Bab 46

877 111 15
                                    


    " Heh, aku ingat kau tak berani nak datang sini sorang-sorang."

    Kosong.

    Wajah Mustafa dipandang kosong oleh Farish. Seolah-olah lelaki itu langusng tidak tahu apa yang sedang terjadi. Seolah-olah otaknya kini berhenti tanpa mampu berfungsi. 

    Cuaca mendung yang menunjukkan tanda-tanda mahu hujan sememangnya kelemahan buat Farish. Membuatkan lelaki itu lebih 'let off', tidak sepeka dan seserius berbanding selalu.

    " K-kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Ke kau ta-takut sangat sampai tak boleh nak bercakap?"

    Sumpah, jika hendak dikatakan berkenaan takut, Mustafa yang lebih takut berdepan dengan Farish. Sejujurnya dia tidak pernah menyangka bahawa Farish akan bersetuju untuk bertemunya disini. Namun apabila mereka benar-benar jumpa, dia yang mula kecut perut.

    Mana tidaknya? Khabar angin tentang bagaimana Farish menghumban Syafiq yang bertubuh besar itu dengan bersahaja sudah pun menjadi bualan ramai.

    Kebenaran tentang Farish mempunyai tali pinggang hitam dalam karate dan Judo juga kini diketahui ramai.

    Tidak lain tidak bukan, semua ini pasti kerja pasangan kmebar monyet itu yang menjadi penyebar berita.

    " Ka-kau-"

    " What the heck actually happend now?"

    " Ekkk...!" Mustafa terjerit kecil sambil kakinya secara automatis mengambil beberapa langkah kebelakang. " Macam mana lah Izzi boleh selamba je bercakap dengan dia ni?" Bisiknya perlahan sambil cuba untuk mengawal ketakutan diri.

    Pandangan matanya yang tajam dan suaranya yang bernada dingin benar-benar membuatan Mustafa berasa tidak selesa dan gerun. Sumpah dia tidak tahu bagaimana lelaki ini boleh berkawan dengan kawan-kawannya.

    " Ka-kau tak tahu apa-apa pun pasal Izzi kan? Kau sikit pun tak pernah ambil peduli pasal dia. Kau tak perasan ke yang semenjak dua menjak ni dua mula berubah? Kau-"

    " Kau tak pernah belajar dari kesilapan kan, Mus?"

    Sekali lagi, bicara Mustafa mati tatakala suara yang kini sedang menegurnya seperti biasa didengarinya.

    " Yo." Selamba, Farish menyapa sambil mengangkat sebelah tangannya. 

    Izzi membalas sapaan Farish dengan senyuman lembut sambil tangannya turut diangkat. Seperti yang dijangkanya, pasti Farish akan berada di sini pada waktu begini. " Mana yang lain?"

    Selamba, Farish mengangkat bahu. Dia juga kurang jelas kerana tadi, Syafiq hanya menyuruhnya untuk ke rumah hijau tanpa memberitahu sebab dan kenapa. " Beats me, I don't know."

    " Kau! Kita dekat sini kan nak bercakap pasal Izzi-"

    " Kau nak cakap apa pasal aku?"

    Sekali lagi, Mustafa merasakan bulu romanya tegak seribu. Dia hampir terlupa bahawa Izzi berada di disini bersama mereka. " Bu-bukan ke kau cuti hari ni?"

    " Aku ada call pejabat sekolah, aku masuk lambat. Bukan cuti terus."

    " I- i see... Ka-kalau macam tu aku pergi dulu lah..."

    " Kau bukan nak cakap tentang aku ke tadi?"

    " Ehh! Takpe, takpe. Tak jadi. Ko-korang borak-boraklah dulu, okay bye!"

    Tanpa sempat Izzi berkata apa-apa lagi, Mustafa lantas beredar tanpa lengah. Dia tidak betah menunggu lama-lama di situ bersama dua individu yang dia geruni.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now