Special : Isi Hati Farish ( Syafiq )

868 129 11
                                    


    Dari satu arah, aku dapat merasakan bahawa Syafiq tengah pandang ke arah aku. Mungkin tengah terpegun tengok kekacakan wajah aku like...

    Duh, macam yang aku pernah cakap. Author yang buat aku jadi hensem sangat, so jangan salahkan aku.

    Aku ajak dia datang ke rumah aku sebab aku nak ubah penampilan dia. Aku tak kata yang aku memilih rupa kalau nak berkawan tapi...

    Dengan rambut kusut masai tak terurus, baju sekolah pun selalu komot sana sini macam tak bergosok.

    I'm sorry but I prefer to be around with neat people.

    Lagipun, kalau aku perhatikan betul-betul muka dia ni, bukannya tak hensem pun.

    Well, tak lah sehensem aku tapi cukup hensem lah untuk pikat mana-mana perempuan yang dia nak.

    Muka dia more to muka macho melayu asli berbanding dengan kitaorang ni.

    Kitaorang masing-masing muka macam mix. Aku ikut darah perancis mak aku, Dani dengan Danish pula ada darah England dari belah atuk diorang. While Ariffin pulak, I'm not sure memandangkan dia sendiri pun tak tahu, but yeah, muka dia pun tak ada muka melayu sangat.

    So you know, having a pure malay face between all of us is kindda giving me a good vibe.

    Oh yeah, Izzi pun tak ada muka melayu sangat. Muka dia macam ada chinese sikit but I'm not sure. Aku tak pernah tanya pasal family dia.

    Dia pun tak pernah nak bercerita.

    Bukan masalah aku, jadi tak perlu untuk aku ambil tahu.

    Okay, berbalik pada Syafiq.

    Jujur aku cakap, masa kali pertama aku jumpa Syafiq dekat kafe Pak Cik Roslan, aku sebenarnya tak adalah marah sangat dekat dia.

    Cuma aku tak tahan nak tengok bila Pak Cik Roslan terpaksa minta maaf atas kesalahan yang dia tak buat. 

    And pasal tuala tu pula, well, aku cuma nak pertahankan diri aku dari kene tumbuk. Untung nasib lah aku cuma sumbat tuala dalam mulut dia. Kalau aku sumbat cawan?

    Mahu tak bercakap anak orang ni sampai bila-bila.

    Ahh, dia pandang muka aku sekali lagi.

    Hensem sangat ke aku ni?

    Serious, kalau aku boleh gelak, aku dah lama gelak dah sekarang.

    It's seems like Ariffin tak ada masalah untuk bergaul dengan Syafiq. Dani dengan Danish pun nampak selesa bila ada dengan dia.

    Sejujurnya, aku bersyukur.

    Waktu aku berniat untuk jadikan dia kawan aku, banyak kali aku fikir sama ada diorang akan setuju atau tidak. Lebih-lebih lagi Dani dan Danish.

    Aku tahu apa yang diorang fikirkan. Aku dah hidup dengan diorang sejak kecil lagi, I understand them better than anyone else in this world do.

    Sekarang bila aku tengok dia selesa bergaul macam ni, aku bersyukur.

    Syafiq pula, how do I say this?

    Kalau masa pertama kali aku jumpa Ariffin aku automatik rasa selesa dengan dia, dengan Syafiq ni pula...

    Aku rasa selamat? Entahlah.

    Walaupun aku positif 100 peratus yang dia sebenarnya rasa tak selamat pun bila ada dekat dengan aku tapi, itulah yang aku rasa.

    Dia memang kasar, memang kuat bergaduh. Tapi kau akan dapat rasakan kelembutan disebalik sifat ganas dia tu.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now