Bab 35

974 120 4
                                    


    Matanya mendongok memandang langit dari celahan daunan rimbun. Sejak dari kejadian tempoh hari, tiada lagi kedengaran bunyi tengkaran di antara Syafiq dan geng Farish. Tidak tahu dia sepatutnya berasa tenang ataupun tidak.

    Apabila mereka tidak bertengkar, Syafiq merasakan bahawa dirinya menjadi seperti Syafiq yang dahulu.

    Tidak mempunyai teman dan ditakuti ramai kerana berperwatakan ganas.

    Sesekali, Syafiq menghembus nafas berat. Nampaknya memang tidak akan ada sesiapa lagi yang akan berkawan dengannya.

    Jangan salah faham ya! Dia tidak ada niat hendak berkawan dengan Farish dan rakan-rakannya. Dia cuma terkenangkan nasibnya, mungkin saja dia memang tidak akan mempunyai kawan sampai bila-bila.

    Kawan yang baik seperti yang dimiliki oleh Farish.

     " Kalau lah Zaki ada lagi sekarang."

    " Where is he now?" 

   " Mak!" Terkejut dengan suara tiba-tiba yang kedengaran di sebalik pohon yang dia sandari kini, badan Syafiq terganjak jauh dari pohon, hampir bergolek jatuh de kejutan suara tersebut. " Kau dah kenapa tiba-tiba ada dekat situ?!"

    Keningnya terangat kecil sebelum Ariffin membuka mulutnya. " Tak ada kene mengena dengan kau." Sesekali, matanya memandang sekeliling lalu berbisik sendirian. " Dia tak ada dekat sini."

    Sebelum kakinya sempat hendak melangkah berlalu dari situ, bicara Syafiq membuat Ariffin terhenti. " Mamat batu tu tak ada dekat sini."

    " Aku tahu. Kalau dia ada dekat sini mesti kau dah kene humban dah."

    " Kau-!" Wajah kosong Ariffin ditatap lama sebelum dia menyedari bahawa nadanya mulai meninggi. Sedar akan kesilapannya, Syafiq mengundurkan diri, menarik dirinya kembali untuk bersandar pada pohon sebelum menenangkan dirinya dari amarah yang tidak semena-mena datang menyerang. " So-sorry..."

    Benar kata ayahnya, dia tidak boleh berterusan begini. Namun apakan daya, egonya yang tinggi melangit dan ketakutkannya pada tragedi silam semakin lama semakin memakan dirinya, menarik dirinya jauh ke lembah kegelapan.

    Nadanya berbunyi bisikan namun didengari jelas oleh Ariffin. Tidak tahu mengapa, marah yang berbuku di hati kini semakin menghakis tatkala melihat wajah Syafiq yang kini seolah olah hanyut dek kecelaruan.

    Dia seakan-akan faham apa yang dirasai oleh Syafiq kini. Dan dia pasti...

    Farish juga memahami perkara yang sama.

    Niatnya ke sini adalah untuk mencari Farish. Jika lelaki itu tidak berada di sini, maksudnya dia sudah tiada alasan lagi untuk terus berada di sini. Namun... Ada sesuatu yang membuatnya tertanya-tanya.

   " Aku nak tanya, boleh?"

   " Tanyalah, tak pasti aku akan jawab atau tidak."

    Seraya, seguris senyuman terukir di bibir Ariffin tatkala mendengar jawapan selamba Syafiq. Gayanya seperti Farish, namun berbeza. " Kitaorang ada buat salah dengan kau ke?"

    Soalan Ariffin membuatkan Syafiq terdiam. Ini merupakan soalan sama yang pernah ditanya oleh ayahnya. 

    Selain dari Farish yang pernah menyumbat tuala ke dalam mulutnya, yang lain tidak pernah pun berbuat apa-apa padanya.

    Bahkan, tentang kejadiannya dengan Farish, itu bukan salah Farish, namun salah dirinya sendiri.

    Dia sedar,namun dia tidak mahu mengaku. Jika hendak dibandingkan, egonya mungkin setanding dengan ego Farish.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now