga jika Syafiq benar-benar mampu menolongnya. " Fry the fish for me. Then make the sambal."

    " Okay." Tanpa banyak soal, lengan bajunya disengseng keatas. Ikan yang telah siap disiang kini dibasuh dan dilumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Agak-agak minyak masak telah panas, seekor demi seekor ikan dimasukkan ke dalam kuali dan kini, Syafiq beralih pada kerja menyiapkan bahan tumisan. " Asam jawa kau dekat mana? Nak sediakan air asam sikit."

    " Beside the cabinet." Tangan Farish masih lagi sedang bergaul kuah yang sedang dimasaknya. Wajahnya tidak berekspresi namun hanya tuhan saja yang tahu betapa terpegunnya dia terhadap Syafiq. Dia sangka lelaki itu bakal terpinga-pinga seperti mana Ariffin dan Izzi sebelum ini namun sangkaannya meleset.

    Mungkinkah akhirnya segala perbuatan baiknya untuk berkawan dengan mereka kini terbalas jua?

    Mungkin sudah tiba masanya kesemua kebaikan yang telah dibuat kini membuahkan hasil buat dirinya?

    " Mat bunga tu tak join ke? Bukan korang rapat ke?" 

    " He said he's busy."

    " Ohh..." Sudah hampir sebulan mereka kawan, tapi Syafiq masih lagi tak dapat biasakan diri apabila dia ditinggalkan bersendirian bersama Farish. Syafiq bukanlah jenis yang kuat membebel tapi dia juga bukanlah jenis yang boleh duduk diam di dalam keadaan yang sunyi sepi tanpa sebarang bicara.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now