Bab 37

845 115 5
                                    


      ' Say, Fiq... Apa kata kita sambung belajar sama-sama nanti lepas kita habis SPM?'

    ' Why?'

    ' So nanti kau tak payah susah-susah nak cari kawan baru.'

    ' Kau kene tahanlah dengan perangai aku kalau macam tu. Sampai bila-bila.'

    ' Hahahaha! Tak ada hal lah!'

    Mata Syafiq terbuka tatkala loceng kelas mula berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat.  Nafas ditarik dalam, lalu perlahan-lahan dilepaskan.

    Ahhh... Nampaknya dia masih tidak dapat menerima semua kenyataan ngeri ini.

    Lihat sajalah air mata yang mengalir sewaktu dia bermimpikan tentang Zaki. Ini saja jelas membuktikan bahawa hatinya masih rindu terhadap kawan baiknya itu.

    Masih lagi mengharapkan bahawa semua ini hanyalah mimpi dan dia sedang menunggu kawannya untuk mengejutkannya dari mimpi ngeri ini.

    Bergaduh dengan orang, menyakitkan hati orang. Walaupun Syafiq sudah berjanji, namun dia masih mengulangi perkara yang sama. Janji yang dibuat bersama Zaki dahulu bagaikan hilang begitu saja sejak ketiadaan lelaki itu.

    Tiada lagi orang yang bakal menegur kesilapannya. Tiada lagi orang yang akan bersama dengannya.

    Tiada lagi kawan yang setia bersama dengannya, walaupun dalam susah mahupun senang.

    Tanpa dia sedari, air matanya sekali lagi jatuh membasahi pipi. Sungguh tidak macho jika dilihat orang namun dia seakan-akan tidak kesah tentang perkara itu.

    Syafiq tidak mampu menipu dirinya bahawa dia benar-benar merindui Zaki. Rasa serba salah yang bersarang di dalam hatinya semakin hari semakin besar.

    Jika dia tiba lebih awal lagi, jika dia sedar akan apa yang bakal terjadi...

    Pastinya dia tidak akan kehilangan satu-satunya kawan baik yang dia pernah ada.

    Sesekali, dia terimbau kembali wajah-wajah yang dipamerkan oleh ketiga-tiga kawan Farish sewaktu dia berkata buruk tentang lelaki batu itu.

    Sejak dari kejadian itu, dia tahu bahawa hubungan mereka berempat bukan sekadar kawan semata-mata, namun lebih dari itu.

    Mereka diibaratkan seperti keluarga. Mereka melindungi semasa sendiri. Menyayangi semasa sendiri lebih dari diri mereka sendiri terutama sekali pasangan kembar tersebut.

    Mereka seolah-olah lebih menyayangi Farish dari nyawa mereka sendiri dan sanggup berbuat apa saja demi lelaki itu.

    Ariffin pula kelihatannya seperti baru saja mengenali mereka namun cara dia melindungi kedua pasangan kembar dan juga Farish membuatkan hati Syafiq seolah-olah dicucuk sembilu.

    Bagaimana mamat jambu itu boleh mempercayai kawan yang baru saja dia kenal dan sanggup mepertahankan mereka sehingga begitu sekali? Tidak ada langusngkah perasaan sangsi dihatinya? Tidak ada langsungkah ragu di fikirannya?

    Izzi pula kelihatan seperti kawan biasa namun Farish seolah-olah menjaga Izzi, lebih-lebih lagi dari segi perasaan. Izzi kelihatan seperti tidak tahu banyak tentang mereka bertiga namun cara Farish menjaga dan menghormati Izzi seolah-olah dia ingin melindungi lelaki itu dari sesuatu.

    Seolah-olah Farish tidak mahu Izzi tersasar jauh dari apa yang sepatutnya dia jalani.

    Ahhh, dia benar-benar cemburu. Dia betul-betul dengki.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now