Bab 14

1K 130 12
                                    


    Udara segar yang dia hirup kini sedikit menenangkan hatinya. Matanya memandang tepat ke langit subuh yang semakin mencerah. Nampaknya sudah tiba masanya untuk memulakan pagi yang indah.

    Sebaik saja membuka pintu biliknya, batuk halus muka kedengaran dari bilik berhampiran. Lantas kakinya pantas melangkah, menuju ke arah bilik lalu pintu dibuka laju. " Mummy."

    Liliana tersenyum kecil, cuba untuk menyembunyikan tisu yang kini mempunya kesan darah yang datang dari batuknya namun mata Farish lebih tajam menangkap pergerakan ibunya.

     " You're coughing blood again..."

    " I'm fine, sweety." Tangannya cuba mendapatkan Farish, ingin menenangkan anak kecil itu. 

    Tidak mampu berkata apa-apa namun kerutan di dahi pada wajah Farish jelas menggambarkan betapa risaunya dia terhadap keadaan ibunya. Dia tahu bahawa ibunya mempunyai badan yang lemah sejak Liliana kecil lagi.

    Namun dia tidak sangka bahawa keadaannya akan jadi teruk begini.

    Ya, Farish masih muda, masih kecil tetapi tidak bermakna dia tidak tahu apa yang akan terjadi jika keadaan ibunya semakin teruk.

    " You forgot our usual greetings?"

   Ujaran Liliana membuatkan dia tersentak seketika. Seakan-akan baru sedar dari lamunan, Farish cepat-cepat mengukir senyuman kecil lalu memeluk tubuh ibunya yang masih lagi bersandar pada katil. " Bonjour! ( Selamat pagi )"

    " Bonjour, mon amour. ( Selamat pagi, sayang.)" Balas Liliana sambil mendaratkan ciuman dipipi anak kecilnya. Walaupun baru berumur lapan tahun, namun Farish sudah fasih dan mampu untuk bertutur di dalam bahasa perancis dengan sepenuhnya.

    " What do you want for breakfast? I'll make it for you!"

    " Hmm..." Seraya, Liliana menggosok dagunya, lagaknya seperti sedang memikir menu apa yang boleh dibuat oleh Farish memandangkan dia masih risau jika Farish menggunakan peralatan dapur tanpa pengawasannya.

    Walaupun Farish boleh memasakan hidangan mudah, namun tidak dinafikan bahawa dia masih lagi kecil. Banyak perkara boleh terjadi jika tiada pengawasan ibu bapa.

    " Mummy risau Rish guna peralatan dapur?"

    Lantas, Liliana menoleh memandang Farish sambil tergelak kecil. Sama seperti ayahnya, Farish seperti tahu-tahu saja apa yang bermain di fikirannya. " Yes, sayang. I'm worry. Rish is my one and only baby prince, nanti kalau apa-apa jadi dekat Rish macam mana?"

    " Then, how about Rish masak dengan Daddy?"

    " Daddy!!!"

    Tanpa amaran, Farish berlari lalu memeluk ayahnya, membuatkan Fairuz hampir hilang keseimbangan diri sambil tergelak besar. Nasib baik saja dia dapat mengagak pergerakan anaknya yang seorang ini. " How's my big boy doing?! "

    Liliana yang masih lagi terkejut kini tersenyum kecil. Hatinya terasa lapang tatkala wajah suami tercinta dapat ditatap di depan mata. 

    Jujur dia katakan, kali terkahir dia dapat melihat wajah kacak milik suaminya ini adalah pada dua bulan lepas. 

    Farish digendung lalu Fairuz melangkah perlahan menuju ke arah Liliana. Pipi isterinya diusap lembut, senyuman manis terukir di bibirnya lalu, sebuah kucupan halus singgah di dahinya. " Tu me manques. ( Saya rindukan awak.)"

    Sedaya upaya Liliana menahan air matanya namun tidak berjaya. Sentuhan suaminya sering kali berjaya mengubat rindu yang sudah lama bersarang di hati. Sungguh, dia amat merindui suaminya. " Tu me manques tellement. ( saya pun rindukan awak.)"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now