Bab 6

1K 134 6
                                    


    " Far! jom lah kita keluar, mama janji nak bawak kita semua pergi-"

    " Bam!"

    Belum sempat Dani menghabiskan ayatnya, apa yang dia dapat hanyalah hempasan pintu yang sudah menjadi jawapan lazim yang diterimanya setiap kali mereka mengajak Farish keluar dari rumahnya.

    Sudah dua tahun berlalu sejak kejadian tragik itu berlaku, dan sudah dua tahun juga Farish berperangai begini.

    Tidak berekspresi dan tidak bergaul lagi seperti dulu.

    " What should we do? Kita tak boleh biarkan je dia terkurung dalam rumah macam ni! It's been two years already!" Adu Danish sambil mengeluh berat. Jujur, ia benar-benar rindu waktu mereka habiskan bersama dahulu. 

    Kalau lah Mama Liliana masih lagi bersama mereka, pasti semua ini tidak akan terjadi.

    " Kau nak aku buat apa lagi? bukannya kita tak cuba. We try, tons of time! Sekali pun dia tak pernah nak terima ajakan kita."

    Penat berdiri, kini mereka mengambil keputusan untuk duduk di tangga pintu rumah Farish. Inilah rutin harian mereka sejak Farish mula berubah perangainya.

    Setiap hari, tidak kira waktu, pasti akan ada sekali mereka datang ke rumah Farish untuk memujuknya keluar bermain bersama mereka. Namun, tidak pernah sekali pun ianya berhasil.

    Akan tetapi, ini tidak menjadi halangan untuk mereka berputus asa, bahkan menjadi pembakar semangat untuk terus ada di sisi Farish jika dia memerlukan mereka.

    Mereka tidak akan tahu sepenuhnya apa yang Farish hadapi kini, namun, melihat Farish dalam keadaan begini, terseksa jiwanya,  membuatkan Dani dan Danish turut merasakan perkara yang sama.

    Farish adalah kawan baik mereka sejak mereka bayi lagi. Boleh dikatakan setiap hari mereka dipenuhi oleh sesama sendiri, bahkan rumah masing-maisng telah menjadi seperti rumah mereka sendiri. 

    Tidak ada apa yang akan memisahkan mereka dan mereka tidak akan berputus asa untuk menggembirakan Farish walau dengan apa cara sekali pun.

    " Kau rasa, how long will Far keep being like this?"

    Soalan Danish membuatkan hati Dani sedikit hiba. Dia tahu adiknya amat merindui Farish, begitu juga dengan dirinya. Namun apa yang dia boleh buat? Pujukan ibunya, Doktor Yana tidak pernah sekalipun dimakan oleh Farish, inikan pula pujukan mereka berdua.

    Sedang mereka berborak sesama sendiri, membuat tangga rumah Farish sebagai tempat lepak rasmi mereka setiap petang, Farish memerhati dari sebalik langsir tingkap biliknya.

    Dani dan Danish. Kembar yang selalu berkepit dengannya sejak mereka bayi lagi, memandangkan ibu bapa mereka merupakan kawan baik sejak bangku sekolah.

    Dia tidak menafikan bahawa mereka berdua sentiasa ada bersama dengannya, tidak kira susah ataupun senang. Terlalu muda untuk mereka memahami situasi yang dihadapi dirinya kini, namun Farish tidak salahkan mereka.

    Bahkan, sebenarnya Farish tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan ataupun hubungan dengan mereka lagi. Benar, Farish sayangkan mereka seperti adik beradik mereka sendiri namun dia tidak mahu rasa sayang ini membuat dia berasa lemah kelak.

    Dia sudah berjanji tidak akan bergantung pada sesiapa lagi. Dia sudah serik. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.

    Dia tidak sanggup lagi kehilangan orang yang dia sayang. Cukuplah ibunya menjadi yang pertama dan yang terkahir.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now