Bab 15

971 121 6
                                    


    " Sigh..." Untuk kesekian kalinya, Izzi sendiri tidak tahu ini kali keberapa dia melepaskan keluhan berat. Masa tinggal dua minggu saja lagi namun satu idea pun tidak dapat masuk ke dalam fikirannya. " Apa yang patut aku buat ni...?"

    " First of all, apa kata kau relax dulu?" Ujaran Ariffin yang muncul dari belakang membuatkan Izzi terhinjut kecil dek terkejut. Tidak dia dengar pula pintu rumah hijau ini terbuka, mungkin dia terlalu leka memikirkan masalahnya.

    " There's only 2 weeks left, how can i chill?"

    " Aku tak kenal kau cukup lama tapi kalau kau ada idea, aku rasa sehari pun kau boleh siapkan lukisan kau."

   " Aku tak sehebat tu." Izzi tersenyum kecil sambil membenamkan separuh wajahnya pada lengan. Gaya dan sifat malasnya sering kali ditegur namun tidak tahu mengapa, kebanyakan orang senang melihat dia begitu.

    Ianya membuatkan Izzi kelihatan seperti bersahaja dan santai. Sesekali, ianya juga membuatkan lelaki malas itu kelihatan comel dan cool pada pandangan mata wanita.

    Matanya memandang sekeliling, sesekali berbalik pada Izzi. " You are. Farish pun cakap benda yang sama."

    " Far?"

    Ariffin mengangguk kecil sambil membuka bungkusan Pocky yang berada di tangannya lalu dihulurkan pada Izzi. " Dia cakap, dia tak sabar nak gantung lukisan kau dekat dalam bilik muzik dia. Dia dah kosongkan tempat."

    " Hahaha." Gelak tawa kecil Izzi membuatkan Ariffin terdiam seketika. Bahkan ketawa Izzi pun kedengaran comel walaupun nadanya sedikit malas. Sesekali, rambutnya yang semula jadi tidak terurus itu tolak ke belakang dengan tangannya. " Sejak aku Form 2 lagi, dia selalu nakkan lukisan aku tergantung dekat dalam rumah dia."

    " Yeah. Aku tak pasti sama ada kau tahu ataupun tidak pasal hal ni tapi... You really should be proud of yourself." Sebatang jejari coklat Pocky ditarik dari bungkusan lalu dimasukkan ke dalam mulut. " Kau tahu, dekat dalam rumah tu, bilik muzik tu bilik kegemaran dia."

    " Hmm?" Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Ariffin, Izzi segera menoleh memandangnya yang sedang duduk di atas meja bersebelahan dengannya.

    " Kau tahu kan, perangai mamat tu macam mana?"

    Cuba untuk memproses bicara Ariffin, Izzi cuma untuk berfikir seketika.

    Tidak beremosi, ego tinggi melangit, berkarisma, high and mighty, anti sosial, tegas. 

    Itulah gambaran sifat Farish yang dilihat olehnya, Semua itu mungkin kedengaran teruk pada orang lain namun ianya berbeza bagi Izzi.

    Baginya, sifat Farish merupakan perkara kegemarannya.

    " He'll only allow things and people that he likes enter the room. And lukisan kau is one of it."

    Lantas, mulut Izzi tiba-tiba terasa berat hendak berbicara. Wajahnya seolah-olah terkedu namun hatinya seakan-akan berbunga.

   Bahagia?

    Ya, dia benar-benar bahagia. Walaupun ini tidak datang terus dari mulut Farish namun untuk mengetahui bahawa lukisannya merupakan salah satu daripada benda yang dia suka...

    Ini benar-benar perkara yang menggembirakan untuknya.

    " Polyanthus..." Perlahan-lahan, wajahnya yang separa terbenam kini dibenam habis pada lengannya, cuba untuk menyembunyikan wajahnya yang semakin merah menahan segan.

    Ya, polyanthus ataupun dalam bahasa bungannya yang bermaksud...

    Malu.

    Sebelum wajahnya dibenamkan, pandangan tajam Ariffin berjaya mengangkap gambaran wajah Izzi pada ketika itu dan sedang gelak di dalam hatinya. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now