Bab 2

1.5K 145 3
                                    


    Pemandangan yang terbentang luas di hadapannya kelihatan agak kosong pada pandangannya. Tidak tahu mengapa, hari ini saja sudah banyak kali dia melepaskan keluhan berat.

   Mungkin penat barangkali.

    " Aku patut balik sekarang ni..." Ujarnya perlahan sambil menanam wajahnya ke dalam tangan. Veranda yang kini lengang tanpa sebarang murid membuatkan hatinya sedikit gelisah. Memandangkan kini sudah pun lepas waktu persekolahan, sememangnya tiada satu kelibat manusia pun yang dapat dilihat.

    Akan tetapi, ada sesuatu yang mengalang dirinya dari pulang ke rumah. Dia berasa sedikit takut hendak menjejakkan kakinya keluar dari kawasan sekolah. Kerana...

    ' Dia' pasti sedang menunggunya di luar pagar sekolah, sama seperti biasa.

    " Patut ke aku report polis? Tapi nanti jadi kes berat pulak." Sekali lagi, keluahan berat keluar dari mulut Ariffin. 

    'Pap.'

    " Mak!"

    Mata mereka kini bertentangnya. Jantung Ariffin bagaikan terhenti seketika tatkala terdengar bunyi tapak kaki yang berjalan di belakangnya.

    Farish hanya mampu memerhati wajah pucat lelaki itu sambil menguyah gula-gula di dalam mulutnya. Wajahnya kosong tanpa ekspresi, sepertinya dia sedikit pun tidak terkejut dengan kejadian tersebut.

    " What the hell?! Tiba-tiba muncul belakang aku!" Seakan baru dapat bernafas setelah mengetahui yang berada di belakangnya hanyalah Farish, api kemarahannya membuak naik. Hampir tercabut jantung dibuatnya. Sepatutnya sudah tiada lagi pelajar pada waktu begini.

    Dan tiba-tiba, dia ni pulak muncul.

    " I'm walking behind you, not suddenly appear behind you." Sengaja ditekankan perkataan tersebut agar lelaki ini faham. Apa dia ingat Farish suka-suka mahu lalu dibelakangnya jika dia mempunyai laluan lain untuk digunakan?

    " But at least kau tak payah nak terkejutkan orang macam tu!"

    " Then kau expect nak aku bagi salam time lalu belakang kau?"

    Ariffin terdiam tatkala otaknya ligat berfikir. Jika benar lelaki ini memberi salam semasa lalu dibelakangnya sebentar tadi...

    Bukan kah itu lebih menakutkan?

    Namun ego menguasi diri, dia tetap tidak mahu mengalah. Dia mahu lelaki berwajah batu ini minta maaf. Dia tidak akan benarkan lelaki itu...

   " Ahh, dia dah tak ada."

    Sekali lagi, Ariffin tergapai-gapai dek tindakan Farish. Sungguh dia tidak sangka, sedang dia hanyut di dalam fikirannya, lelaki itu mengambil peluang tersebut untuk melarikan diri.

    Seketika dia berfikir. Normal bagi lelaki itu untuk berlalu pergi begitu saja. Sememangnya itu perangai manusia yang bernama Farish.

    Terkenal dengan sifat hati kering, tidak berekpresi dan sukar untuk dihampiri walaupun mempunyai wajah yang menjadi kegilaan seluruh pelajar mahupun gadis di luar sana.

    Buat kesekian kalinya, keluhan yang teramat berat dilepaskan dari mulut Ariffin. Mungkin sekarang masa yang tepat untuk dia pulang.

    Baru saja dia hendak beredar dari veranda, matanya bertentangan dengan 'dia' yang berada di luar pagar sekolah. Walaupun tidak jelas, namun Ariffin tahu bahawa 'dia' tersenyum memandangnya, sebelum 'dia' masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari situ.

    Membuatkan Ariffin keliru dengan perasaannya...

    " Apa lagi yang dia nak dari aku sebenarnya?" Desisnya perlahan seraya matanya tajam memerhati kereta itu menghilang melintasi jalan raya.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now