Bab 39

821 112 2
                                    


    " Fighting!"

    Kekosongan yang dilihat di hadapan matanya tidak sesekali dilepaskan. Dengan pergerakan bersahaja namun sepantas kilat, Farish selamba memandang tepat ke mata pihak lawan dihadapannya namun tangannya berjaya membuat balingan bola keranjang kebelakang yang berjaya disambut oleh Ariffin.

    Dengan pergerakan yang minima namun memukau, tidak kira berapa orang pun yang cuba untuk mengunci pergerakan Farish, tidak ada satu pun yang berjaya. Ada saja cara lelaki poker ini untuk menghantar bola pada ahli pasukannya memandangkan Farish kini bermain sebagai posisi PG ataupun Point Guard.

    " Halang Ariffin! Jangan bagi dia score!"

    " Sorry, terlambat." Tanpa berlengah, Ariffin berjaya menjaringkan bola bernilai tiga mata dengan senang tanpa sempat dihalang oleh sesiapa. " I thought this gonna be hard, tapi senang je rupanya."

    " Ehhh tak sangka pulak berguna juga kau ni sebenarnya, Finn." Ujaran sinis Izzi yang berada di bangku pemain simpanan membuatkan Ariffin menegtap gigi sambil mengepal penumbuk. Dari tadi lagi, ada saja ayat lelaki pemalas ini yang hendak mengenakan dia.

    " Sekarang baru aku tahu kenapa Farish mintak kau jadi Shooting Guard." Dani tergelak kecil sambil matanya memandang ke kiri dan kanan sebaik saja bola kini berada di tangannya.

     Walaupun kini dijaga oleh dua orang pemain yang mempunyai tubuh lebih besar darinya, namun ini tidak menjadi penghalang bagi Dani untuk melepasi halangan ini dengan mudah.

    Jika dia tidak boleh lepas dari halangan ini, maka dia akan pastikan bahawa bolanya bakal lepas.

    Seolah-olah mendapat isyarat yang cuba dihantar oleh abangnya, dengan pantas, Danish yang tiba-tiba muncul dari belakang pertahan mereka kini berjaya mendapat bola dari Dani yang dibaling melalui ruang kosong di celah kaki pihak lawan.

    Sorakan di gelanggang bertambah kuat apabila Danish dengan senangnya dapat melepasi halangan yang mendatang dengan gaya street basketball nya dan sekali lagi mereka berjaya menjaring bola.

    Kehebatan Dani dalam bermain posisi Small Foward dan Danish sebagai Power Foward sememangnya diketahui oleh semua pelajar di sekolah tersebut.

    Perlawan berlangsung sehingga ke minit yang terakhir, di mana pihak lawan kita berjaya merampas bola dari Ariffin dan terus meluru ke tiang gol pihak lawan untuk membuat jaringan.

    Disangka mereka akan berjaya namun malang...

   Dengan adanya Syafiq yang berada di bawah tiang gol sebagai Center serta merta membatalkan impian mereka. Bola yang berjaya dirampas oleh Syafiq kini dibaling ke arah Ariffin dan sekali lagi mereka berjaya menjaringkan gol justeru menamatkan perlawan bola keranjang dengan kemenagan memihak kepada mereka.

    Dani dan Danish bertepuk tampar sesama sendiri, manakala Ariffin menepuk-nepuk bahu Farish yang kini kelihatan sudah bersiap sedia untuk meninggalkan gelanggang.

    Syafiq yang berada tidak jauh dari mereka hanya mampu memerhati dalam diam.

    " Congrats, guys!" Botol minuman dihulurkan oleh Izzi sambil tersenyum kecil. Memandangkan dia tidak tahu bermain bola keranjang, maka ini sahajalah dia boleh lakukan untuk membantu kawan-kawannya. " Sumpah aku tak sangka Ariffin boleh main walaupun tak ada stamina."

    " Duh, ni Ariffin lah. Kau ingat aku ni siapa?"

    " Geranium." 

    " Hah?" Automatis, kening Ariffin terangkat apabila dia terdengar seolah-olah nama bunga yang keluar dari mulut Izzi. " Aku mana tahu bahasa bunga ni se-"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now