Bab 13

992 133 3
                                    


    Matanya termenung memandang langit gelap ditemani bintang dan bulan. Ini merupakan rutin Farish setiap malam sebelum dia tidur, namun kali ini agak berbeza kerana gitar akustiknya tiada di tangan untuk dipetik.

    " Tak sejuk ke, malam-malam duduk luar macam ni?"

    Ujaran Tuan Johan membuatkan Farish menoleh seketika sebelum dia kembali menatap langit malam tanda sebarang bicara.

    Tanpa dijemput, Tuan Johan mengambil tempat di sebelah Farish, menyandarkan badannya pada bangku yang sedia ada di lama rumahnya lalu turut sama menatap langit. " Farish.. Uncle rasa kamu dah tahu kan? Siapa Ariffin sebenarnya?"

    Farish hanya sekadar mendiamkan diri. Bukan dia tidak mendengar, namun dia memberi ruang dan peluang untuk lelaki ini meluahkan segalanya.

    " Uncel tak dapat nak berikan apa yang dia nak. Dia perlukan kasih sayang keluarga kandung dia, tapi uncle tak mampu nak bagi semua tu. Uncle ingat lagi, betapa marahnya dia dekat uncle masa dia dapat tahu yang dia bukan anak uncle." Senyuman nipis terukir walaupun hatinya terasa hiba.

    " Dia rasa dikhianati, dia rasa terkilan yang amat. Unlce tahu uncle mungkin tak berhak cakap macam ni tapi sebagai seorang penjaga yang jaga dia dari kecil, act as his father, uncle rasa hampa. Uncle rasa diri uncle tak berguna." 

   Kedua belah tangannya digenggam kuat. Cuba untuk menangkan diri dan menahan air mata yang hampir mengalir. 

    " Uncle harap... Dia bahagia walaupun... Uncle dengan aunty bukan mak ayah kandung dia."

    " You did well. Trust me."

    Perlahan-lahan, Tuan Johan menoleh memandang Farish yang masih lagi menatap langit. Bicaranya bersahaja namun ianya menusuk dalam ke hati Tuan Johan.

    " For him, you and aunty is thousand times much more better that his real mom and dad."

    " Walaupun uncle dengan aunty ni cuma keluarga angkat dia?"

    " Keluarga angkat atau kandung, yang membeza korang cuma pertalian darah."

    " Maksud kamu?"

    " Tanpa pertalian darah, kalau ada yang sanggup susah senang bersama kita, bukan ke itu pun dianggap keluarga?"

    Tuan Johan terkesima. Matanya separa bulat memandang Farish. Lama kelamaan, senyuman nipis terukir di bibirnya.

    Satu nafas ditarik panjang lalu dihembus perlahan.

    Kini dia tahu, mengapa anak bujangnya itu sering kali kelihatan teruja apabila menceritakan tentang kawan barunya yang dikatakan berwajah batu, tiada ekspresi.

   Benar, Farish bukanlah seseorang yang menunjukkan segala perasaannya pada riaksi wajah mahupun air mukanya. Namun pemuda ini merupakan seseorang yang meyimpan beribu perasaan di hati.

    Cara dia mengekspresikan perasaannya adalah melalui cara dan tindak tanduknya. Bak kata pepatah orang putih, action speaks louder than words.

    " Kalau macam tu... Farish tengok-tengokkkan Finn untuk uncle juga, ya? I believe that Farish akan selalu ada dengan dia kan?"

    " I afraid that maybe he's the one that dosent want to leave me alone."

    Seraya, Tuan Johan tergelak kecil. Mungkin benar katanya, memandang Ariffin jenis yang overprotection sebaik saja dia mula mengambil berat akan seseorang.

    " Yeah, that be might true." Balas Tuan Johan.  Tidak tahu mengapa, malam ini dia merasakan bulan lebih terang dari kebiasaannya.

    Mungkin hatinya terasa tenang. Seolah-olah beban di bahunya semakin ringan. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now