Bab 25

836 119 2
                                    


    " Jadi untuk hari ni, kita akan belajar tentang bagaimana tumbuh-tumbuhan-"

    " I told you, no more elementary school subjects."

    " Tapi, saya tak habis cover semua subject ni lagi. Lagipun, kamu baru 11 tahun. Tahun depan kamu dah UPSR. Banyak lagi yang kita kene-"

    " If you can't teach me, then it's okay. I don't mind. I only need you here so that I can take my big exams." Dengan nada yang tegas dan wajah bersahaja, Farish menutup buku yang berada di depannya. " Saya boleh belajar sendiri."

    Belum sempat cikgu itu hendak menyambung ayatnya, Farish kita bangun dari kerusinya, lalu beredar meninggalkan bilik belajar. 

    Benar, dia tahu bahawa Farish sememangnya seorang budak yang genius. Dia sudah belajar semua mata pelajaran yang ada di sekolah rendah walaupun baru berusia 11 tahun dan kini, dia sedang belajarmata pelajaran lain yang bakal dia pelajari di tingkatan satu dan dua.

    Tanpa bantuan seorang guru.

    Sebaik saja kaki Farish melangkah masuk ke dalam biliknya, matanya terlihat dua wajah yang amat dia kenali kini sedang duduk di atas katilnya sambil tersenyum memandang ke arahnya.

    Ya, dua pasang mata berwarna hazel bulat yang pada suatu ketika dulu amat dia sukai, sehingga ke hari ini.

    Mata jernih yang penuh dengan kilauan cahaya dan kebahagiaannya, tidak seperti mata dan ekspresinya kini.

    Kosong, tidak mempunyai apa-apa.

    " Kau dah habis kelas ke? Cepatnya habis! Nak main tak hari ni? Aku ada bawak mainan!"

    " Ha ah! Tadi mama pun ada bagi biskut untuk kita makan!" 

    Bertalu-talu soalan dan ayat yang menghujani Farsih, namun tidak ada satu pun yang diendahkan olehnya. Bahkan, dia hanya mendiamkan diri, menarik kerusi belajarnya lalu membuka sebuah buku yang ada diatas mejanya.

    Dani dan Danish yang tadinya tersenyum kini berubah riak wajah sayu. Mata mereka memandang sesama sendiri, seolah-olah ingin memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai idea untuk membuat Farish berborak dengan mereka seperti dulu.

    Sejak Farish kehilangan ibunya, sejak ayahnya yang dipercayai telah membunuh ibunya menghilangkan diri, Farish berubah 360 darjah, berbeza dari  dirinya yang sebelum ini.

    Ya, sudah hampir dua tahun Farish tidak bercakap panjang dengan mereka. Tidak pernah sekali pun Farish datang mencari mereka. Tidak pernah sekali pun Farish menelefon, bertanya khabar tentang diri mereka.

    Tidak pernah sekali pun Farish memanggil nama mereka lagi sejak dia kehilangan segalanya.

    Sedang mereka mati akal, tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan lagi, Dani terpandang buku yang sedang dibaca oleh Farish. Perlahan, dia menarik tangan Danish lalu menghampiri Farish. " Kau dah belajar subjek  tingkatan dua?"

    " Bukan ke kau baru belajar subjek tingkatan satu hari tu?" Tambah Danish mengambil tempat di sebelah kanan Farish, manakala abangnya berda di sebelah kiri. 

    Masih tidak mempunyai jawapan, namun mereka tidak kesah.

    Dapat meluangkan sama begini, walaupun tidak diendahkan pun sudah menjadi satu kebahagiaan buat Dani dan Danish.

    Mereka bersyukur yang Farish membenarkan mereka berdiri dekat dengannya. Daripada sebelum ini, wajah mereka pun tidak mahu dipandang, bahkan kelibat mereka pun tidak mahu dilihat olehnya.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now