Bab 24

901 108 8
                                    


    Satu nguapan besar dilakukan oleh Ariffin sambil tangannya menekup mulutnya separuh. Matanya digosok perlahan, sambil-sambil menyeka air mata yang mengalir sedikit di ekor matanya. " Morning."

    " Morning." Sapaan lemahnya disambut semangat oleh Dani dan Danish yang kini sedang berjalan dihadapannya, menuju ke kelas.

    Suasana pada pagi ini sedikit riuh memandangkan tiada sesi pembelajaran yang berlaku setelah tamatnya peperiksaan tahunan. Hanya sesi pembelajaran sendiri yang digunakan oleh kebanyakan pelajar untuk berlepak ataupun membuat perkara lain yang semestinya tidak akan ada kene mengena dengan pembelajaraan.

    Biasalah, siapa je yang nak belajar lagi bila dah habis peperiksaan akhir tahun? Kalau bukan sebab nak cukupkan kehadiran, sudah pasti ramai yang telah ponteng sekolah pada ketika ini.

    " Ramainya orang dekat papan kenyataan sekolah."

   " Aku rasa sebab tu. Ala, kau tahu kan?"

    " Ohh, keputusan akhir tahun?" Sambung Danish sambil kakinya kini menjongket sedikit, agar dia dapat melihat suasana riuh yang berlaku di hapadan papan kenyataan sekolah yang berada tidak jauh dari mereka. 

    " I don't know about you tapi yang pastinya aku tak nak redah lautan manusia dekat situ. Aku rela tunggu esok untuk tahu kedudukan aku." Tidak seperti Dani dan Danish, Arifin tidak perlu menjongket untuk melihat papan kenyataan kerana ketinggiannya yang mencukupi namun kerabunan matanya membuatkan dia sukar untuk membaca tulisan yang berada jauh darinya.

    " Tapi dekat papan kenyataan tu cuma untuk nama pelajar yang tersenarai dalam top 50 setiap tingkatan je kan? Kau pasti kau tersenarai?" 

    "Kitaorang positif yang nama kitaorang berdua akan tersenarai dalam top 50, tapi kau?"

    " Kau nak kata aku lembab ke?" Cebikan kecil oleh Arifinn membuatkan pasangan kembar tersebut tertawa nakal. " Korang betul-betul yakin yang nama korang akan tersenarai dalam tu? Study pun liat."

    Dengar saja bicara Arifin, serentak, Dani dan Danish memandang sesama sendiri. Seakan-akan sedar akan sesuatu perkara sebelum mereka kembali mengalihkan pandangan mereka pada Ariffin.

    " Aku rasa dia tak tahu."

    " Ye. Kita pun tak pernah nak bagi tahu dia sebab... Tak pernah terfikir pun nak bagitahu dia."

    " Bagi tahu aku apa-"

    " Finn! Gila lah, kau tak nak tengok kedudukan kau dengan geng kau ke?" Belum sempat Ariffin menghabiskan bicaranya, rakan sekelasnya berjaya mencelah sambil melambai-lambaikan tangannya, berlari menghampiri mereka. 

    " Kau nak expect aku untuk sardin-kan diri aku dalam lautan manusia tu? Sorry man, no thanks."

    " Na ah, kitaorang pun tak nak." Sokong Dani dan Danish sambil menggeleng laju. Tengok saja pun sudah terasa rimas, apatah lagi jika mereka terpaksa meredah suasana sesak begitu.

    Jika Farish berada di sini... Tak, Farish tak mungkin berada di sini pada ketika ini. Lawak apakah yang arthur cuba nak buat ni?

    " Aku dah agak dah korang akan cakap macam tu, jadi... Nah. Jangan bagitahu orang lain."

    Helaian kertas yang dihulurkan oleh rakan sekelasnya dicapai perlahan oleh Ariffin. " Kedudukan keseluruhan? Macam mana kau boleh ada kertas ni?"

    " Cikgu bagi aku tadi, suruh aku photostate dan tampal dengan seluruh kelas time waktu rehat nanti. Kau tengoklah dulu, tapi jangan cakap kuat-kuat. Nanti semua orang kerumun kau."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now