Bab 8

1K 144 12
                                    


    " Farish tak datang hari ni?"

    Soalan Ariffin hanya disambut dengan gelengan kepala oleh Izzi. Bahu diangkat sedikit tanda di sendiri kurang pasti.

    Sama ada dia benar-benar tidak datang, ataupun dia sedang tidur di bilik kesihatan.

    " Aku tengok dekat bilik kesihatan tadi, tapi dia tak ada dekat situ." Bicara Ariffin sekali lagi.

    Ahh, dia betul-betu tak datang lah tu. 

    " Dekat rumah hijau pun tak ada." Balas Izzi malas sambil meletakkan dagunya ke atas meja sementara menunggu cikgu tiba untuk kelas yang pertama.

    " Cari Far?"

    Serentak, Izzi dan Ariffin menoleh. Dani dan Danish tersengih kecil dengan roti bakar di mulut mereka. Nafas mereka agak turun naik, kelihatan seperti tergesa-gesa untuk datang ke sini.

    " Korang dari mana ni?"

    Kerusi bersebelahan Izzi ditarik, manakala Danish pula menarik kerusi berhampiran Ariffin. Buat macam kelas mereka sendiri walhal kelas mereka berada di sebelah. " Dari rumah. Terlambat bangun."

    " Kitaorang tak tahu pulak Far tak sekolah hari ni. So tak ada siapa kejut kitaorang bangun." Tambah Danish sambil menjilat jarinya yang terkena kaya dari roti bakarnya. 

    Memang sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Farish memang tidak gemar dengan tempat yang penuh dengan orang. Hari kegemaraanya untuk ponteng selalunya pada hari Rabu dan Jumaat.

    Sebab?

    Dia kata pertengahan minggu dan hujung minggu adalah waktu terbaik untuk berada di rumah.

    Nonsense, but actually author pun macam ni jugak. Saja nak buatkan Farish jadi satu geng dengan author.

    Okay, abaikan.

    " Farish selalu kejut diorang bangun?" Kening Ariffin terangkat sebelah, membuat wajah seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. " Dia jenis boleh bangun awal ke?"

    " Duhh, dia jam alarm kitaorang. Disebabkan dia lah kitaorang tak pernah lagi miss solat subuh. "

    " Yeah, but sebab dia tak pergi sekolah hari ni, so dia tak ambil peduli pun nak kejut kitaorang. Salah kitaorang juga sebab selalu tidur lepas subuh."

    Tanpa kedua kembar itu sedari, Izzi dan Ariffin perlahan-lahan memedang dada masing-masing. Terasa sesuatu menucuk apabila mendengar bicara Dani sebentar tadi.

    Ya, mereka selalu, hampir setiap hari terlepas solat subuh.

    " Wait, that's mean..." Kini, wajahnya menoleh memandang Dani dan Danish sekali lagi. " Korang tinggal satu rumah?"

    Serentak, mereka berdua mengangguk secara sinkronasi. " Yeah."

    " You don't know?"

    Ariffin hanya sekadar menggeleng kecil menjawab soalan Izzi. Sudah hampir 3 bulan mereka berkawan, namun ini kali pertama dia tahu akan hal ini.

    " Dia dekat rumah... Macam mana?"

    " Maksud kau?"

    " Maksud aku..." Ariffin kini membetulkan posisi duduknya, betul-betul menghadap pasangan kmebar tersbeut. " Apa yang dia buat kalau dia dekat rumah?"

    " Kau selalu buat apa kalau kau dekat rumah?"

    Soalan dibalas dengan soalan membuatkan Ariffin berfikir sejenak. " Tidur, bangun, mandi, makan, baca buku or watch movie? Kalau aku rajin aku keluar."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now