Bab 41

890 126 5
                                    


    " Weyh, seriouslah kau tak main-main ke weyh?!"

    Buat kesekian kalinya, Ariffin hanya mampu mengiakan sambil menganggukan kepalanya. Tak kira berapa banyak kali pun mereka menanyakan soalan yang sama, kenyataan masih tidak akan berubah.

    Kenyataan bahawa Izzi menjadi salah seorang pelari dalam acara 400m berkumpulan tidak akan berubah, malahan, dia menjadi pelari pertama.

    " To be honest, aku still tak sangka yang Farish letakkan Izzi jadi pelari pertama." Minuman kotak diteguk oleh Dani sambil badannya bersandar pada kerusi yang telah disediakan bersama Ariffin disebelahnya. " Kau satu kelas dengan dia kan tahun lepas? Kau pernah tengok dia lari?"

    " Jangan kata lari, batang hidung dia pun tak tak pernah nampak waktu sukan tahunan tahun lepas." Ujar Ariffin selamba sambil menggelengkan kepalanya. " Kau kenapa tak lari?"

    " Ahh..." Seraya, Dani tersenyum kelat sambil matanya memandang ke arah lain. " Just... Tak de mood nak lari."

    " Pasal hal tadi ke?"

    " Kind of..." Jawab Dani ringkas sambil kini dia memeluk lututnya sendiri. " Aku... Minta maaf. Sebab sembunyikan dari kau. Nish ada suruh aku bagitahu kau tapi aku yang tak nak."

    " Chill, aku tak kesah. Itu semua tak penting buat aku, asalkan korang bahagia."

    " Dasar sweet talker." Gelak tawa mula kedengaran sambil bahu Ariffin dipukul oleh Dani. Beban yang ditanggungnya selama ini serta merta terasa ringan apabila dia akhirnya meluahkan kebenaran yang selama ini dia simpan.

    Jujur dia katakan, dia berutung mendapat kawan baik seperti Ariffin.

    Gelak gelak juga, akan tetapi, sesekali mata Ariffin mengerling memandang Syafiq dan Farish yang kini berada di tempat pelari ketiga dan terakhir. " Kau rasa... Syafiq dah tahu ke pasal Farish?"

    " Well..." Ayat Dani mati sambil dagu licinnya diusap kecil. " Kalau berdasarkan pengalaman aku yang dah jadi kawan Far sejak kecil lagi... Aku rasa Syafiq dah jadi geng kita."

    " Kau tak kesah?"

    " Aku dah bagitahu kan? Aku dengan Nish tak pernah benci dia, cuma kitaorang janggal."

    Dengar saja jawapan yang keluar dari mulut Dani, tanpa dia sedari, Ariffin tersenyum kecil. Dani dan Danish sememangnya mesra namun hakikatnya mereka tidak mudah menerima orang baru masuk ke dalam hidup mereka secara menyeluruh.

    Namun jika dilihat dari riak wajahnya sebentar tadi, rasanya tiada masalah untuk mereka bergaul rapat bersama Syafiq.

    Bahkan Ariffin dapat merasakan bahawa Syafiq mungkin akan menjadi seseorang yang bakal diusik oleh Dani dan Danish.

    " Seriouslah, kelas kau tak salah pilih orang ke?" 

    Ujaran yang sepatutnya berbaur sinis yang dilepampatkan oleh kelas jurusan seni itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadap Izzi, bahkan dia masih dengan senyuman malas di wajahnya sambil meregang-regangkan badannya.

    " Kau dah lah pengkhianat. Jurusan seni tapi masuk jurusan muzik. Lagipun kau kan pemalas? Serious kau boleh lari-"

    " Kau kalau cakap sepatah lagi ayat aku koyak-koyakkan mulut kau-"

     " Mus, focus."

    " Okay, Izzi." Bagaikan haiwan peliharaan yang menurut perintah, wajah Mustafa yang tadinya bengis kini berubah lembut. Dia juga ikut turut serta dalam pertandingan ini walaupun pada hakikatnya, dia tidak boleh berlari pun. Semuanya kerana Izzi turut serta di dalam pertandingan ini. " Kau tak kenal Izzi, kau jangan nak banyak bunyi."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now