Bab 20

1K 124 5
                                    


    " OH MY GOD, weyhh Vampire handsome mana yang sesat tengahari buta ni weyh?! Handsome gila!"

    " Tu, tu! Boleh tak aku nak bawak balik dua serigala jadian tu please?! Comel sangat!"

    " Please lah, kau tak nampak ke yang dua orang selimpang kain pelikat tu lagi handsome?! Very manly lah diorang pakai macam tu, Ya Allah!"

    " Daring gila korang keluar pakai macam tu. Kitaorang ni at least nampak biasa lah juga." 

    " Far said dia nak tempat duduk paling depan sekali masa persembahan tu nanti. Kalau tak tipis peluang dia nak dapatkan lukisan Izzi."

    Penjelasan yang diberikan oleh Danish pada Ariffin membuatkan lelaki itu terdiam seketika. Masih tidak dapat proses apa yang cuba dikatakan oleh adik kepada pasangan kembar itu memandangkan sebelum ini dia tidak pernah ambil tahu prihal persembahan tahunan.

    " Maksud dia, lukisan-lukisan yang akan dipersembahkan tu nanti akan dilelong pada orang ramai." Jelas Izzi sambil menghulurkan flyers pada tangan Ariffin. " Here, read it."

    Setelah meneliti helaian kertas tersebut, matanya segera memaling memandang Izzi. " Maksudnya, even artist terkenal, pengumpul lukisan semua akan datang? Maksudnya, lukisan kau pun akan dilelong?!"

    " Yup."

    " Habis tu, duit tu semua kau dapat?"

    " Errmm... Tak kot. Sebab kalau ikutkan dekat sini dia tulis..." Kertas di tangan Ariffin kini dicapai oleh Dani. " Pelukis akan mendapat 70 peratus dari hasil lelongan, 15 peratus kepada pihak sekolah dan 15 peratus lagi untuk kebajikan."

    " Hasil lelongan paling tinggi yang lukisan kau pernah dapat berapa?"

    Jarinya diletakkan pada dagu, seolah-seolah sedang berfikir. " Ermm... I think the highest one was last year. Lebih kurang RM 7000."

    " Gila lah?! Seriouslah?! Siap doh yang beli lukisan kau sampai RM7000-"

    Serentak, Izzi, Dani dan Danish menundingkan jari mereka ke arah Farish yang sedang menguyah gula-gula kapas yang baru dibelinya. Terasa dirinya diperhati, Farish segera menoleh memandang mereka yang lain. " What?"

*****

    " Ahh, korang pergi lah dulu kejap. Aku nak pergi cari makanan kejap."

    " Aku nak Takoyaki!"

    " Aku nak Wafer chocolate please!"

    " Get me some Pocky."

    " Seriously?" Malas hendak menrungut, Ariffin hanya akur dengan permintaan kawan-kawannya. Persembahan bakal bermula 30 minit lagi, memandangkan Izzi telah beredar untuk bersiap sedia, maka kini dia terpaksa meredah kawasan sekolah sendirian. 

    Keluar saja dari dewan, keadaan di luar masih lagi kelihatan riuh seperti biasa. Cuma keadaan di dewan lebih padat kerana semua tidak sabar untuk melihat persembahan yang bakal dipersembahankan oleh pelajar jurusan seni.

    " Aku patut order takoyaki dulu, then only aku pergi cari wafer, lepas tu-"

    Kakinya terhenti dari melangkah. Matanya kini tepat memandang sepasang mata yang berada di hadapannya, berdiri kaku tanpa berbicara. Lama mereka bertentangan mata, sehinggalah Ariffin mengambil keputusan untuk beredar. 

    " Finn."

    " Ye sa-" Sebaik saja dia menoleh mencari suara yang memanggilnya, senyuman di wajah Ariffin terus pudar. " Apa kau nak lagi?"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now