Bab 12

1K 125 11
                                    


    Kakinya melangkah perlahan menyusuri jalan untuk pulang ke rumah. Pelawaan Dani dan Danish untuknya tidur di rumah Farish terpaksa di tolak memandangkan sudah hampir 3 hari dia menginap di rumah lelaki itu.

    Tiga hari berturut-turut.

    " Susah kalau aku terbiasa nanti." Ujarnya perlahan sambil menarik nafas. Sesekali, Ariffin mendongak memandang langit senja. Matahri semakin hilang cahayanya, menandakan malam bakal menjelma.

    " Finn..."

    Langkahnya terhenti seketika tatkala terdengar sebuah suara memanggilnya dari belakang. Air liur kelat ditelan. Dia cam suara ini namun memandangkan waktu hampir memasuki maghrib, keberaniannya hilang serta merta.

    Entah betul atau tidak yang menegurnya kini adalah manusia atau makhluk lain.

    Segera, langkahnya diperlajukan tatkala perasaan takut mula menguasi diri. Ya, seperti apa yang dikatakan oleh Farish.

    Ariffin sememangnya seorang yang penakut dah lemah semangat. Kasanova terulung yang penakut. Duhh, tak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni.

    " Finn."

   Sekali lagi, suara itu memanggil. Namun kali ini, Ariffin positif, yakin bahawa dia sememangnya kenal dengan suara ini. Serta merta, rasa takutnya diganti dengan rasa marah yang membuak-buak.

    " Finn... tolong, bagi papa peluang untuk-" 

    Sebelum sempat tangan lelaki itu mencapai bahu Ariffin, selamba Farish yang muncul entah dari mana menepis lembut tangan lelaki awal awal 40-an itu. Tidak mengeluarkan sebarang suara, namun itu saja sudah cukup untuk membuat lelaki itu dan Ariffin terkejut besar.

    " Far..." Bicara Ariffin mati tatkala matanya kini betul-betul menatap mata milik lelaki itu. Sesekali dia mencebik kecil.

    Dia benci untuk akui bahawa dia memiliki mata yang sama seperti lelaki yang telah mengabaikannya sejak dia bayi lagi.

    " Kamu ni..." Lama matanya menatap wajah tidak beremosi Farish, lalu sebuah senyuman terukir di bibirnya. " May I talk to my son?"

    " Leave." Ringkas dan padat. Itu saja yang keluar dari mulut Farish sebelum dia melemparkan pandangan tajam pada lelaki itu. " Bukan masanya lagi."

    " At least, saya nak jelaskan hal sebenar-"

    " Aku tak nak dengar apa-apa." Kini giliran Ariffin pula bersuara sambil menarik lengan Farish, beredar dari situ sebelum sempat lelaki itu mengejar mereka. " Annoying."

    " Yeah, annoying bila ada orang tetiba tarik kau."

    Seraya, lengan Farish dilepaskan lalu kedua belah tangannya dinaikkan ke atas, seolah-olah menyerah sebelum sempat mencuba untuk membela diri. Ariffin tidak berniatpun hendak menyeret Farish dengan cara yang kasar. " Sorry."

    " It's fine.."

   Sekali lagi, sepi memenuhi suasana. Namun apabila otaknya kembali ligat berputar sambil memandang Farish, tanda tanya mula menyelubungi ruan fikirannya. " Kau buat apa dekat sini?"

    Tidak menjawab soalan Ariffin, Farish hanya mendiamkan diri sambil mengikut langkah lelaki itu.

    Dia tidak dapat menjawab soalan itu memandangkan dia sendiri tidak tahu mengapa da boleh sampai di situ.

    Mungkin, rasa tidak sedap hati yang dirasakan oleh Farish sebentar tadi membuatkan dia datang unuk melihat keadaan Ariffin.

    Well, yeah. Of course Farish tak akan cakap macam tu.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now