Bab 31

891 126 3
                                    


    -Beberapa ketika sebelum itu-

    " Nak jumpa mak ayah aku? Huh, kau ingat senang-senang macam tu je ke aku nak biarkan mak ayah aku tahu apa yang aku buat?" Bicara Syafiq sendirian sambil bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia sedikit pun tidak hairan dengan amaran yang diberikan oleh Cikgu Saiful.

    Semua cikgu sama saja. Mereka bukannya betul-betul prihatin akan anak murid mereka. Selalu menghakimi pelajar dari luaran. 

    Tidak ada sebab untuk Syafiq mendengar kata-kata mereka yang sedikit pun tidak memberi kesan terhadap dirinya.

    Memandangkan tidak pernah ada seorang pun guru yang benar-benar mengambil berat akan dirinya, maka dia juga akan membuat perkara yang sama.

    " Rasanya sini boleh kot." Pintu bilik kesihatan dibuka perlahan. Gelap, tiada sebarang lampu yang dipasang pada ketika itu. Bilik ini juga kelihatannya jarang dimasuki sesiapa namun masih kelihatan bersih. 

    Mungkin bangunan ini merupakan bangunan lama dan ramai pelajar lebih gemar menggunakan bilik kesihatan yang berada di bangunan baru.

    Tanpa berlengah, kerusi berhampiran di tarik perlahan. Jika bukan kerana tidak mahu disoal oleh ibu bapanya mengapa dia pulang awal sebelum waktu persekolah tamat, sudah lama dia pulang.

    " Bukannya aku gaduh teruk pun, sibuk nak jumpa mak bapak aku apasal? Kecoh je lebih."

    Pen berhampiran dicapai. Meja diketuk perlahan, seolah-olah menyamai rentak drum. Perlahan, namun tenaganya dapat dirasai.

    " Kalau lah Zak ada... Mesti ni jadi tempat lepak dia..."

    Sesekali, hembusan nafas berat kedengaran tatkala dia mula termenung memandang ke satu arah. Suasana sepi membuatkan dia berasa tidak tenang. Membuatkan fikirannya sering kali teringat akan masa lalu.

    Otaknya mula memikirkan senario yang mungkin akan terjadi jika Zaki berada bersamanya kini.

    Mungkin dia tidak akan bersendirian begini. Mungkin mereka berdua telahpun menyambung pelajaran mereka ke universiti. 

    Banyak yang telah mereka rancang bersama namun tidak ada satu pun yang menjadi kenyataan.

    Namun, bukan kuasa dia untuk menentukan apa yang akan terjadi. Dia sepatutnya tahu bahawa manusia datang dan pergi. Zaki datang secara tiba-tiba di dalam kehidupannya.

    Dan dia juga pergi dengan secara tiba-tiba.

    Ahh, baru dia sedar. Walaupun baru berjumpa, dia tidak sepatutnya terlalu selesa apabila bersama Mat Bunga yang bernama Izzi tu.

    Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.

    Sedang Syafiq termenung sendirian, pintu bilik kesihatan ditolak perlahan lalu wajah Izzi terpacul di sebalik pintu.

    ' Ahh, panjang umur dia.' Desis hati Syafiq. Baru saja lelaki ini muncul di fikirannya, kini dia benar-benar muncul di hadapannya.

    " Erm, sorry, but ada nampak sesiapa tak dalam bilik ni?"

    " Kau ada nampak orang lain selain aku ke dalam ni?" Soalan dibalas dengan soalan, namun dengan nada yang sedikit kasar. 

    Izzi yang mendengar hanya mampu mendiamkan diri. Nada yang digunakan oleh lelaki ini agak berbeza dengan yang sebelum ini. " Ohh, sorry. Tak apalah kalau-"

    " Izzi..."

    Perlahan, namun jelas. Dengar saja namanya dipanggil, Izzi segera berjalan menuju ke arah katil yang ditutupi tirai lalu perlahan-lahan, tirai tersebut ditarik. " Farish."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now