Bab 59

491 92 15
                                    


    Piano yang berada di hadapannya di tenung lama. Sungguh lama sehinggakan hari sudah bertukar malam pun Farish tidak perasan.

    Sejak dia selesai bertemu Cikgu Saiful, kata-kata lelaki itu bermain di fikirannya. Sumpah, dia tidak pernah memikirkan pendapat orang lain sebelum ini namun bicara cikgunya sebentar tadi seolah-olah tidak mahu meninggalkan kotak fikirannya.

    " Enjoy the thing we do, huh?"

    Bila kali terakhir dia bergembira membuat perkara yang dia suka?

    Tak...

    Bila kali terakhir yang dia buat perkara yang dia suka?

    Baca buku dan termenung? Itu bukan kesukaannya, itu sebahagian dari hidupnya.

    Bermain muzik? Dia main, tak selalu tapi main jugaklah.

    Ahhh.... Bukan itu masalah dia...

    Masalahnya... Bila kali terakhir dia bergembira main muzik dengan orang lain?

    Selain dari ibunya?

    Sejak ketiadaan ibunya, Farish tidak pernah bermain muzik dengan sesiapa. Dia tidak dapat merasakan kebahagiaan bermain muzik dengan orang lain setelah kejadian itu.

    Bahkan, dia tidak lagi berasa gembira apabila bermain muzik. Yang dia rasanya hanya kesedihan yang selalu membuatkan dia teringat akan ibunya.

    Tidak tahu untuk keberapa kalinya, Farish menghela nafas panjang sambil melemparkan pandangan ke arah langit yang semakin gelap dimakan malam dari bilik muziknya. " What should I do...?"

    " I think you should eat."

    Pandangan matanya bertemu Ariffin yang kini bersandar di muka pintu sambil tersenyum. " Dari petang sampai dah malam dah kau termenung dekat situ, fikir apa?"

    Masih lagi mendiamkan diri, tidak menjawab soalan Ariffin namun itu tidak membuatkan lelaki pencinta wanita itu berputus asa untuk mengambil berat atas rakannya.

    Tangannya dihayun perlahan, meminta Farish untuk menganjak ke tepi agar dia dapat duduk disebelahnya di atas kerusi piano tersebut. " Asal tak main?"

    " Not in mood."

    " Ahhh... I see..." Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir Ariffin mekar sebaik saja dia mula menekan kekunci di atas piano tersebut, satu persatu.

    Debussy Claire de Luna dimain dengan alunan nada yang merdu oleh Ariffin membuatkan Farish khayal mendengarnya.

    Dia pernah mendengar lelaki ini bermain piano, namun dia tidak pernah betul-betul fokus mendengarnya. Buat pertama kalinya dia sedar betapa bagusnya cara permainan Ariffin.

    Ahhh... Ini ke yang dimaksudkan bila main dengan penuh gembira?

    " It's good."

    Mendengar pujian Farish sebaik saja dia selesai bermain benar-benar membuatkan Ariffin segan, tersengih sambil menggaru pipinya dengan jari telunjuk. " Th-thanks.."

    Tiba-tiba dipuji oleh seseorang yang boleh bermain lebih baik darinya, seorang yang digelar genius oleh semua ahli muzik yang lain membuatkan Ariffin sangat gembira.

    " Wanna play with me? Kita boleh main lagu ni-"

    " No."

    Mendatar namun tegas, itu yang didengar oleh Ariffin tatkala Farish seolah-olah berkeras menolak pelawaannya untuk bermain piano bersama.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now