Bab 45

671 100 8
                                    


    " So, apa yang kau nak buat lepas tamat sekolah menengah nanti?"

    Soalan Mustafa tidak dilayan Izzi, namun matanya mengerling seketika memandang lelaki yang sudah dikenalinya sejak kecil lagi. Walaupun sudah beberapa kali diberitahu akan tidak datang lagi ke rumahnya, namun dia tetap berdegil.

    " Aku dengar cerita yang Farish dengan geng dia join Persembahan Tahunan tahun ni." Walaupun tidak dilayan, namun Mustafa tidak berputus asa, bahkan ada saja topik hendak dibicaranya. Dia sudah lali diabaikan oleh Izzi, jadi biarlah jika dia terpaksa bercakap dengan diri sendiri sekali pun. " Kau agak-agak diorang buat persembahan apa eh?"

    Sekali lagi, soalan Mustafa disambut sepi. Tiada sebarang bicara yang keluar dari mulut Izzi. Walaupun mulutnya tiada bicara, namun lihat dari riak wajah lelaki pemalas itu...

    Nampaknya moodnya tidak berapa bagus hari ini. 

    Tiada lagi bicara yang keluar dari mulut Mustafa kini, seakan-akan cuba untuk memberi ruang kepada Izzi akan tetapi masih tidak mahu meninggalkan lelaki itu bersendirian.

    Bertahun lamanya dia mengekori Izzi, tidak mahu jika satu hari nanti, Izzi hilang dari pandangan matanya tanpa dikesan.

    Sama seperti dahulu...

    " Mus..." 

    Izzi yang dari tadi menelaah buku di atas meja bacaannya kini bersuara kecil, membuatkan Mustafa yang sedang selesa terbaring di atas lantai rumah flat milik Izzi tersentak kecil. Barangkali terkejut mendengar namanya dipanggil. " Ya saya?"

    " Kalau satu hari nanti aku nak pergi jauh dari sini..."

    Seketika, bicaranya mati sebelum Izzi sempat menghabiskan bicaranya. Rasanya tidak perlu dia mengheret Mustafa sekali ke dalam masalahnya. Lagipun...

    Kerana Mustafa jugaklah, dia menjadi Izzi yang sekarang.

    Rapat namun tidak mahu mempercayai sesiapa, termasuklah dirinya sendiri.

    " Tak ada apa-apa lah, aku-"

    " Aku akan ikut kau."

    " H-hah?"

    " Aku akan ikut kau. Sejauh mana pun kau nak pergi, aku janji yang aku akan ikut kau."

    " Stop. Apa yang kau merepekkan ni?" Cuba untuk menafikan apa yang dia dengar, senyuman palsu kembali terukir di bibirnya. Cuba untuk menerima bicara Mutafa sebagai satu jenaka namun wajah sirius lelaki kini duduk tegak memandang wajahnya itu membuatkan Izzi terkedu. " A-aku tak maksudkan benda tu langsung, stop joki-"

    " Aku janji yang aku tak akan tinggalkan kau lagi."

    Seraya, Izzi mengangkat kakinya lalu terus masuk ke dalam biliknya, meninggalkan Mustafa bersendirian dengan matanya yang tajam memandang ke wajah Izzi.

    Izzi tidak boleh memandang wajah itu. Izzi tidak boleh mendengar ayat itu keluar dari mulutnya.

    Mustafa pernah mengkhianatinya. Mustafa yang menjadi punca dia menjadi begini.

    Namun mengapa dia rasa terharu dan merasakan dirinya tidak layak untuk menerima apa yang dikata oleh Mustafa sebentar tadi?

    Dia sepatutnya membenci Mustafa, dia sepatutnya menjauhkan dirinya dari Mustafa namun semua itu tidak berhasil.

    Setiap kali mereka berjumpa, Izzi tidak dapat menafikan bahawa dia masih berada selesa apabila bersama dengan Mustafa.

    Sama seperti kali pertama mereka berjumpa di tempat 'itu'.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now