Bab 52

648 104 41
                                    


    Perlahan-lahan, Izzi membuka matanya yang dari tadi terasa berat untuk dicelik. Matanya terasa bengkak, sembab. Mungkin kerana dia tidur sewaktu dia sedang menangis.

    Menangis?

    Tanpa berlengah, dia lantas bangun dari tidurnya. Matanya membulat memandang kiri dan kanan. Seingatnya, Farish ada bersamanya di sini sebelum dia tidur.

    Dan ya, dia tertidur sewaktu Farish memeluknya.

    Ataupun... Semua itu hanya khayalannya semata?

    " Tak mungkin dia ada dekat sini sekarang ni..."

    " Well, I'm sorry. I went out to get us some lunch." 

    " Kau-hmpffh" Belum sempat Izzi hendak bersuara, mulutnya selamba saja disumbat dengan seketul ayam goreng. Nak tak nak, dia terpaksa menguyah saja apa yang disumbatkan ke dalam mulutnya oleh Farish.

     Pinggan mangkuk yang terletak di dapur kini dikeluarkan lalu makanan yang dibeli olehnya mula dihidangkan. Farish sedar akan mata Izzi yang memerhati pergerakkannya namun dia memilih untuk mendiamkan diri memandangkan dia tidak ada apa yang perlu dikatakan.

    Nak pandang, pandanglah.

    Pelbagai prasangka dan soalan yang bermain di fikiran Izzi kini. Bagaimana Farish masih lagi boleh berada di sini? Bukankah dia sepatutnya membenci dirinya? Bukankah sepatutnya lelaki ini meninggalkannya?

    Dan yang paling penting sekali...

    Bukan dia patut ada dekat sekolah ke sekarang ni?

    " Kau... Buat apa dekat sini?" Air liur kelat yang masih berbaki rasa ayam goreng ditelan sambil matanya tidak lekang memandang Farish yang membelakanginya. Jujur dia katakan, dia teragak-agak hendak menanyakan soalan ini.

    " Kau suruh aku jangan tinggalkan kau."

    Izzi terkedu. Terkedu dek banyak perkara. Pertama, dia terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Farish. Dia tidak sangka lelaki itu mengambil serius tentang benda yang dia katakan.

   Kedua, Farish tidak pernah bercakap bahasa melayu dengannya.

    Rasanya ini lah apa yang dimaksudkan oleh mereka apabila Farish kelihatan amat menakutkan apabila dia mula berbahasa Melayu. Bukitnya, kini dia terasa kecut perut hendak bercakap dengan Farish.

    " K-kau marah aku ke?"

    " For what?"

    " Aku... Rahsiakan benda dari kau..."

    " Benda apa?"

    " Don't play dumb, Farish. Mus ada jumpa kau kan? Dia mesti ada bagitahu yang aku-"

    " Anak yatim? I know. But thats all."

    " Pardon?"

    Tidak betah dirinya diserang soalan yang bertubi-tubi, Farish menghela nafas kecil sambil tanganya membawa makanan yang dihidangnya sebentar tadi ke arah Izzi. " Makan."

    " Jangan ubah topik! Mustafa ada bagitahu kan yang aku ni-"

    " Dia nak bagitahu, tapi aku yang tak nak dengar." 

   Cuba untuk menafikan kebenaran disebalik kata-kata Farish namun sudah bertahun mereka mengenali antara satu sama lain sehinggakan dia sudah boleh tahu bila masanya Farish menipu dan bila tidak.

    Sekali lagi, hatinya terasa sesuatu. Farish masih belum mengetahui kebenaran di sebalik kisah silamnya.

    Mungkin... Masih ada peluang untuk dia menyembunyikan semua ini dan teruskan dengan rancangannya untuk menghabiskan sisa waktu mereka bersama.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now